Monday, October 17, 2011

Lifelong Leader



Imam Syahid Hasan Al-Banna telah menggegarkan bumi Mesir serta dunia Arab dan Islam seluruhnya melalui dakwah, tarbiyah, jihad dan ketokohannya yang unggul. Allah telah mengurniakan tokoh ini dengan bakat dan kebolehan yang dianggap tidak mungkin wujud menurut pandangan pakar psikologi, pakar sejarah dan pakar penganalisis. Kelebihannya terletak pada kemampuan akal yang begitu hebat dan pintar, kefahaman yang luas, emosi yang begitu mantap dan stabil, hati yang penuh keberkatan, jiwa yang muda membara, lisan yang petah, zuhud, qana'ah dalam hidup tanpa mengenal erti susah, rajin dan berwawasan jauh tanpa mengenal erti putus asa dalam usaha menyebarkan dakwah dan prinsip, jiwa yang penuh inspirasi dan bercita-cita tinggi, bersemangat tinggi, berpandangan realistik dan jauh, tabah dan prihatin dengan dakwah, bersikap merendah diri terutama yang membabitkan dirinya sehingga diakui oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya. Beliau ibarat sinaran cahaya yang lembut, tidak terlalu cerah, tidak terbalam dan tidak tertutup. -Abu Al-Hasan Al-Nadwi

2 comments:

mu'minah said...

banyak yg kita boleh pelajari dari perjuangan beliau rahimahullah. beliau telah pulang kpd Allah dengan gemilang. manakala kita, moga kita dapat buat terbaik skadar kemampuan kita utk berkhidmat utk Islam,walaupun hakikatnya Allah tak perlukan kita sikit pun.moga Allah bimbing kita untuk menyusuri jalan yg beliau rintis. dan mematikan kita atas jalan Tawheed. AMEEN

Safi ArRahman said...

Ameen. Jalan perjuangan yg sangat sukar utk dlalui. tapi bila dsertai dengan pelbagai bekalan membuatkan kt utuh n sanggup utk meneruskan. Pray for me ukh.

Fafiru Ilallah - Larilah Pada Allah
-JASAD DI DUNIA, TAPI HATI DI AKHIRAT-
Blog Widget by LinkWithin