Friday, December 23, 2011

Kian Pupus



Oh muslimah 
Allah cinta kepadamu 
Rasulullah kasih kepadamu 

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah Tuhan telah berkati
wanita yang cukup ilmu rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi
dengan indahnya

Oh muslimah kau rajin mengaji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Thursday, December 15, 2011

Menjelajah Dunia (Part II)

bersambung...


LUBNAN

Lubnan bukanlah bumi yang terlalu asing kepada dunia Islam, Sheikh Mohd Abduh pernah bertamu disini semasa dibuang dari Mesir kerana menyebarkan faham pan Islamism. Di zaman moden ini beberapa intelektual Islam telah dilahirkan dari sulbi Lubnan seperti Dr Fathi Yakan, Dr Muna Yakan, Sheikh Faisal Moulavi dan sebagainya.

Lubnan tidak pernah merasai erti keamanan, kerencaman etnik, ideology, agama sentiasa dijadikan alasan untuk menghunus senjata antara satu sama lain, dan yang paling penting, mereka berjiran dengan Israel. Kewujudan Israel melalui Balfour Treaty adalah untuk memastikan Asia Barat sentiasa bergolak. Lubnan bernasib malang kerana menjadi jiran Israel.

Televisyen Lubnan melambangkan rakyatnya yang berfikiran sangat liberal, moden dan sekular seolah kita berada di sebuah negara Eropah. Siaran TV yang mempunyai lebih seratus siaran sendat dengan hiburan. Dua siarannya dengan aksi porno dan semi porno termasuk menayang aksi homoseksual secara terbuka.


CUBA

Cuba, sebuah negara yang cukup intim dengan pemimpin utamanya, Fidel Castro adalah negara berideologi sosialisme yang cukup rapat pula hubungannya dengan hukum pembelaan terhadap orang miskin. Petugas-petugas dari negara Cuba memakai seragam seolah tentera dan sekaligus pengikut Fidel Castro yang taksub. Doktor-doktor dan petugas paramedik ini sangat komited dengan tugas masing-masing.

Krisis kemanusiaan ini telah menarik ribuan petugas kemanusiaan dari seluruh dunia samada daripada barat atau timur, blok kapitalisme atau blok sosialisme. Yang menjadi persoalan adalah Cuba sentiasa menghantar doktor-doktor dalam bilangan yang sangat ramai (2,000 – 3,000 doktor) untuk turun padang mengharung kepayahan membantu mangsa. Dengan usia yang relatif muda antara 26 – 30 tahun.

Mengenali Cuba, sebuah Negara yang sering mencetus isu selain terkenal kerana cerut eksportnya banyak kali menghantar para doktor untuk misi kemanusiaan, di Iraq, Somalia, Amerika Latin bahkan membantu mangsa-mangsa taufan Katrina di Amerika Syarikat, sebuah Negara yang mengepalai blok kapitalis. Sosok orang mereka seiras dengan pelakon filem-filem Amerika Latin yang dipaparkan melalui skrin tv kita di Malaysia. Fidel Castro, ikon pemimpin politik kebencian Amerika Syarikat cukup sederhana kehidupan harian dan berani bersuara menyanggah ketidakadilan kuasa unipolar Amerika.


BRITAIN 

Sebuah Negara mengamalkan kebebasan bersuara, ruang demokratiknya lebih luas dan selesa berbanding dengan mana-mana Negara umat Islam terutama yang diperintah dengan system monarki. Kesannya umat Islam semakin meriah dan membesar jumlahnya, beriringan pula dengan bertambahnya jumlah institusi pengajian Islam yang dibangunkan oleh umat Islam Britain terutama aktivis-aktivis Islam.



*Episod akan datang insyaAllah Mesir, Palestin dan Indonesia. Buat masa ini, perlu berundur dulu. Ada urusan. Doakan moga Allah masih beri kesempatan untuk mentadabbur dan menjelajah lagi. Kata orang biasa, jauh berjalan luas pandangan. Tapi kata Sayyid Qutb pula "Sempadan kita orang beriman bukan sempadan geografi, tetapi sempadan kita ialah sempadan akidah". Tidak kira di pelusuk mana pun dia berada, sekiranya dia beriman maka itulah saudara kita yang perlu kita pertahankan dan utamakan. 

Ma'aSalamah

Thursday, December 8, 2011

Menjelajah Dunia (Part I)

Membaca buku Cinta di langit GAZA benar-benar terasa seperti menjelajah satu dunia. Buku yang dikarang oleh Riduan Mohamad Nor, seorang aktivis NGO Muslim Care banyak berkongsi tentang suasana dan pengalaman beliau sepanjang misi kemanusiaan. Pendek kata buku ini merupakan satu koleksi pengalaman membantu umat Islam di merata tempat. Jika diteliti cukup menarik, budaya dan adat masyarakat sedunia memang berbeza. Apatah lagi kerenah seseorang dengan pelbagai rupa dan rencah. Kadang sangat memualkan dan menjijikan jiwa tapi ada juga yang sangat menenangkan dan mententeramkan hati. Dengan ruang yang serba singkat dan sangat terbatas ini, jom kita pula mengembara dan menjelajah, menapaki beberapa tempat untuk dijadikan ikhtibar dan mengutip ibrah daripadanya. 

BANGLADESH

Negara umat Islam yang sangat miskin dengan kepadatan penduduknya yang sangat tinggi. Ibu negara Bangladesh, Dhaka juga kaya dengan kemiskinan. Bangladesh mempunyai penduduk Islam yang ramai dengan jaringan madrasah, sekolah-sekolah agama, sekolah-sekolah tahfiz yang berselerak di seluruh Negara.

Negara ini mempunyai kadar pengangguran yang tinggi, sumber ekonomi juga terhad untuk menampung penduduk yang ramai. Kadar kelahiran yang tinggi tidak diimbangi dengan sumber ekonomi yang efisyen. Kesannya, ramai melakukan migrasi ke luar Negara seperti Negara-negara Arab, Eropah, juga ke Negara membangun yang lain seperti Malaysia. Tidak pelik jika warganya tidak jijik untuk bekerja sebagai pencuci kebersihan dan melakukan kerja-kerja memburuh untuk mencari sesuap rezeki.

Negara ini sentiasa menghadapi ancaman alam seperti banjir, taufan dan cuaca ekstrem yang mengancam kehidupan rakyat. Fenomena alam yang tidak menentu menyebabkan agak sukar kepada rakyat dan kerajaan untuk menggerakkan ekonomi pada tahap yang cekap.

Negara ini juga mempunyai sejarah panjang pergolakan politik semenjak perang saudara pada tahun 1960an, tidak pernah sunyi daripada sengketa politik semenjak berpisah dengan Pakistan pada tahun 1971. Rusuhan dan pembunuhan ialah sebahgian sketsa persaingan kuasa dan inilah faktor mengapa negara ini bukan pilihan kepada pelancong asing dan tidak mampu menarik pelaburan luar.

Namun demikian, rakyat Bangladesh amat mesra solat berjemaah, kehadiran ke masjid amat memberangsangkan setiap kali lantunan azan menggema di udara. Dhaka menjadi tapak subur kepada gerakan Islam dan gerakan dakwah seperti Jamiat Islami dan jamaah Tabligh. Jamiat Islami merupakan organisasi kuat di lima buah Negara di Sub Continent, Pakistan, India, Bangladesh, Sri Lanka, Afghanistan.


PAKISTAN

Sikap orang Pakistan sangat menjaga maruah wanitanya. Ia bukan sahaja berkait dengan agama namun juga berkait dengan budaya masyarakat tempatan Pakistan. Berada di Pakistan, jangan cuba-cuba untuk melirik pandangan mata anda sesuka hati terhadap wanita, risikonya cukup mengerikan seperti dikeronyok oleh lelaki-lelaki mereka yang cukup kuat perasaan cemburu.

Di Malaysia kita akan melihat dengan jelas akibat hilang cemburu kepada maruah wanita, anak-anak gadis dengan mudah membiarkan mahkota mereka hilang dalam usia yang masih remaja sebagaimana kajian yang dibuat oleh Durex sex global. Kes anak luar nikah juga telah meningkat dengan mendadak dalam alaf baru ini. Orang Melayu di Malaysia termasuk di Indonesia telah hilang rasa cemburu kepada maruah wanita. Perubahan sikap ini seiring dengan kemajuan teknologi yang pesat berkembang. Di era langit terbuka, pemikiran masyarakat semakin liberal dengan anak gadis dibebaskan daripada kongkongan keluarga, trend membuka aurat pula semakin popular dikalangan wanita Negara kita.

