Saturday, November 20, 2010

Rehat: 3 Minggu!

Mendamaikan jiwa. Lebih kurang seminggu sudah diperuntukkan untuk balik kampung dan berjalan2 bsama keluarga. Jadi tinggal 3 minggu.


Bismillahi Ar-Rahmani Ar-Rahim.

Sesungguhnya segala puji dan puja bagi Allah, Tuhan yang memelihara sekelian alam. Tidak ada Tuhan kecuali Dia yang telah memberi nikmat Islam kepada kita dan itulah sebaik-baik nikmat.

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas bertarung dengan pelbagai cubaan pada semester lepas akhirnya dapat berehat sebentar untuk menyegarkan kembali jiwa dan mendamaikan semula hati dengan janji2 Allah. Mahu muhasabah sebentar. Cuti kali ni pasti dipenuhi dengan pelbagai perancangan bagi memastikan diri ini sentiasa tertingkat.

Kali ni sebenarnya sangat teruja untuk baca lebih banyak buku. Terutamanya apabila terjumpa dengan ungkapan ni...

Buku adalah taman orang mulia,
Perkebunan orang cerdas, dan
Tempat rekreasi orang terhormat.

Buku adalah taman syurga bagi para pencinta ilmu,
Senjata untuk melawan musuhmu

Sangat menggelorakan jiwa kan. Rasa nak baham je semua buku. Tapi perlu kepada tapisan dan pemilihan. Sesetengah buku hanya boleh dikunyah, setengah buku pula boleh ditelan dan sedikit buku yang boleh dihadam. Yang dikatakan kunyah adalah kita hanya boleh rasa di permukaan suatu penulisan sahaja tetapi perlu memuntahkan semula kerana tidak sesuai dan selari dengan pendidikan jiwa kita. Yang perlu dihadam adalah bait2 kata Allah (sumber asas kita Quranul Kareem) dan buku2 fikrah. Buku2 ini perlu dirasai, dijiwai, dihayati dan di zahirkan.


Buku2 yang perlu dirujuk untuk FYP I

Report project hari tu pulak sv suggest supaya alter dan amend balik. Jadi kene rujuk lebih banyak buku. Dan selain dari project ni ada banyak lagi assignment2 dan amanah2 lain yang memerlukan kepada lebih banyak pembacaan, pemahaman, hafalan dsb. Moga kerja2 ini sentiasa dilakukan ikhlas keranaNya.


Cherry pun mahu berehat sebentar.


Jadi jom kita penuhi cuti kali ni dengan aktiviti2 yang menjurus kepada pembentukan diri yang dahsyat penuh manfaat untuk umat sejagat.

Sangat membutuhkan doamu: Safi Ar-Rahman

Wednesday, November 10, 2010

Musibah sebagai rahmat terselubung

Alhamdulillah, selaut syukur dipanjangkan buat Dia, Dia jua yang memlimpahkan rezeki tak putus-putus tanpa kita pinta. Limpahan kurniaan rahmatNya teramatlah banyak dan tidak terkira nilai jumlahnya. Dari setiap detik jantung bergerak, setiap pernafasan yang turun dan naik, setiap kaki dan tangan bergerak semuanya adalah dari Dia. Moga kita terus menjadi hambaNya yang bersyukur.

Semalam ketika baca buku Bibir Tersenyum, Hati Menangis, saya tertarik dengan perkongsian penulis bagaimana beliau menggambarkan ujian, dugaan dan kesulitan hidup mempunyai falsahfah agung yang perlu kita fahami. Muhammad Muhyiddin (2010) mengajak pembaca untuk merenungi dan mengamati burung-burung yang berterbangan di angkasa.

Bagaimana burung hendak mengajarkan terbang kepada anak-anaknya, dia membawa anak-anaknya keluar dari sarangnya, dan menggendongnya di udara, lalu dengan tiba-tiba dia melepaskan anak-anaknya dari ketinggian. Anak-anak burung itu pun berusaha sekuat tenaga mengibas-ngibaskan sayapnya hingga letih. Bila anak-anak burung itu hendak jatuh ke tanah kerana keletihan, maka dengan cepat ibunya akan menyelamatkannya di atas sayapnya. Beberapa saat kemudian,ibunya pun kembali menjatuhkannya dari ketinggian, dan anak-anak burung itu pun kembali berusaha mengibas-ngibaskan sayapnya ke atas dan ke bawah hingga keletihan. Manakala anak-anak burung itu benar-benar telah letih, maka dengan segera ibunya pun mendudukkannya di atas sayapnya kembali. Demikian yang dilakukan oleh ibu berulang-ulang kali hingga anak-anaknya benar-benar dapat terbang (p. 202).


