Saturday, July 23, 2011

Sebuah Pesanan AMAL SOLEH

Bismillahi Ar-Rahmani Ar-Rahim


Wasiat Saidina Ali karamallahu wajhah:

"Apabila kamu merasa letih kerana melakukan kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dgn melakukan dosa (maksiat) maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan tetap berkekalan."


Pesanan AMAL SOLEH Imam Al-Ghazali:

"Pertama telah ku pandang makhluk yang banyak ini, maka aku menyaksikan bahawa tiap2 mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat. Sebahagian daripada kekasih hanya mendampingi sampai ke sakit yang membawa maut dan sebahgian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur. Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan dia terbaring seorang diri. Tak seorang jua pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburkannya. Yang demikian tak ku dapati selain amalan soleh. Sebab itu maka ku ambil ia menjadi kekasihku. Supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri."


Akhir kalam, Saidina Umar Al-Khattab:

"Sesiapa yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya"


Jadi mari kita terus beramal soleh. Memberi sepenuh komitmen untuk beramal dengan penuh keikhlasan. Bulan Ramadhan pun kian hampir, sama2 kita menuju puncak taqwa. Melatih, mendidik dan mengasuh diri kita dalam bulan ketenteraan sangat menguntungkan bahkan menenangkan jiwa kerana ia berupaya untuk mentransformkan diri kita menjadi manusia yang hebat, taat dan terus dekat dengan Allah. Jadi yup, sama2 kita merebut peluang ini. Terus memburu barakah dan beramal soleh!

Memasuki AKADEMI RAMADHAN, dengan penuh PERASAAN KEIMANAN.


Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang mendirikan / menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan segala dosa." Direkodkan oleh Bukhari & Muslim


23 Sya'aban 1432H
24 July 2011

No comments:

Fafiru Ilallah - Larilah Pada Allah
-JASAD DI DUNIA, TAPI HATI DI AKHIRAT-
Blog Widget by LinkWithin