Di Bandar-bandar kecil Pakistan, amat sukar melihat anak-anak gadis berkeliaran di jalanan atau di Bandar tanpa tujuan. Jika seorang gadis keluar biasanya diiringi dengan rombongan yang ramai ahli keluarga. Sekolah-sekolah diasingkan diantara lelaki dan perempuan, kenderaan awam juga sama apabila pintu di sebelah belakang untuk lelaki. Bahkan di masjid-masjid juga, tiada tempat yang dikhaskan kepada wanita kerana golongan wanita bersolat di rumah. Di desa-desa Pakistan, kaum lelaki membanting tulang dan kaum perempuan berada di rumah menguruskan keluarga. Cuma di kawasan Bandar telah mengalami perubahan.

Bagi rakyat Pakistan mereka telah biasa dengan pengasingan ini dan member kesan moral yang cukup baik kepada Negara. Mereka tidak disibukkan dengan percintaan dan pertemuan kerana urusan perkahwinan adalah ditentukan oleh keluarga. Kecuali di Bandar-bandar besar seperti Karachi yang mula menerima pengaruh barat, wanita berpakaian barat mula menjadi fenomena baru. Globalisasi Amerika berintikan protocol Yahudi telah meratah syakhsiah umat Islam terutama golongan wanita.


KEMBOJA 

Bandar Pnomp Penh, kota yang menjadi saksimata kekejaman regim Pol Pot menyembelih umat Islam sehingga mencecah jutaan manusia, kegilaan regim komunis ini telah membekaskan perit yang tajam serta api dendam yang sentiasa dibumbui sepanjang hayat kepada mangsa. Bumi bersejarah ini pernah berperang dengan Siam dalam tempoh yang lama.

Negara ini kadar jenayahnya cukup tinggi seakan Amerika Latin, senjata api masih didagang dengan bebas. Ketenangan Kemboja (Kampuchea) sentiasa dikocak dengan berita jenayah, samun senjata api, rogol, pembunuhan, korupsi gotong-royong. Tidak pelik kerana papan iklan gergasi di kota kumuh itu sering bersaing iklan jenama arak, diselang dengan iklan rokok yang pelbagai.

Gambaran sebuah kota yang penat selepas zaman perang yang panjang. Wajah bandar yang cukup hodoh dengan jaringan trafik yang lintang pukang, ditambah cara wanitanya memperagakan diri. Kota ini dilatari dengan perempuan jalanan yang menjual ‘sekangkang peha’ untuk menyuap mulut. Cuma mungkin tidak sehebat kota Bangkok yang menjadikan pelacuran sebagai sumber pendapatan Negara.

Menyusuri Sungai Mekong, terkedu melihat ‘manusia bot’ yang berasal dari Vietnam yang berumahkan bot dengan anak-anak kecil membesar dalam perahu tanpa halaman rumah! Mereka ini beragama Buddha, tetapi jika pendakwah Islam mendekati dan menyantuni mereka, dengan mudah mereka akan memeluk agama Islam.

Perlu ada usaha menyemarakkan lagi gerakan dakwah di sana kerana Kemboja memerlukan kepada pemurnian semula kefahaman agama. Mereka dalam tempoh yang panjang hidup dalam dasar pemencilan agama dibuat oleh regim komunis. Masyarakat Muslim Kemboja pula terperuk dalam lingkaran ganas kemiskinan yang berakar hampIr seabad yang lalu. Pemencilan terhadap masyarakat Muslim berlaku secara sistematik.

Friday, November 25, 2011

Stay Energized

When you feel that you are very exhausted and  wear out, flash back in any pages in the Quran. These verses are the best ever fuel to burn and move you forward. The Quran willbreaks hard hearts and heal the broken hearts. I would like to share, a nice article to ponder. A deep message to all of us.


well written by Maryam Amir-Ebrahimi. MasyaAllah

Quoted from this nice article 'From Facebook to God's Book' in www.suhaibwebb.com:

Sometimes we find Facebook addicting because of our ability to interact with our friends. So let’s find the Qur`an addicting because of our ability to interact with God. When reading God’s Book and you want to like something, say alhamdulilah (all praise is to God)! You’ll get rewards and be increased in what’s good (Qur`an 14:7). When you personally want to respond to a status, put up your hands and make du`a’ (supplication)! Instead of aimlessly commenting, you’ll be strengthening your connection with the One Who can hook it up for you, Who can hear you and will answer you! When you read the descriptions of Paradise and Hell, know that Allah Most High is uploading images for you to focus on and be impacted by; when you’re captivated or horrified by the image, comment through your actions! Do the actions which will include you amongst the chillers in Paradise and keep you from being in the excruciating fire. That type of commenting will bring everlasting results in this life and the Next and, God willing, Allah subahanahu wa ta`ala (exalted is He) will tag you as His homies in this life and the Hereafter.

Sunday, November 13, 2011

Fixing A Broken Glass

At one time, sometimes you feel helpless. You feel as if you couldn’t get up anymore. After a trial, another trial comes up unexpectedly. Demanding you to face it without your wish and your will. But trials are trials which every Muslim will be tested. When something happens, it is certainly for some good and for a purpose. When we say “there is good in this" (hikmah), it is not by mere words, but comes with our heart, and showing patience in the face of difficulties with heartfelt submission and gratitude. 

Putting faith in this truth should inspire us with a better outlook, by which we feel grateful for everything that befalls us. In other words, a person will try to recognize the "good" in everything he hears, in every sight he sees, in every incident he experiences, in brief, in every moment of his life, and thereby, achieve a proper understanding of the meaning of this life. Making the right choice between those offered to him, expressed in the Qur'an as, "We guided him on the Way, whether he is thankful or unthankful" (Surah al-Insan: 3), man will, by God's Will, attain the the supreme end-result, that is, the eternal life in paradise.

Every event a person sees, and every noise he hears, are in ever instance part of a life that has been created for him as a unit. Whether major or insignificant, no event in the universe happens by coincidence. No flower either blooms or fades by chance. No man comes into existence or dies out of pure coincidence. No man becomes sick by mistake, and neither does his sickness develop in an uncontrolled manner. In each case, these occurrences are especially predestined by God, from the very moment they were created. Anything that exists, within the depths of the earth or the oceans, or the fall of a single leaf, all occur in compliance with destiny.
(Seeing Good in All - Harun Yahya)

Allah in advance, He has told us what will be tested. Fear, hunger, loss of life. And good news for those who are patient. Sometimes when you face a failure, the lesson might be harsh but the lesson is learned. Life is full of lessons to be learned, right? We are defined not by how many times we are knocked down, but by how many times we get up. There is a saying goes; “When everything crumbles to the ground, the only thing you can do is pick up the pieces.” 




You see, it is not possible to change the past, as if it is not possible to fix a broken glass. However, by picking up the pieces of broken glass at least it will prevent you and others from getting hurt by stepping on it accidentally. So when something goes wrong, not to what you have expected to happen, just pick up the pieces, clear up that mess and change the future. We can not fix the past, but we could make a better future, insya Allah.


"...It may be that you hate something when it is good for you and it may be that you love something when it is bad for you. God knows and you do not know." (Surah al-Baqarah: 216) 


And the first reaction of calamity for a mukmin is; 
inallahi wa inna ilahi raji’un 
We belongs to Allah and verily we will return to Allah


Sunday, October 30, 2011

Mimpi Berprestasi

Dalam mode membaca novel: Negeri 5 Menara. Karangan A. Fuadi 

Pertama, antara ungkapan yang menarik minat saya adalah Sahirul Lail. Sebuah pepatah Arab berbunyi, Man thalabal ‘ula sahiral layali. Siapa mahu mendapatkan kemuliaan, maka bekerjalah sampai jauh malam. Itulah yang diamalkan oleh beberapa murid di sebuah sekolah pondok yang terpencil dalam penceritaan novel ini. Sangat menarik. Jam 10 malam mereka tidur dan kemudian bangun semula ketika dinihari nanti. Usually at 2 am they will wake up.