Apa yang boleh saya intepretkan di sini adalah keletihan anak burung itu sebenarnya mampu membuahkan kekuatan fizikal pada sayapnya dan juga kekuatan internal pada dirinya. Begitu juga dengan manusia, bilamana Allah menenggelamkan hambaNya yang soleh dengan pelbagai musibah, ia akan membuatkan kita bangun, sedar dan kuat. Hebatnya Allah, dengan perumpamaan burung ini Dia mahu kita berfikir. Masha-Allah. Memang masha-Allah. Tidak ada yang maujud di alam ini kecuali di sana ‘terlihat’ kebesaran Allah. Di sini, tertimbul kepasrahan dan keyakinan bahwa Allah sajalah yang mentarbiyyah (mendidik) semua mahluk dengan ilmu-Nya, Allah sajalah yang menjamin rezeki kita dan Allah sajalah yang memenuhi hajat hidup semua mahluknya. Wallahu’alam. Sekadar renungan bersama.

Saturday, September 25, 2010

Peranan Kita

25hb September – Alhamdulillah hari ni, Allah beri kesempatan dan peluang untuk saya menghadiri Wacana Lepasan Matri yang kedua. Paling tersentuh apabila Ustaz Hadi menyampaikan amanat murabbi. Allah…terasa sangat besar dan genting peranan kita. Jadi ayuh, mari kita terus melangkah menyambung risalah Nabi s.a.w.

"Bukan kita yang memulakan perjuangan ini tapi yang memulakannya adalah para nabi dan rasul. Kita, aku, engkau dan pejuang adalah merupakan mata rantai yang berkait daripada para rasul. Sekarang aku gugur maka terlucutlah satu rantai." (As-Syahid Syed Qutb)



Dalam Kenangan: Ustaz Dahlan Mohd Zain (18 Sept 10). Beliau adalah...
Seorang walid dalam konteks kejiwaan dan perasaan
Seorang syeikh dalam konteks tarbiyah ruhiyah
Seorang ustaz dalam konteks mengajar ilmu
dan seorang qaid dalam konteks kerja2 da'wah & amal islami
inilah peribadi2 unggul yang terdapat pada murabbiku, UDMZ
moga sama2 kita dapat mencontohi peribadi beliau

Tuesday, September 7, 2010

Fikr & Zikr



If these parts of aircraft are not joined and assembled together, there are unable to operate and work as it’s supposed to be, transporting passengers from one place to another and carrying loads as well. Same goes to knowledge. Knowledge is just parts of facts, data and information. If we couldn’t relate and connect the knowledge together, we failed to comprehend The Greatness and Mighty of Allah. Allah inspired us to combine zikr(remembrance) and fikr(reflection). With these two bases then men will understand.

(Surah Ali Imran: 190 – 191)
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."

Moga akhirnya kita mengecapi kenikmatan dan ketenangan dalam berfikir. W'alam.

Saturday, September 4, 2010

Raih Kesempurnaan Pahala Ramadhan dengan INFAQ




Infaq Apa yang Kamu Cinta & Sayang

(Surah Ali Imran: 92)

“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”


Mendekatkan Diri kepada Allah

(Surah At-Taubah: 99)

“Di antara orang-orang Arab Badwi itu ada orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan memandang apa yang dinafkahkannya (di jalan Allah) itu, sebagai jalan untuk mendekatkannya kepada Allah dan sebagai jalan untuk memperoleh doa Rasul. Ketahuilah, sesungguhnya nafkah itu adalah suatu jalan bagi mereka untuk mendekatkan diri (kepada Allah). Kelak Allah akan memasukan mereka kedalam rahmat (surga)Nya; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”


