Saturday, June 26, 2010

Lagi seminggu

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.

Tinggal lagi seminggu saya akan berkhidmat di STRIDE bermaksud dalam seminggu ni saya perlu siapkan kerja saya yang tertunda pada minggu lepas dan saya kena siapkan final report sebelum balik johor. Kerja tertangguh sedikit sebab hari tu ada dua kali pembentangan latihan industri. Satu depan visiting lecturer dan supervisor. Hari jumaat pulak depan semua pegawai bahagian jentera dan aeroangkasa. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

tengah tunggu lecturer sampai

Dah lama rasanya tak balik JB. Hari tu ummi abah pindah rumah lagi, area JB jugak. Tapi takda kesempatan lagi untuk balik. Boleh dikatakan setiap hujung minggu ada hal. Alhamdulillah adik-beradik lain dapat tolong. Kesian ummi abah kalau nak harapkan kudrat diorang je. Barang2 kami yang banyak kalau nak dibandingkan dengan barang2 mereka. Tak sabar untuk cium tangan dan pipi mereka, rindu jiddan!!!


Hamizah dan ahmad di sebuah R&R, otw nak balik johor

Cuma kali ni, Allah izin saya dapat bercuti dalam seminggu sahaja. Mungkin tak sampai seminggu, mungkin 5 hari sahaja. Bila saat nak tinggalkan mereka, mesti rasa sebak dan sedih. Sebab sejak masuk main campus tak banyak masa yang dapat diluangkan bersama mereka. Tapi ummi selalu pasrah dan redha. Ummi faham dengan kesibukan anaknya. Ummi kata ummi seronok dan suka tengok anak2 ummi yang sibuk dengan urusan akhirat bukan urusan dunia semata2. Pernah sekali mengadu pada ummi:

“Ummi, letih nya sem ni...banyak kerja kena buat, banyak benda kena fikir” sambil sandarkan badan pada kerusi kereta exora dan mengeluh panjang. Ketika tu dalam perjalanan nak balik UIA, ummi abah tolong hantarkan. Kemudian ummi jawab dengan penuh keibuan: “Xpalah...biar letih di dunia, tapi jangan letih di akhirat”. Seronok bila ada orang di sekeliling kita dapat mengingatkan kita bahawa hidup di dunia ni hanya sebuah persinggahan.

Abah pulak tak jemu2 hantar message supaya sentiasa ingat Allah. Pernah sekali bila nyatakan hasrat untuk memilih kursus aeroangkasa abah mula2 keberatan. Tapi bila dibincang semula abah jawab dengan sms yang ringkas: “InsyaAllah, jika itu yang kak lang suka, abah sokong. Yang penting kena yakin, ikhlas & istiqamah dalam belajar & ibadah. Semoga kak lang berjaya dengan cemerlang”. SMS lain “kalau nak masuk teaching line, mana2 kursus pun ok dan diperlukan”

Dan pada cuti mid-semester lepas, saya banyak luangkan masa bersama abah. Pergi ke pejabatnya dan duduk puchong bersama abang2. Adik2 kecil kat JB dengan ummi. Diorang nak sekolah jadi tak dapat nak bersama. Teringat ketika dalam perjalanan nak pulang ke rumah, abah tak habis2 ingatkan bahawa orang yang berjaya di akhirat adalah orang2 yang berjaya di dunia. Kata abah: “Mana mungkin orang yang solat, yang mempunyai hubungan terus dengan Allah itu akan gagal dalam urusan dunia nya. Cuma mungkin kadang2 kejayaan itu tertunda. Dan mana mungkin orang yang tinggal solat itu boleh berjaya. Cuma mungkin azab nya sahaja yang tertunda dan balasan di akhirat itu pedih dari jankaan.” Abah sambung: “Lagi banyak kita baca, fahami dan hayati Quran, lagi luas peluang kejayaan kita.”



Ciwan dan ahmad di rumah sewa lama

Itulah antara kata2 keramat mereka. Alhamdulillah, mereka banyak sabar, tak jemu2 mendidik dan berdoa untuk kami. Seronok bila dapat bahagiakan mereka kerana keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa itu sendiri. Maka, marilah kita sama2 terus menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua-dua ibu bapa. Moga Allah hadiahkan kita semua mahligai syurga di akhirat nanti.

Dalam memenangi pandangan dan redhaMu,
Hamba-Mu yang hina: Safi Ar-Rahman
Fafiru Ilallah - Larilah Pada Allah
-JASAD DI DUNIA, TAPI HATI DI AKHIRAT-
Blog Widget by LinkWithin