Bagi saya sangat praktikal sementara masih cuti dan berada di rumah ni. Bila dah mula ada komitmen lain, agak sukar untuk tidur seawal mungkin. Bagi mahasiswa/i yang terlibat dengan pelbagai organisasi di institut masing-masing, I believe it is almost impossible to get to sleep sharply at 10pm. But still, 12am would be okay. At least you get some rest for tomorrow. Qum ya akhi, tahajjud.


Kedua, Man jadda wajada kata mutiara sederhana tetapi kuat. Menjadi kompas kehidupan. Mantera ajaib berbahasa Arab ini bermakna tegas, "Siapa yang bersungguh-sungguh, dia berjaya!". Setiap mereka yang mempunyai impian pasti berjaya sekiranya berusaha. With desire, of course, come actions. But know that it is not solely the results of our endeavours that count; what matters most is that we made our best effort. Jadi mari kita memasang mimpi dan mengejarnya. Mimpi yang terealisasi adalah prestasi, bi iznillah.

Di kepalaku berkecamuk badai mimpi. Tekad sudah aku bulatkan: kelak aku mahu menuntut ilmu ke luar negeri. Jika perlu sampai ke Amerika. Dengan sepenuh hati, aku toreh tekad ini dengan huruf besar-besar. Hujung penaku sampai tembus ke halaman sebelahnya. Meninggalkan jejak yang mendalam. “Man jadda wajadda. Bismillah”. Aku yakin Tuhan Maha Mendengar. 



A du'a is assured.


Monday, October 17, 2011

Lifelong Leader



Imam Syahid Hasan Al-Banna telah menggegarkan bumi Mesir serta dunia Arab dan Islam seluruhnya melalui dakwah, tarbiyah, jihad dan ketokohannya yang unggul. Allah telah mengurniakan tokoh ini dengan bakat dan kebolehan yang dianggap tidak mungkin wujud menurut pandangan pakar psikologi, pakar sejarah dan pakar penganalisis. Kelebihannya terletak pada kemampuan akal yang begitu hebat dan pintar, kefahaman yang luas, emosi yang begitu mantap dan stabil, hati yang penuh keberkatan, jiwa yang muda membara, lisan yang petah, zuhud, qana'ah dalam hidup tanpa mengenal erti susah, rajin dan berwawasan jauh tanpa mengenal erti putus asa dalam usaha menyebarkan dakwah dan prinsip, jiwa yang penuh inspirasi dan bercita-cita tinggi, bersemangat tinggi, berpandangan realistik dan jauh, tabah dan prihatin dengan dakwah, bersikap merendah diri terutama yang membabitkan dirinya sehingga diakui oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya. Beliau ibarat sinaran cahaya yang lembut, tidak terlalu cerah, tidak terbalam dan tidak tertutup. -Abu Al-Hasan Al-Nadwi

Wednesday, September 28, 2011

Siiruu wa abshiruu…


MIQDAD BIN ‘AMR.

Ketika membicarakan dirinya, para sahabat dan teman sejawatnya berkata: “Dia, Miqdad ibnul Aswad adalah orang yang pertama memacu kudanya dalam perang sabil”. Miqdad ibnul Aswad yang mereka maksudkan itu ialah tokoh kita Miqdad bin ‘Amr. Di masa jahiliyyah ia menyetujui dan membuat perjanjian untuk diambil oleh al-Aswad ‘Abdi Yaghuts sebagai anak, sehingga namanya berubah menjadi Miqdad ibnul Aswad. Tetapi setelah turunnya ayat mulia yang melarang merangkaikan nama anak angkat dengan nama ayah angkatnya dan mengharuskan merangkaikannya dengan nama ayah kandungnya, maka namanya kembali dihubungkan dengan nama ayahnya iaitu ‘Amr bin Sa’ad.

Miqdad termasuk dalam rombongan orang yang pertama masuk Islam dan orang ke-7 yang menyatakan keislamannya secara terbuka dan berterus terang. Oleh itu, dia menanggung penderitaan dari amarah murka dan kekejaman Quraish. Pun begitu, dia tetap menghadapinya dengan penuh keberanian dan keperwiraan. Perjuangan dia di medan Perang Badar tetap akan jadi tugu peringatan yang selalu semarak takkan pudar. Perjuangan yang mengantarkannya kepada suatu kedudukan puncak, yang dicita dan diangan-angankan oleh seseorang untuk menjadi miliknya. Berkata Abdullah bin Mas’ud yakni sahabat Rasulullah: “Saya telah menyaksikan perjuangan Miqdad, sehingga saya lebih suka menjadi sahabatnya daripada segala isi bumi ini…”

Pada hari peperangan Badar, ketika Quraish datang dengan kekuatannya yang dahsyat, dengan semangat tekad dan bergelora, dengan kesombongan dan keangkuhan mereka. Pada hari itu, kaum Muslimin masih sedikit, dan belum pernah mereka sertai peperangan demi mempertahakan Islam, dan inilah peperangan pertama yang mereka terjuni.

Rasulullah s.a.w ingin menguji keimanan para pengikutnya dan meneliti persiapan mereka untuk menghadapi tentera musuh yang datang menyerang, baik pasukan pejalan kaki mahupun angkatan berkuda, maka para sahabat dibawa untuk bermesyuarat. Setiap mereka diminta untuk memberi pendirian dan pendapat yang tulus, walaupun sekiranya pendapat mereka berbeza dengan majoriti, mereka tidak akan dikritik. Jadi Miqdad khuatir sekiranya ada di kalangan kaum Muslimin yang tidak mahu sertai peperangan. Jadi sebelum ada yang mengemukakan pendapat, Miqdad ingin mendahului mereka agar dengan kalimah-kalimah yang tegas darinya dapat menyalakan semangat perjuangan dan turut mempengaruhi pendapat sahabat lain.

Tetapi sebelum dia menggerakkan kedua bibirnya, Abu Bakar As-Siddiq telah mula bicara, baik sekali buah perbicaraannya itu hingga hati Miqdad menjadi tenteram kerananya. Setelah itu, Umar Al-Khattab menyusul bicara, dan buah perbicaraannya juga baik. Maka tampillah Miqdad, katanya:

“Ya Rasulullah, teruslah laksanakan apa yang diperintahkan Allah, dan kami akan bersama kamu. Demi Allah kami tidak akan berkata seperti yang dikatakan Bani Israel kepada Musa: Pergilah kamu bersama Tuhanmu dan berperanglah, sedang kami akan duduk menunggu di sini. Tetapi kami akan mengatakan kepada kamu: Pergilah kamu bersama Tuhanmu dan berperanglah, dan kami turut ikut berjuang di samping kamu…! 

Demi yang telah mengutus kamu membawa kebenaran! Seandainya kamu membawa kami melalui lautan lumpur, kami akan berjuang bersama kamu dengan tabah hingga mencapai tujuan, dan kami akan bertempur di sebelah kanan dan di sebelah kiri kamu, di bahagian depan dan di bahagian belakang kamu, sehingga Allah memberi kemenangan!” 

Kata-katanya itu mengalir tak ubah bagai anak panah yang lepas dari busurnya. Dan wajah Rasulullah s.a.w pun berseri-seri kerananya, sementara mulut Baginda mendoakan yang baik untuk Miqdad. Indeed, Al-Miqdaad's words left their impact on the hearts of the believers. Sehingga Sa’ad bin Mu’adz, pemimpin kaum Ansar bangkit berdiri mengatakan pandangan sama sepertinya. Maka hati Rasulullah s.a.w pun penuhlah dengan kegembiraan lalu sabdanya kepada sahabat-sahabat baginda: siiruu wa abshiruu… (berangkatlah dan besarkanlah hati kalian…!)


Dan kedua pasukan pun berhadapan. Anggota pasukan Islam yang berkuda ketika itu jumlahnya tidak lebih dari tiga orang, iaitu Miqdad bin ‘Amr, Martsad bin Abi Martsad dan Zubair bin Awwam, sementara pejuang-pejuang lainnya terdiri atas pasukan pejalan kaki atau pengendara-pengendara unta.

