Thursday, December 15, 2011

Menjelajah Dunia (Part II)

bersambung...


LUBNAN

Lubnan bukanlah bumi yang terlalu asing kepada dunia Islam, Sheikh Mohd Abduh pernah bertamu disini semasa dibuang dari Mesir kerana menyebarkan faham pan Islamism. Di zaman moden ini beberapa intelektual Islam telah dilahirkan dari sulbi Lubnan seperti Dr Fathi Yakan, Dr Muna Yakan, Sheikh Faisal Moulavi dan sebagainya.

Lubnan tidak pernah merasai erti keamanan, kerencaman etnik, ideology, agama sentiasa dijadikan alasan untuk menghunus senjata antara satu sama lain, dan yang paling penting, mereka berjiran dengan Israel. Kewujudan Israel melalui Balfour Treaty adalah untuk memastikan Asia Barat sentiasa bergolak. Lubnan bernasib malang kerana menjadi jiran Israel.

Televisyen Lubnan melambangkan rakyatnya yang berfikiran sangat liberal, moden dan sekular seolah kita berada di sebuah negara Eropah. Siaran TV yang mempunyai lebih seratus siaran sendat dengan hiburan. Dua siarannya dengan aksi porno dan semi porno termasuk menayang aksi homoseksual secara terbuka.


CUBA

Cuba, sebuah negara yang cukup intim dengan pemimpin utamanya, Fidel Castro adalah negara berideologi sosialisme yang cukup rapat pula hubungannya dengan hukum pembelaan terhadap orang miskin. Petugas-petugas dari negara Cuba memakai seragam seolah tentera dan sekaligus pengikut Fidel Castro yang taksub. Doktor-doktor dan petugas paramedik ini sangat komited dengan tugas masing-masing.

Krisis kemanusiaan ini telah menarik ribuan petugas kemanusiaan dari seluruh dunia samada daripada barat atau timur, blok kapitalisme atau blok sosialisme. Yang menjadi persoalan adalah Cuba sentiasa menghantar doktor-doktor dalam bilangan yang sangat ramai (2,000 – 3,000 doktor) untuk turun padang mengharung kepayahan membantu mangsa. Dengan usia yang relatif muda antara 26 – 30 tahun.

Mengenali Cuba, sebuah Negara yang sering mencetus isu selain terkenal kerana cerut eksportnya banyak kali menghantar para doktor untuk misi kemanusiaan, di Iraq, Somalia, Amerika Latin bahkan membantu mangsa-mangsa taufan Katrina di Amerika Syarikat, sebuah Negara yang mengepalai blok kapitalis. Sosok orang mereka seiras dengan pelakon filem-filem Amerika Latin yang dipaparkan melalui skrin tv kita di Malaysia. Fidel Castro, ikon pemimpin politik kebencian Amerika Syarikat cukup sederhana kehidupan harian dan berani bersuara menyanggah ketidakadilan kuasa unipolar Amerika.


BRITAIN 

Sebuah Negara mengamalkan kebebasan bersuara, ruang demokratiknya lebih luas dan selesa berbanding dengan mana-mana Negara umat Islam terutama yang diperintah dengan system monarki. Kesannya umat Islam semakin meriah dan membesar jumlahnya, beriringan pula dengan bertambahnya jumlah institusi pengajian Islam yang dibangunkan oleh umat Islam Britain terutama aktivis-aktivis Islam.



*Episod akan datang insyaAllah Mesir, Palestin dan Indonesia. Buat masa ini, perlu berundur dulu. Ada urusan. Doakan moga Allah masih beri kesempatan untuk mentadabbur dan menjelajah lagi. Kata orang biasa, jauh berjalan luas pandangan. Tapi kata Sayyid Qutb pula "Sempadan kita orang beriman bukan sempadan geografi, tetapi sempadan kita ialah sempadan akidah". Tidak kira di pelusuk mana pun dia berada, sekiranya dia beriman maka itulah saudara kita yang perlu kita pertahankan dan utamakan. 

Ma'aSalamah

No comments:

Fafiru Ilallah - Larilah Pada Allah
-JASAD DI DUNIA, TAPI HATI DI AKHIRAT-
Blog Widget by LinkWithin