Pinjaman kepada Allah (Infaq), Diampunkan Dosa

(Surah Al-Maidah: 12)

“Sesungguhnya Aku beserta kamu, sesungguhnya jika kamu mendirikan shalat dan menunaikan zakat serta beriman kepada rasul-rasul-Ku dan kamu bantu mereka dan kamu pinjamkan kepada Allah pinjaman yang baik* sesungguhnya Aku akan menutupi dosa-dosamu. Dan sesungguhnya kamu akan Kumasukkan ke dalam surga yang mengalir air didalamnya sungai-sungai. Maka barangsiapa yang kafir di antaramu sesudah itu, sesungguhnya ia telah tersesat dari jalan yang lurus.”

*Maksudnya ialah: menafkahkan harta untuk menunaikan kewajiban dengan hati yang ikhlas.


(Surah At-Taghabun: 17)

“Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya Allah melipat gandakan balasannya kepadamu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun”


Rezeki – Allah Ganti Derma Kamu

(Surah Saba: 39)

“Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)." Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya.”


Bisnes yang Tidak Rugi

(Surah Fatir: 29)

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami anuge- rahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi,”


Infaq Sebelum Mati

(Surah Al-Munafiqun: 10)

“Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: "Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?"”



Tidakkah seruan-seruan ini mampu mengetuk pintu hati anda? Hakikatnya orang yang berinfaq adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (membelanjakan) harta akan memperoleh barakah dan keuntungan. Tidak menghairankan jika orang yang berinfaq diibaratkan orang yang melabur dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Sesungguhnya, orang-orang beriman merasakan janji Allah s.w.t sebagai pendorong kepada dia untuk bekerja kuat, beramal soleh dan berjihad pada jalan-Nya. Janji-janji Allah itu benar dan Dia tidak sekali-kali akan memungkiri janji-janji-Nya. Jadi ayuh, sambutlah Ramadhan dengan semangat berderma dan bersedekah sebanyak-banyaknya di jalan Allah.

Tuesday, August 3, 2010

Fiqh Mar'ah

Assalamualaikum!


(SISTERS ONLY!)

Di sini saya ingin menjemput dan mengundang anda semua ke Ceramah FIQH PUASA UNTUK WANITA.

Dalam majlis "Fiqh Mar'ah" akan dibahas isu berkaitan PUASA dan WANITA yang dipandang dari sudut pandangan Fiqh yakni Syariat Islam. Fiqh ini akan dikupaskan oleh saudari Fatimah Syarha Nordin, berkelulusan UIAM jurusan Kulliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan, pengkhususan Fiqh & Psikologi. Jadi sama2 kita ambil manfaat dan peluang dari program ni.

Semoga program ini dapat memberi jawaban atas pelbagai permasalahan wanita berkaitan dengan puasa yang bakal kita hadapi, dan memberi pemahaman lebih dalam akan hakikat syariat Islam yang adil.

Semoga Allah juga memberi jalan dan petunjukNya bagi kita semua, menuju Islam yang kaffah, hingga akhirnya nanti menghadap Ilahi Rabbi dan mencapai RedhaNya. Ameen...

Thursday, July 29, 2010

Semester VII + Peluang Ramadhan

Bismillahi Ar-Rahmani Ar-Rahim.
Assalamualaikum!

Sesungguhnya pujian itu hanya bagi Allah, kita memujiNya, kita memohon pertolonganNya dan keampunanNya, kita memohon perlindunganNya dari kejahatan diri kita dan keburukan amal perbuatan kita. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiada kesesatan baginya & sesiapa yang disesatkan maka tiada petunjuk baginya. Aku bersaksi bahawa tiada Ilah yang layak disembah melainkan Dia yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi pula bahawa Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya.

Apa khabar iman dan amal kalian? Adakah kita sudah bersedia untuk berjumpa dan persembahkan segala amal kita di akhirat kelak? Sesungguhnya, ramai di antara kita yang selalu tekankan amal2 besar tetapi lupa akan amal hati. Ikhlas merupakan amal hati dan penyempurnaan amal. Tapi kita lupa dan memandang enteng dengan amal hati ini. Agaknya, adakah Allah akan terima amal2 kita sebelum ini tanpa penekanan amal hati kita? Astaghfirullahal ‘Azim…Moga kita sentiasa dijauhkan dari perasaan riak dan ujub yang boleh merosakkan amal kita.

Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun akhir saya berada di UIA insyaAllah. Cume saya tidak pasti bagaimana pengakhiran saya nanti. Adakah Allah akan terus memberi peluang untuk saya menghabiskan pengajian saya di sini atau sebaliknya. Allah sahaja yang berhak untuk memanggil kita pada bila2 masa. Yang pasti, saya hanya menginginkan kehidupan saya terus menerus berhubung denganNya, meletakkan posisi saya pada tempat yang Allah redha dan terus bersyukur atas kenikmatan mahupun musibah yang mendatang.

Suatu perkara yang sangat mustahak yang perlu diberi perhatian sekarang ini adalah kedatangan Ramadhan yang kian hampir. Rejab telah berlalu dan Sya’ban juga bakal meninggalkan kita. Tinggal beberapa hari sahaja untuk kita mempersiapkan diri sebelum melangkah ke madrasah Ramadhan. Saya menginginkan Ramadhan saya begitu indah, tempat untuk menuai taqwa dan membuah amal soleh yang ikhlas. Saya juga mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, mendapat pengampunan Allah dan meraih redhaNya. Justeru, saya perlu melakukan persiapan dan persediaan untuk diproses di madrasah kali ini. Doakan saya supaya saya memperoleh apa yang saya impikan ini.

Moga Allah terus redha akan saya dan kalian.

P/s Pesanan untuk saya khususnya, selalu lah belek, baca dan hadam Syarah Usul 20 dari IHAB. Dalam prinsip ketujuh belas beliau menghuraikan bahawa “Aqidah adalah asas amalan. Amalan hati lebih utama berbanding amalan anggota. Mendapatkan kesempurnaan dengan keduanya adalah dituntut pada syara’ sekalipun terdapat perbezaan martabat tuntutan tersebut”


Monday, July 26, 2010

Kian Mekar is Back!!!

Assalamualaikum!




Calling all IIUM JC Members (Sisters Only!),

We’re glad to invite all of you, JC members who are currently enrolled in IIUM, Gombak and alumni of IIUM to come together and join the “Kian Mekar VIII”, that will be held this coming Saturday (31st July) till Sunday (1st August).

Details of the programme are as follow:
Day: Saturday-Sunday
Date: 31st of July-1st of August 2010
Venue: Port Dickson, Negeri Sembilan
Fees: RM35

Do confirm your attendance to:
-Sister Khairul Barieyah (for those who are still studying in IIUM)
-Sister Nursa’idah (for those who have graduated from IIUM)


For further details, don't hesitate to contact us. We're very happy to assist and attain it, insya'Allah. May Allah shower His Bless and Guidance upon us, in the path of Da’wah and Tarbiyyah.

Wassalam

Ukhtukunna Fillah
Light of Happiness
Nursa’idah Binte Mohtar

Saturday, July 10, 2010

Terus Melangkah


Memang mudah melakar impian, tetapi mungkin sukar untuk menterjemahkannya mengikut hakikat. Namun, biar apapun kemungkinan yang bakal berlaku, kita sebagai umat Islam perlu sedaya upaya menguatkan semangat agar apa yang dicitakan tercapai. Semester baru bakal menjelma. Berbekalkan niat yang ikhlas, jiwa yang jitu, tekad yang kuat, penyerahan yang total kepada Allah, saya meneruskan jua perjuangan dan pengembaraan saya sebagai seorang hamba yang menggalas amanah di bumi UIA. Saya doakan semoga saya, kamu dan seluruh umat Islam sentiasa mampu mencipta kejayaan yang hakiki yakni kejayaan mendapat dan meraih redha dan syurgaNya. Tolong doakan untuk saya sama, saya juga hajatkan pada doa kalian.

Tulus Ikhlas,
Pemburu ilmu Allah,
Safi Ar-Rahman,
Kejuruteraan Aeroangkasa
Fafiru Ilallah - Larilah Pada Allah
-JASAD DI DUNIA, TAPI HATI DI AKHIRAT-
Blog Widget by LinkWithin