* Demikianlah sifat Miqdad. Banyak lagi kisah-kisah agung beliau yang perlu kita teladani. Kecintaan Miqdad kepada Islam tidak terkira besarnya. ‘Biar saya mati, asal Islam tetap jaya…’ menjadi impian dan cita-citanya yakni kejayaan Islam walau harus dibalas dengan nyawa sekalipun, hingga selayaknya beliau berolah kehormatan dari Rasulullah s.a.w dengan ucapan berikut: “Sungguh, Allah telah menyuruhku untuk mencintaimu, dan menyampaikan pesanNya padaku bahawa Dia mencintaimu”

* Kisah ini diambil dari buku karangan Khalid Muhammad Khalid yang berjudul Men Around the Messenger. Kitab Rijal Hawlar Rasul ini sangat mengasyikkan untuk dibaca, dikaji dan ditelaah. Semoga kita sentiasa bercita-cita untuk mencontohi peribadi-peribadi agung ini. Wallahu'Alam. 

Sunday, September 18, 2011

Rekreasi Hati

 

Sebuah pesanan dari Imam Al Ghazali, “Carilah hatimu di 3 tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”


Inilah rekreasi yang sebenarnya, rekreasi HATI. Fizikal kita mungkin lelah kepenatan, tapi hati lebih lelah, lelah dengan hiruk pikuk permasalahan dunia. Hati ini haus, haus akan cahaya langit sebagimana fitrahnya. Dan hati ini gersang, kering dan hampa kerana minimanya cahaya yang seharusnya kita dapatkan. Inilah rekreasi HATI.

Al-Quran - Solat - Mengingati Mati
Pinta kepada Nya

Tuesday, August 16, 2011

Seni Kehidupan


Bismillahi Ar-Rahmani Ar-Rahim

Segala puji bagi Allah, yang menciptakan dan mematikan manusia, yang menidurkan kita dan juga membangkitkan kita semula. MasyaAllah, besar nikmatNya kerana masih memberi peluang dan membenarkan kita untuk terus berada di kem rawatan kecederaan. Ye, kem bulan Ramadhan. Sangat bertuah dan beruntung orang yang melaluinya dengan penuh sedar. Inilah saat di mana luka-luka dapat dicuci dan calar balar dipulih semula. Moga perjalanan dalam bulan ini membuatkan kita kuat dan tabah dalam mengharungi perjuangan 11 bulan yang selebihnya.

Tidak dapat dinafikan, dalam fasa-fasa kehidupan kita, kita selalu berhajatkan kepada keselesaan, kedamaian dan aman dari di uji dan di duga. Sedangkan, hakikat sebenar kehidupan adalah sebaliknya. Tersebut ada sebuah kisah yang saya ambil dari buku Jangan Melampaui Batas karangan Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni. Buku ini mengupas berkenaan dengan kisah-kisah dalam Al-Quran untuk kita fahami dan renungi. Sangat bagus untuk dimiliki, bahasa yang digunakan sangat indah dan mudah. Apatah lagi sekiranya ia adalah kupasan kisah didalam Al-Quran, pasti lebih banyak pengajaran yang bermakna perlu kita fahami untuk dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian kita seperti mana yang Allah kehendaki. MasyaAllah! Ok, berbalik kepada kisah yang nak diceritakan tadi:

Pada suatu hari, khalifah Hisyam bin Abdul Malik berkata kepada para menterinya, “Mari kita hitung hari-hari yang ku lalui dengan kesenangan semenjak aku dilantik menjadi khalifah.” Ketika itu, dia telah beberapa tahun menjawat jawatannya, lalu dia menghitung hari-hari yang telah dia jalani. Dan ternyata dia hanya mendapati 13 hari sahaja. Bayangkan, hanya 13 hari tanpa kesukaran, fitnah dan cubaan berat. Sehingga dia pun berkata, “Pasti esok aku akan menyendiri di taman kerana itu aku harus dijaga agar aku dapat merasa bahagia dari pagi hingga petang”

Esoknya dia menyendiri di salah satu taman di Damaskus dan berpesan kepada para pengawalnya, “Kamu semua jangan menerima utusan, jangan member izin kepada sesiapa pun untuk bertemu denganku. Aku tidak ingin menangani masalah hari ini. Biarkan aku menyendiri di taman ini sepanjang hari”

Khalifah pun duduk di taman itu dari pagi hingga ketika menjelang siang, tiba-tiba jatuh sebuah anak panah yang berlumuran darah dekat dengannya. Rupanya anak panah itu berasal dari dua orang di luar taman yang sedang berselisih. Khalifah berkata, “Tidak ada satu hari pun, kita bebas dari masalah.”

Nampakkan, tidak mungkin kita akan sunyi dari masalah. Belum sempat kita menghela nafas dengan tenang, cubaan lain pula datang menyapa. Itulah lumrah seni kehidupan. Allah berfirman dalam surah (Al-Baqarah: 155);



Pastinya setiap gerak geri manusia akan diperhatikan oleh Allah. Tidak ada gerakan, ucapan, langkah, dan juga diam kita kecuali Allah pasti berserta kita. Setiap amalan dan kelakuan dalam hitungan Allah. Semuanya dalam pengetahuan dan pengawasan Allah. Suatu hakikat yang kita tidak dapat lari. Hatta apa yang terlintas di dalam benak fikiran dan hati walaupun tidak dizahirkan juga dalam hitungan Allah. Setiap itu dinilai secara langsung oleh Allah, kemudian Allah sendiri yang menentukan pahalanya.

Beriman, bersabar, bertaqwa dan bertawakal kepada Allah adalah kunci kebahagiaan. Sekiranya kita beriman, maka kita akan bersabar. Sekiranya kita bertaqwa, maka kita akan bertawakkal. Semua ini merupakan seruan dan gesaan kepada orang beriman supaya sentiasa bersabar, bertaqwa dan bertawakkal kepadaNya. Kerana sifat-sifat ini membuatkan orang itu menjadi kuat yang luar biasa dan redha dengan susunan Allah. Hebatkan! Wallahu’alam, moga kita sentiasa tergolong dalam barisan orang yang akrab denganNya.



17 Ramadhan 1432H
17 Ogos 2011
Selangor
Malaysia

Monday, August 8, 2011

Empayar Islam

Sungguh hebat dan luar biasa manusia yang dididik dan dibangunkan oleh Rasulullah s.a.w. Para sahabat dididik untuk menjadi seperti gelombang bukan menjadi buih, kerana buih hanyalah muncul dan terlihat banyak namun tidak memiliki kekuatan yang setelah itu akan hilang dengan begitu mudah, namun berbeza dengan gelombang. Gelombang walau mungkin tidak terlihat oleh mata kasar, namun mampu memberi impak yang sungguh luar biasa dan diluar jangkaan manusia. Hebatkan! Sehingga generasi unik ini diabadikan dalam Quran sebagai khoiru ummah, sebaik-baik umamah.

Di celah kesempatan ini, ingin saya kongsikan sejarah pemerintahan Islam di dalam blog ini. (supaya lebih ingat. Sebab apa yang dikeluarkan dari pembacaan dan pemahaman kita sama ada dikongsikan melalui lisan atau tulisan, yang itu lebih diingati dari disimpan di dalam hati untuk seorang diri. Wallahu’alam. Moga sama-sama kita dapat ambil manfaat)

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w ada menggambarkan keadaan pemerintahan Islam. Baginda membahagikannya kepada 5 era, yakni:

“Tempoh an-Nubuwwah (kenabian) akan berlangsung pada kalian dalam beberapa tahun, kemudian Allah mengangkatnya, setelah itu datang zaman khilafatun ‘ala minhaj an-Nubuwwah (kekhalifahan atas manhaj kenabian), selama beberapa masa hingga Allah ta’ala mengangkatnya, kemudian datang periode mulkan aadhdhon (penguasa-penguasa yang menggigit) selama beberapa masa, selanjutnya datang periode mulkan jabbriyyan (penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak) dalam beberapa masa hingga waktu yang ditentukan Allah ta’ala, setelah itu akan terulang kembali periode khilafatun ‘ala minhaj an-Nubuwwah. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w diam” (Hadis sahih Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

Jadi secara umumnya, peringkat kepimpinan umat terbahagi kepada:

1. An-Nubuwwah (Kenabian): Era pemerintahan Islam yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Baginda merupakan imam para muttaqqeen dan pemimpin para mujahideen.

