Adikku, selagi kasih sayang kita terpahat kerana cintakan Allah, selagi itu hati kita kan bersatu dan padu. Amin Ya Allah...
Khas buat Adikku Safiah tersayang
Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya mereka yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka beristiqamah; turun ke atas mereka malaikat sambil berkata; bahawa janganlah kamu takut dan janganlah kamu berdukacita dan gembiralah kamu dengan Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu” (Fussilat: 30)
“Sesungguhnya mereka yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka beristiqamah; turun ke atas mereka malaikat sambil berkata; bahawa janganlah kamu takut dan janganlah kamu berdukacita dan gembiralah kamu dengan Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu” (Fussilat: 30)
Adikku,
Kau hadiah istemewa,
Hadiah Allah sangat berharga,
Nilai ukhuwah tiada tara,
Asas aqidah ikatan kita...
Berat hati untuk di luah,
Bukan sedih,
Bukan pahit,
Sebaliknya terlalu indah,
Sukar digambar,
Payah dilakar...
Wahai adikku,
Adakah kau rasa apa yang kakakmu rasa?
Indah bukan! Nikmat Allah tidak ternilai,
Memilih kita untuk bersama,
Mencari Cinta yang tiada batasnya,
Cinta Allah, Agung dan Tinggi...
Namun adikku,
Pertemuan kita sering terbatas,
Masa dan waktu berlalu,
Pantas dan kilas tidak menunggu,
Membuat hati terasa pilu...
Aduhai sayangku,
Kau sungguh istimewa,
Walau jarang berjumpa,
Hati ini tetap terpaut pada keikhlasan & kejujuranmu,
Walau jarang bersama,
Hati ini tetap merindu,
Bukan kerana dunia dan kepentingan sementara,
Namun Cinta Allah yang menyatukan kita...
Indahnya wahai adikku,
Diletakkan kita duduk bersama,
Sering bertemu dihalaqah cinta,
Berkongsi pengalaman dan menimba,
Melengkapkan kekurangan dan menambah,
Dahagakan Tarbiyah dan juga Islah,
Kurniaan berharga,
Milik Allah jua...
Adikku sayang,
Tidak pernah disesali pertemuan ini,
Apa lagi meluang masa untuk bertemu,
Namun sering kesedihan mengundang,
Datang halangan untuk bertemu,
Mungkin ini ujian...
Maksud Hadis:
“Sesungguhnya jika Allah mencintai sesuatu kaum, Allah akan mengujinya, jika kamu itu redha dengan Allah, maka Allah akan redha dengannya”
- Hasan Sahih –
“Sesungguhnya jika Allah mencintai sesuatu kaum, Allah akan mengujinya, jika kamu itu redha dengan Allah, maka Allah akan redha dengannya”
- Hasan Sahih –
Ingat Adikku,
Janganlah kita persiakan nikmat ini,
Nikmat Iman dan Islam,
Nikmat ukhuwah dan kasih sayang,
Bekalan kekuatan dan kesatuan,
Tarbiayah jangan dikesampingkan,
Halaqah Cinta, antara peranan,
Di mana sahaja perlu digerakkan,
Duduk bersama, bukanlah halangan,
Meluang masa bukanlah kerugian,
Kerana keindahan yang kita dikejar,
Keredhaan dan cinta Allah,
Menuju alam yang kekal dan pasti nanti.
Adikku, ingatlah kakakmu sangat menginginkan untuk menyayangimu buat selama-lamanya kerana Allah dan kerana Dakwah dan Tarbiyah. Moga ukhuwah ini kan menyatukan kita di Jannah.
No comments:
Post a Comment