Saturday, September 25, 2010

Peranan Kita

25hb September – Alhamdulillah hari ni, Allah beri kesempatan dan peluang untuk saya menghadiri Wacana Lepasan Matri yang kedua. Paling tersentuh apabila Ustaz Hadi menyampaikan amanat murabbi. Allah…terasa sangat besar dan genting peranan kita. Jadi ayuh, mari kita terus melangkah menyambung risalah Nabi s.a.w.

"Bukan kita yang memulakan perjuangan ini tapi yang memulakannya adalah para nabi dan rasul. Kita, aku, engkau dan pejuang adalah merupakan mata rantai yang berkait daripada para rasul. Sekarang aku gugur maka terlucutlah satu rantai." (As-Syahid Syed Qutb)



Dalam Kenangan: Ustaz Dahlan Mohd Zain (18 Sept 10). Beliau adalah...
Seorang walid dalam konteks kejiwaan dan perasaan
Seorang syeikh dalam konteks tarbiyah ruhiyah
Seorang ustaz dalam konteks mengajar ilmu
dan seorang qaid dalam konteks kerja2 da'wah & amal islami
inilah peribadi2 unggul yang terdapat pada murabbiku, UDMZ
moga sama2 kita dapat mencontohi peribadi beliau

1 comment:

Unknown said...

[semalam merupakan hari ulang tahun ke 23 HAMAS] semoga rentetan perjuangan mereka meresap ke dalam diri kita... hebatnya mujahidin HAMAS kerana mereka merupakan huffaz, jadi kesimpulannya untuk jadi pejuang yang betul2 ingin gapai syahid, sama-samalah kita beramal dengan al quran dan as sunnah... insyaallah akan ada kerbekatan di situ

Fafiru Ilallah - Larilah Pada Allah
-JASAD DI DUNIA, TAPI HATI DI AKHIRAT-
Blog Widget by LinkWithin