2. Khilafatun ‘ala minhaj An-Nubuwwah (Kekhalifahan atas Manhaj Kenabian): dipimpin oleh Khulafa Ar-Rasyidin yakni khalifah yang adil, jujur, benar dan terbimbing oleh Allah s.w.t

3. Mulkan Aadhdhon (Penguasa-Penguasa yang Menggigit): pemerintahannya masih disebut sebagai Khilafah Islamiyyah, tetapi pola pemerintahan seorang khalifah kepada khalifah berikutnya menggunakan cara pewarisan takhta. Disebabkan itu dipanggil mulkan iaitu para raja atau para penguasa. Mereka masih berpegang kepada 2 sumber utama orang mukmin iaitu Al-Quran dan As-Sunnah walaupun tidak sehebat genggaman Khulafa Ar-Rasyidin dalam pemerintahan mereka.

4. Mulkan Jabbriyyan (Penguasa-Penguasa yang Memaksakan Kehendak): di saat ini, umat Islam hidup tanpa khilafah. Bahkan umat Islam tidak lagi dinaungi oleh sistem pemerintahan Islam bernama Khilafah Islamiyyah. Inilah era yang kita sedang lalui sekarang. Yang dimaksudkan dengan Jabbariyyan, yang memaksakan kehendak bererti mengabaikan kehendak Allah dan Rasulullah s.a.w.

5. Khilafatun ‘ala Minhaj An-Nubuwwah: berjayanya kembali umat ini dengan tegaknya kembali Khilafatun ‘ala Minhaj An-Nubuwwah.

Sejak tanggal 3 Mac 1924, umat Islam kehilangan sistem pemerintahan Islam Khalifah Islamiyyah. Bermula dari situ umat Islam mula melalui kehidupan yang penuh dengan kelemahan, kepincangan dan kemunduran. Mana tidaknya, kebanyakkan umat Islam ketika ini menyangka bahawa sistem yang selain dari sistem Islam lebih memuaskan. Sedangkan sistem itu sangat rapuh dan mudah dipatahkan. Namun begitu, periode keempat bukanlah periode terakhir dalam sejarah umat Islam. Masih ada harapan untuk kita bina ketamadunan Islam itu semula. Kini, kita menanti sistem era yang kelima yakni Khilafatun ‘ala Minhaj An-Nubuwwah. Mari kita sama2 merealisasikannya, bermula dari memupuk dan melengkapi diri menjadi individu muslim yang sebenar. Wallahu'alam.


Tanggal 3 Mac 1924, Majlis Nasional Agung
yang berada di Turki menyetujui 3 buah undang-undang iaitu;

i. Menghapuskan kekhalifahan
ii. Menurunkan khalifah
iii. Mengasingkannya bersama-sama dengan ahli keluarga

Wednesday, July 27, 2011

Different Vision #1


In picture: Jet Engine Boeing 747. Looks simple huh...
but you will never believe the complicated system that lies beneath it.


From a small and tiny to large and huge living being that Allah has created, we will never completely understand nor replicate exactly the same thing that Allah has created for us.

"O men! Here is a parable set forth! listen to it! Those on whom, besides Allah, ye call, cannot create (even) a fly, if they all met together for the purpose! and if the fly should snatch away anything from them, they would have no power to release it from the fly." [Al-Hajj, 22: 73]



In Picture: Airplane Accidents - Jet Engine on Fire.
When we become careless or too over confident, accidents may occur


But Allah is always there, standing just right beside us, indeed He is very near, willingly to help whenever we are in need. What we need to do is just ask and ask from Him with all our heart. Allah always have an answer for our Duas, ujibu da'watad daa'i iza da'aan. But only with one condition which is:


"Let them also, with a will, listen to My call, and believe in Me; That they may walk in the right way." [Al-Baqarah, 2: 186]

Saturday, July 23, 2011

Sebuah Pesanan AMAL SOLEH

Bismillahi Ar-Rahmani Ar-Rahim


Wasiat Saidina Ali karamallahu wajhah:

"Apabila kamu merasa letih kerana melakukan kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dgn melakukan dosa (maksiat) maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan tetap berkekalan."


Pesanan AMAL SOLEH Imam Al-Ghazali:

"Pertama telah ku pandang makhluk yang banyak ini, maka aku menyaksikan bahawa tiap2 mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat. Sebahagian daripada kekasih hanya mendampingi sampai ke sakit yang membawa maut dan sebahgian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur. Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan dia terbaring seorang diri. Tak seorang jua pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburkannya. Yang demikian tak ku dapati selain amalan soleh. Sebab itu maka ku ambil ia menjadi kekasihku. Supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri."


Akhir kalam, Saidina Umar Al-Khattab:

"Sesiapa yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya"


Jadi mari kita terus beramal soleh. Memberi sepenuh komitmen untuk beramal dengan penuh keikhlasan. Bulan Ramadhan pun kian hampir, sama2 kita menuju puncak taqwa. Melatih, mendidik dan mengasuh diri kita dalam bulan ketenteraan sangat menguntungkan bahkan menenangkan jiwa kerana ia berupaya untuk mentransformkan diri kita menjadi manusia yang hebat, taat dan terus dekat dengan Allah. Jadi yup, sama2 kita merebut peluang ini. Terus memburu barakah dan beramal soleh!

Memasuki AKADEMI RAMADHAN, dengan penuh PERASAAN KEIMANAN.


Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang mendirikan / menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan segala dosa." Direkodkan oleh Bukhari & Muslim


23 Sya'aban 1432H
24 July 2011

Monday, July 18, 2011

Flashback: In being together

Bismillah Ar rahman Ar rahim
In the name of Allah, most Gracious, most Compassionate


Bursts of Colour
Let them bloom over and over again


It is really part of those simple joys of life I treasure and for that, I am so grateful I have friends who always push me going forward into such healthy activities. Every once in a while, usually before the beginning of our semester, we plan and decide our semester activities and all these activities have its own purposes and objectives. Though, there are also activities that weren’t planned at the beginning, but Allah made it run smoothly and without any flaws especially when it comes to informal activities. Yeah, it is truly a memorable and wonderful day of being together! There is really nothing I want except a bunch of caring and sharing people like them!

It’s really interesting to meet different kinds of people with different kinds of personality. Such simple activities actually make you become closer and closer. And sometimes, during the moments of free time, I do wonder how long I have this awesome chance to stay with them, us being all together like this? You forget time waits for no one and this will definitely come to a close one day, to move on a new place, a new life, changing scenery. Of course, InsyaAllah, that will have its own joys and wonders but what I have now, I must not forget to cherish it while it is still here. I love you guys from the bottom of my heart.

You know what, in the small steps to Jannah friends and companions play the important roles. The Prophet Muhammad s.a.w said: "You will not enter Paradise until you have faith, and you will not have faith until you love each other. Shall I direct you to something which if you fulfill you will love one another? Spread salam amongst yourselves." Sahih Muslim (Book 001, Number 0096)


May Allah preserve and strengthening our ukhuwwah always!




'Khoiru Ummah' Family Day
Thanx to kak Am for her wonderful unique drawing

Friday, May 27, 2011

Twinkling Stars



Do not let your difficulties fill you with anxiety; after all, it is only in the darkest nights that the stars shine more brilliantly. [Saidina Ali r.a]



TWINKLING HOPE

Twinkle Twinkle little hope
Pass me down that great big rope
Give me peace and give me pride
Like the sky so big and wide
Twinkle Twinkle little hope
Pass me down that great big rope


(Taken from: Islamic Poems)

Tuesday, May 17, 2011

Kesenangan yang Menghanyutkan

Assalaamu'alaikum w.b.t,

Salam sejahtera, salam bahagia,


Mari kita hayati sebentar Kisah seekor Semut


"Ada seekor semut, dia memanjat pokok kelapa hingga ke puncaknya,
kemudian, dari jauh, ada angin kencang datang membadai,
lalu, dia kuat memegang dahan, agar tidak jatuh,

lagi, angin taufan juga datang,
meniup kuat, hingga menggoyangkan pokok kelapa,
lalu, lebih kuat dipegang dahan itu,
dan tidak jatuh lagi,

puting beliung juga berpusing,
menghempas pokok, mencemaskan hati,
tapi dahan semakin kuat dipegang,
lalu selamat dari terjatuh dari dahan pokok yang tinggi itu...

tetapi, tidak lama, angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut,
mengenai kepala, membelai rambut,
lalu, mata semut menjadi kuyu,
terasa indah, sedapnya angin,
lalu tertidur, dan jatuh dari pokok...."


