Salam sejahtera, salam bahagia,
Mari kita hayati sebentar Kisah seekor Semut
"Ada seekor semut, dia memanjat pokok kelapa hingga ke puncaknya,
kemudian, dari jauh, ada angin kencang datang membadai,
lalu, dia kuat memegang dahan, agar tidak jatuh,
lagi, angin taufan juga datang,
meniup kuat, hingga menggoyangkan pokok kelapa,
lalu, lebih kuat dipegang dahan itu,
dan tidak jatuh lagi,
puting beliung juga berpusing,
menghempas pokok, mencemaskan hati,
tapi dahan semakin kuat dipegang,
lalu selamat dari terjatuh dari dahan pokok yang tinggi itu...
tetapi, tidak lama, angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut,
mengenai kepala, membelai rambut,
lalu, mata semut menjadi kuyu,
terasa indah, sedapnya angin,
lalu tertidur, dan jatuh dari pokok...."
Petikan dari filem 'SANG MUROBBI'
kemudian, dari jauh, ada angin kencang datang membadai,
lalu, dia kuat memegang dahan, agar tidak jatuh,
lagi, angin taufan juga datang,
meniup kuat, hingga menggoyangkan pokok kelapa,
lalu, lebih kuat dipegang dahan itu,
dan tidak jatuh lagi,
puting beliung juga berpusing,
menghempas pokok, mencemaskan hati,
tapi dahan semakin kuat dipegang,
lalu selamat dari terjatuh dari dahan pokok yang tinggi itu...
tetapi, tidak lama, angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut,
mengenai kepala, membelai rambut,
lalu, mata semut menjadi kuyu,
terasa indah, sedapnya angin,
lalu tertidur, dan jatuh dari pokok...."
Petikan dari filem 'SANG MUROBBI'
Sebuah kisah yang perlu kita pelajari, renungi dan fahami bahawa Allah s.w.t tidak mendatangkan ujian itu dalam bentuk kesusahan sahaja tetapi juga dalam bentuk kesenangan. Kesusahan dan kesenangan itu merupakan satu fasa dan lumrah kehidupan.
Di saat Allah datangkan kesusahan, kita resah gelisah lalu cari tempat untuk berpaut, kuat pegangannya kerana kesusahan itu banyak mengingatkan dia akan akibatnya. Tetapi di saat Allah datangkan kesenangan, kita terasa selamat dan leka, lama kelamaan pautannya makin longgar dan longgar hingga akhirnya barulah dia tahu bahawa dia berada di jurang kehinaan penuh kelalaian.
Maka di sini, biarlah Allah uji kita dengan kesusahan kerana di saat itu hati yang sebegini lebih lunak dan mudah untuk dekat padaNya. Tetapi bila Allah menganugerahkan kesenangan, maka selalulah pulangkan puji dan syukur itu kepada Allah s.w.t dan berhati-hatilah dalam meniti kesenangan. Janganlah sampai kesenangan itu menghanyutkan kita.
Sama2 kita memohon kepada Allah, sang Maha Pelindung dan yang Maha Pemberi Pertolongan agar meneguhkan kedudukan kita supaya sentiasa berwaspada dengan segala tipu daya dunia. Mari mencari kesenagan Akhirat!
Wallahu'alam. Dan Allah lebih Maha Mengetahui.
1 comment:
syukran safi=) akak akan selalu ingat kisah semut ni! akak rindu tazkirah2 safi
Post a Comment