Petikan dari filem 'SANG MUROBBI'


Sebuah kisah yang perlu kita pelajari, renungi dan fahami bahawa Allah s.w.t tidak mendatangkan ujian itu dalam bentuk kesusahan sahaja tetapi juga dalam bentuk kesenangan. Kesusahan dan kesenangan itu merupakan satu fasa dan lumrah kehidupan.

Di saat Allah datangkan kesusahan, kita resah gelisah lalu cari tempat untuk berpaut, kuat pegangannya kerana kesusahan itu banyak mengingatkan dia akan akibatnya. Tetapi di saat Allah datangkan kesenangan, kita terasa selamat dan leka, lama kelamaan pautannya makin longgar dan longgar hingga akhirnya barulah dia tahu bahawa dia berada di jurang kehinaan penuh kelalaian.

Maka di sini, biarlah Allah uji kita dengan kesusahan kerana di saat itu hati yang sebegini lebih lunak dan mudah untuk dekat padaNya. Tetapi bila Allah menganugerahkan kesenangan, maka selalulah pulangkan puji dan syukur itu kepada Allah s.w.t dan berhati-hatilah dalam meniti kesenangan. Janganlah sampai kesenangan itu menghanyutkan kita.

Sama2 kita memohon kepada Allah, sang Maha Pelindung dan yang Maha Pemberi Pertolongan agar meneguhkan kedudukan kita supaya sentiasa berwaspada dengan segala tipu daya dunia. Mari mencari kesenagan Akhirat!

Wallahu'alam. Dan Allah lebih Maha Mengetahui.

Tuesday, May 10, 2011

In Being Humble

Bismillah Ar rahman Ar rahim
In the name of Allah, most Gracious, most Compassionate

IN BEING HUMBLE


It is reported from Saidina Ali r.a. that he said: The one who shows off has three characteristics: He is lazy when by himself, he is lively and energetic when with others and he increases in his actions when he is praised and decreases in them when he is criticized.

At one time, it is important for us to check and reflect either the deeds that we have done is pure and not contaminated by other intentions because we don’t want at the end of the day, we realized that Allah did not even pleased by any of our good actions just because of our wrong intentions.

An explanation to the Hadith "Your actions alone will not save any of you".

It needs to come with ikhlas. How can an intelligent person be amazed with his deeds when these deeds are one of Allah's blessings, He is the only one that makes us able to do such and such and He is the only one that touched and moved our heart to embrace and accept the teachings of Islam. So how could we be so proud if it isn’t by His will.

Wallahu’alam. Short reminder in calling myself to become sincere and whole-heartedly want to be closer to Him for only His pleasure and no one else.

Wednesday, May 4, 2011

Harapan Seorang Ibu

Anakku! Belajar dan pelajarilah ilmu pengetahuan untuk diamalkan, guna kepentingan sendiri dan untuk dikembangkan kepada khalayak ramai. Pelajarilah ilmu pengetahuan itu, dengan maksud agar dapat menrecanakan hidupmu dalam menempuh kehidupan dunia dan akhirat. Jangan hendaknya pengetahuan itu menjadi beban di atas pundakmu, mengikat langkahmu dan menghalangi dalam berusaha mencari penghidupan.

Anakku! Orang yang berilmu itu harus menjadi contoh teladan bagi khalayak ramai dalam mencari penghidupan dengan jalan yang halal, untuk dibelanjakan dalam hal kebajikan. Itulah orang alim yang memancarkan pancaran ilmunya kepada khalayak ramai, untuk diikuti dalam cara berjual beli, berhutang piutang, bertani, berdagang dan dalam cara pengeluaran wang dsb.

Anakku! Sebagai pelajar, tidaklah hina bekerja di sawah, di ladang atau di kebun. Tetapi yang harus dipandang hina, ialah menjadi beban masyarakat yang hidupnya selalu mengharap-harap sedekah orang lain dan belas kasihan mereka.

Nabi kita Muhammad s.a.w sebelum menjadi utusan (Rasul), pernah menggembala kambing dan pernah berdagang. Khalifah Abu Bakar As-Shiddiq juga pernah menjadi pedagang kain di pasar. Begitu juga para sahabat yang lain. Di samping menuntut ilmu, juga tidak ketinggalan dalam mencari penghidupan.

Sabda Rasulullah s.a.w “Tiadalah Allah mengutus seorang Nabi, melainkan ada pengalaman menggembala domba”, Para Sahabt bertanya: “Apakah tuan juga begitu?” Jawab Nabi: Ya, dahulu saya pernah menggembala domba, dengan mendapat upah dari penduduk Mekkah.

Sebagaimana engkau ketahui, bahawa dalam syara’ banyak diterangkan hukum-hukum dari hal perdagangan, pergadaian, perburuhan, pertanian dll. Amalkanlah semua pengetahuanmu, dan kembangkanlah kepada masyarakat. Allah akan melipat gandakan pahalamu atas ilmu dan amalanmu.

Anakku! Tawakkal kepada Allah, bukanlah seperti sangka orang, dengan berpangku tangan bertekuk lutut, tanpa kerja dan usaha sambil menyerah atas takdir Tuhan. Bukan begitu.

Sedapat mungkin hendaklah segala amal dan usahamu itu, didasarkan untuk berkhidmat dan membela agama Allah, bangsa dan negara, kerana mengharap keredhaan Allah semata-mata. Semoga Allah melimpahkan kurnia dan taufiqnya kepadamu dalam menempuh hidup di dunia ini dan di akhirat nanti.

Anakku! Banyak-banyaklah membaca Quran. Jika mungkin, hafalkanlah di luar kepala. Bacalah dengan saksama dan resaplah ke dalam hati sanubari, camkanlah apa erti dan maksudnya. Jangan asal membaca sahaja. Mana yang belum mengerti, tanyakanlah kepada guru atau kepada alim ulama.

Orang yang membaca Qur’an dengan tidak mengerti apa erti dan maksudnya, jauh berbeda dengan orang yang membaca yang tahu dan mengerti apa maksud dan ertinya. Orang yang pertama orang yang buta berjalan tidak melihat apa-apa. Sedang yang kedua, seperti orang yang meliha, tahu mana tempat yang ditujuinya.

Anakku! Koreksilah (periksalah) dulu amal perbuatanmu sendiri, sebelum diperiksa oleh Allah. Pada tiap-tiap hendak tidur, renunglah sehari yang te lah berlalu tadi. Jika baik, bersyukurlah kepada Tuhan. Jika tidak baik, bertaubatlah dengan menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi lagi. Perbanyak minta ampun kepada Allah. Mudah-mudahan Allah menerima taubatmu dan mengampuni dosamu yang sudah terlanjur itu.

Friday, April 15, 2011

International Seminar on Peace & Humanitarian Aid

Dear respectable readers,

I am pleased to invite you guys to join and listen from the range of speakers from various background in person. These honorable speakers are gathered from different nations and distinct countries so that we could comprehend and understand the war that we don't see. They call for human rights and they call for us to unite. I'm telling you that this seminar won't let you down, insyaAllah. Among the main speakers are:

1. Huseyin Oruc, one of the prime movers of the Gaza Flotilla mission. He is one of the founders of The Foundation for Human Rights and Freedoms and Humanitarian Relief, IHH, a Turkish NGO based in Istanbul.

2. Prof. Mattias Gardell, a Swedish scholar of comparative religion. Gardell was aboard MV Mavi Marmara during the Israeli armed forces raid on the flotilla on the morning of 31 May 2010.

3. Santi Soekanto, the former Chief Editor of The Brunei Times. One of the hundreds of survivors in the Mavi Marmara raid, she wrote a very touching letter entitled 'Gaza tidak membutuhkanmu!' or 'Gaza doesn't need you.'


An event not to be missed:

-Click on the picture to enlarge-


Date: 23rd APRIL 2011

Day: SATURDAY

Time: 7.30 AM - 6.00 PM

Venue: Conference Room, Cultural Activity Center (CAC)
INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA (IIUM)

Fee:
Student - RM 30
Public - RM 50
Corporate - RM 100

Online registration at http://seminar2011.lifeline4gaza.org/

"Together We End the Siege on Gaza"

For any inquiries, you may contact through the following persons:
Br. Musab (019 - 218 7861), Br. Akram (012 - 374 7406), Br. Afiq (019 - 212 9557)


A picture of the Mavi Marmara Returns in Istanbul After Israeli Massacred 9 of the Peace Activists. And now, Flotilla II is coming back!!!


Lets us support the Palestinians' right to rebulid their lives. The second flotilla of ships will approach Gaza, answering the call for help. The more people become aware of the suffering of the Palestinians, the sooner hopefully it will end! Please forward this invitation far and wide through email, facebook & any other form of mass communication to all the community.

Thank you. Till then.

Sunday, April 10, 2011

Note to Self


Iza amsaita fala tantazhir assobah,
wa iza asbahta fala tantazhir almasaa',
wa khuz min sihhatik limarodhik,
wamin hayatik limautik.
- hadis riwayat bukhari -

"Apabila kamu berada di waktu petang,usahlah menunggu waktu pagi. Dan apabila kamu berada di waktu pagi, usahlah mengunggu waktu petang. Dan gunakanlah masa sihatmu sebelum masa sakitmu, dan masa hidupmu sebelum masa matimu"

Hadis ini sering kali kita dengar berulang2 kali. Tetapi disebabkan kerana doif dan lemah nya manusia itu maka kita sering lupa. Kita selalu berada dalam kelalaian (ghaflah) terhadap apa yang diciptakannya tanpa disedari; masanya, usianya, potensinya, hartanya, kepandaiannya dan sewaktu dengannya. Justeru, sama2 kita sentiasa diperingatkan akan kesempatan yang kita miliki untuk terus dan terus beramal dan berubudiyyah kepadaNya.



Procrastination is the thief of times. So beware guys.

Monday, April 4, 2011

Smart student starts here

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
“Over the knowledgeable, is Allah the most knowledgeable”

All praises and gratitude is due to Allah, the Lord to whom every single creature in the heaven and the earth belongs to. Thank you Allah for giving us the strength and patient during this trying times. May peace and blessings be on the leader of all creation, the prophet Muhammad S.A.W, his family and companions.

In these days, we are drowning with a vast amount of information and starving for knowledge. We were taught sciences, maths, social studies, politics, history, economics etc etc but no where we see those who have a clear vision and mission in life, maybe just a quite number of them. Our goal in education is not merely to learn for the sake of learning. If we don’t specify our goal, then we will make some mean and cheap goals.

Let’s us imagine a society with a team of good Muslims. They have doctors, engineers, scientists, economists, managers and all other experts. Each group having a clear vision and mission as a Muslim and they have an excellent interaction between themselves. Don’t you think Allah wants such society as a true khilafah?


Hence, calling all graduated high-school students (SPM) and graduated pre-universities students (Matriculation, STPM and STAM) to participate in this beneficial programme!

Smart student starts here. HiMeGa

Hijrah Menara Gading 2011 (HiMeGa 11)

Date: 22nd - 24th April 2011 (Friday - Sunday)
Venue: International Islamic University Malaysia, IIUM
Theme: Nurturing 'Alim Mujahid

If you have any inquiries, please contact:

Brothers
- Br. Ikrimah [0134059395]
- Br. Ameen [0135041501]

Sisters
- Sr. Izzah [0132115422]
- Sr. Khairiah [0132504986]

For online registration, please log on to this link (click here)


This programme will help and facilitate us, tells us, prepares us, reminds us, suggest us a plan and follow up on our progress on our path to live in a balanced life fid dunya wal akhirah. Also balance in terms of ruhi, aqli, jismi. To be expert in one’s own field and to have a vision & mission along with discipline.

Whatever we do, counts towards in becoming an excellent in our field and towards forming that excellent team. Let us become a student who will look at this world with Islamic vision. Starting our day with Allah’s word and then study Allah’s world. Quran and Hadith is a direct study of Allah’s word while maths, science, technology, laws, economics are supporting studies of Allah’s world. Don’t you think so???

O Allah, increase us with beneficial knowledge that brings closer to You.



ilaliqo', ma'as salamah.

Friday, April 1, 2011

Kita Ibarat Pepohonan

"Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepadaNya" (Ar-Rahman: 6)

Sesungguhnya tiap-tiap pohon itu mengukapkan sesuatu dari karekteristik iman, sujudnya seiring dengan penampilan penghambaan dirinya kepada Allah. Sesaat untuk menyendiri dibawah pepohonan menjadi faktor yang dapat menggugah kelalaian hati dan sebagai jalan untuk kembali bertaubat kepada Ilahi.

Pohon iman akan lemah jika tidak disirami setiap hari. Daun-daunnya akan layu, jika tiada hujan. Akarnya akan kering dan dahannya terkulai jika tidak dibajai. Lantas pohon ini bertukar menjadi pohon yang buruk yang tidak dapat berdiri tegak dan segak. Suatu hari ia pasti tercabut dari permukaan bumi sehingga tiada lagi tempat baginya di bumi ini.

Tetapi hanya pohon keimanan sahaja yang berpotensi untuk terus subur dan melahirkan produk yang bermanfaat. Mengutip pesan Imam Hassan Al-Banna, "Jadilah seperti pohon, dilempar dengan batu, malah membalas dengan buah"

Segala spesis rerumputan, tetumbuhan mahupun pepohonan yang mekar berbunga dan berbuah telahpun dihampar di permukaan muka bumi ini untuk dijadikan pengajaran, maka sama2 seharusnya kita renung-renungkan sehingga hati ini tergugah dan tergerak untuk turut menyoroti jejak langkah pepohonan yang setia sujud abadi didepan Ilahi. InsyaAllah...

Saturday, March 26, 2011

Melengkapi Sebuah Pengembaraan

Bismillah...
-Tanah perkuburan UIA-

Selautan syukur tanpa sedikit kufur selayaknya dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana selepas mematikan kita pada malam semalam, Dia memilih kita untuk terus hidup, menjenguk dan mengintai kehidupan yang fana ini. Kita masih diberi pelbagai nikmat termasuk setiap helaan nafas yang turun dan naik, masih diberi peluang untuk beramal soleh supaya dapat menuai di hari kemudian. Selawat dan salam ke atas imam para muttaqqin, pemimpin para mujahidin x lain x bukan Rasul terakhir kita, ahli2 keluarga & sahabat2 Baginda dan juga orang2 yang mengikuti Baginda hingga hari Kebangkitan.

Pagi itu, entah mengapa tergerak hati saya untuk ziarah kubur. Selepas pekena nasi lemak di Sg.Pusu kami bertiga pun menyinggah sebentar di tanah perkuburan uia. Sudah lama saya tidak bertandang di situ. Ini bukanlah pertama kali saya menjejakkan kaki di sini malah mungkin kali ketiga, kalau x silap. Tapi Allah izin ada suatu kelainan daripada sebelum2 ini yang membuatkan saya terkenang2 dan berfikir dalam. Kami berkesempatan untuk bertemu dengan pakcik2 penggali kubur maka kami pun mengambil kesempatan ini untuk berbual2 sedikit dengan mereka.



Pakcik2 itu terus menghanyungkan cangkul,
sedang sibuk dan tekunmenggali kubur.


Kami: Pakcik, nanti ada upacara pengebumian ke kat sini?
Mereka: A'ah. Jenazah akan sampai pas zohor ni.
Kami: Owh...jenazah dari mane pakcik?
Mereka: UIA. Pakcik dah banyak dah tanam orang2 uia ni.
Mereka: Jenazah ni perempuan. Kamu kena banyak2kan zikir sikit.
Kami: InsyaAllah... (serentak)
Kami: Biasanya berapa dalam ni kena gali?
Mereka: Dalam 6 masta. tau masta?
Kami: Haa...??? (kehairanan. master??)
Mereka: 6 hasta
Kami: owh...biasanya ambil berapa lame?
Mereka: 4 jam
Kami: Lame la jugak ek pakcik. Mai nak tolong.
Kami: Pakcik, tadi kami nampak ada salah satu kubur tu berlubang. Dalam pulak tu. (Agak seram bila tengok) kenapa ek jadi macam tu selalu ke jadi macam tu?
Mereka: Oh..tu liang lahad terpatah agaknya.
Mereka: Kadang tanah x mampat. sebab tu kena pijak2 mayat
Kami: ye??? (kebingungan n kehairanan)
Ketika kami minta izin untuk berundur dulu, pakcik panggil...
Mereka: eh, x nak tengok sampai habis ke?
Kami: Xpe pakcik, kami balik dulu. Nanti insyaAllah kami datang lagi.


Bila muhasabah balik, janji itu benar2 semakin dekat dan menghampiri sedangkan hati ini selalu dalam kelalaian, menuju kepada hiburan dan cinta kepada kehidupan. Kita ghairah dengan kehidupan dan khuatir dengan kematian. Sedangkan dunia ini hanya sebuah persinggahan dan pengembaraan. Hanya penglihatan yang panjang dan pandangan yang dipacu oleh ketaqwaan akan mempunyai kekuatan dan kemampuan untuk menganalisa kehidupan duniawi. Teringat kata Muhammad Ahmad Ar-Rasyid dalam buku Ar-Raqa'iq, "Lupa kematian adalah awal penyimpangan"


Sungguh hati seorang mukmin akan dicekam rasa takut, gerun dan gelisah. Kadang terbayang di kotak fikiran bermain2 di ruangan mata, bagaimana agaknya keadaan akhir hayat kita nanti. Di saat semua pinjaman dikembalikan, di saat pipi bertemu dengan tanah, dan di saat penantian ke alam2 yang lain semua itu pasti dan pasti dilalui oleh setiap manusia yang bernyawa.

“Ya Allah, berilah kami taufik kepada kebaikan dan istiqamah di atasnya sampai akhir hidup kami. Jangan jadikan kami silau dan tertipu dengan kehidupan dunia yang fana hingga melupakan pertemuan dengan-Mu. Matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah. Lindungi kami dari azab kubur dan dari seksa neraka yang amat pedih. Ya Arhamar Rahimin, berilah nikmat kepada kami dengan surga-Mu yang seluas langit dan bumi. Amin Ya Rabbal ‘Alamin."

Selalulah jenguk kuburan, ambillah pelajaran dan
jangan kita disibukkan oleh anagan-angan



Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu.

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Menanti di Barzakh (Far East)

My lil brother used to love this song very much. Usually during my vacation, before he went to bed, he would grab my hand phone and played this music repeatedly until he falls asleep. His way of doing reflection, i believe...


Sekiranya anda ada masa? Bacalah Perjalanan Roh Selepas Kematian di sini.

Saturday, March 19, 2011

First Mission: Accomplished!

Bismillahirrahmanirrahim...

-F-9 Team with my treasured lecturer-


Designing and fabricating an aircraft was surely a headache. I have to admit that. Starts from the very scratch, we did assumptions, calculations, analysis and then the drawings so that we have a clear picture of an aircraft-to-be before we proceed with the fabrication. But when you are in the stage of fabrication, then you will realize that how hard it is to ensure that each component functions and performs effectively as you planned. At this point we need to be patient in trial and error, dare to take risk and a lot of testing one by one. There are some loses and we were also cheated by the retailer, but you see, learning from mistakes is always the best curriculum for self-improvement especially when you work in a team.

Alhamdulillah, many hands truly make light work. After the countless effort of working together plus with a consultation of an expert person, we managed to finish it earlier. Nevertheless, the worrying part is the flight test stage whereby we need to ensure that the aircraft could take off, climb, cruise and land accordingly. The first test, it was a failure. Well, it did take off well, climb and cruise but then with the lack of battery power, it fell down and crashed. Ouch…it did hurt himself. So we try to fix it. Even after the front arm was broken, but giving up was not the choice.

There was a silence. You should see our expressions, everyone was worrying and hoping that there’s still a chance. We were pretending and forcing ourselves to put on the fake smile, convincing ourselves not to worry and everything will be okay. After the amendments and the recitation of basmallah, we went for the second test and guess what, mission accomplished, Alhamdulillah. Everyone was contented and relieved. Need I say anything more than Alhamdulillah! Certainly it was with His help and assist that the F-9 aircraft flew successfully. Subhanallah! You should have seen it, up in the sky, F-9 pusher aircraft finally flying happily with the birds chirping around, such an awesome feeling and surrounding. It was surely a fun and enjoyable experience when you had been given a chance to work in this field area. Thank you Allah for everything, thank you.

O Allah, there is nothing easy except what You make easy,
and You make the difficult easy if it be Your Will.




Some components and parts of aircraft to be considered and analyzed.




The control panel and the aircraft



Transmitter control



FYP II Schedule

Next mission: Remaining Mini-Projects, Presentations, Final Exams &
of course Final Year Project of Hot Water Rocket.



Life is too short and time is too precious to be wasted so please make a doa for me and hoping that all of you doing your very best in your work field area. May Allah place us in a place that is good for our dunya and for our akhirah. Ameen. Till then, see you later, InshaAllah.



In memory: F-9 Aircraft

Sunday, March 13, 2011

Must-Read Comic

Assalamu'alaikum wbt.

After countless efforts of planning and hard work plus with Allah's wish and permission (bi iznillah), IIUM Journalism Club would like to present to you the first edition of JC.COMIC, Alhamdulillah. This essential graphic comic is a must-read comic for anyone interested in the medium.

Front and back cover


Behind every curtain, a story.
Under every flagstone, a legend.
Around every corner, a miracle.
An unlikely beauty that’s waiting to be discovered.




For those who are interested to get a copy of this first edition JC.COMIC, you can kindly give your name, contact number, and mahallah to our representative below:

Br: Helmi - 013-7282685 / hiromi2907@yahoo.com
Sr: Mastura - 019-3642048 / twinkle_twinz@yahoo.com



*P/S Congratulations to those who have struggled and helped direct or indirectly in realizing this JC.Comic. May Allah count it as amal soleh and may He grant us all Paradise out of His mercy. Ameen...

Saturday, March 12, 2011

Jalan Dakwah - MM

"Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan persatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini."


Dipetik dari buku TARIQUD DAKWAH (Jalan Dakwah), yang merupakan penulisan lanjutan daripada karya imam Mustafa Masyhur yang terdahulu iaitu Zadun 'Ala Tariq (Bekalan di Jalan Dakwah)

Tuesday, March 8, 2011

When it's Too Late

Bismillah ArRahman ArRahim

"People are asleep;
when they die, they awaken"


(Surah Al-Mu'min: 45-50)

I remembered in one of our weekly meeting, one of the members brought up these verses. It made me think and ponders how todays life is valuable and will determine our conditions at The Judgment Day and also in Hereafter. So, treasure each second a valuable moment with kindness, humanity, charity and all good things which is coupled with pure intention (ikhlas). Wallahu'alam. Allahumma inni asaluka ‘ilman nafi’a wa rizqan thoyiba wa ‘amalan mutaqobbala. Ameen…

Wednesday, March 2, 2011

Think beyond the Needle

Bismillah ArRahman ArRahim



Last few days, I came down with a terrible cold. With the runny nose, I have trouble breathing through it. Then a tiny sharp needle was like poking my bone continuously. I lost my attention in classes even though I did try to catch up with the lectures. The painfulness distracts my interest. The next day, my head was heavy overwhelmed with dizziness. As I try to move around the pain was getting worse. I felt tired and depleted, but worst of all I lost my focus and concentration in doing my routine work. With such much pain, I don’t have any option except for went to bed earlier than before.

It wasn’t easy. With the overworking duties, not getting enough sleep and missing meals might be the major factors to my pain. Pains are like needles, once it strike it does hurt even though it might not be severe injuries. But, I realized that that was not all. The pains are actually helping me to relief, to relax and to heal. To relief means freeing me from anxiety as a small voice keep on whispering slowly that you’re not alone. To relax means to have some rest for a moment from these worldly matters. And to heal me from such sins which might prevents me from gaining Allah’s pleasure. Deep inside my heart, I thank Allah for the golden chance of having so much pleasure. Indeed, relaxation relies on the exhaustion (Kepenatan itu suatu kerehatan). Wallahu'Alam.
Fafiru Ilallah - Larilah Pada Allah
-JASAD DI DUNIA, TAPI HATI DI AKHIRAT-
Blog Widget by LinkWithin