Monday, July 30, 2012

Little Ahmad and Me

Bismillahirrahmanirrahim...

Mengenangkan secebis kehidupan yang lalu, kadang membuatkan diri ini berfikir. Ada kenangan yang melucukan, ada juga kenangan yang menyedihkan. Tapi apa yang pasti, kehidupan itu terus dilalui dengan penuh rasa kehambaan. bahawa sanya, Dialah yang memegang hati hambaNya. Lantas sentiasa terbit rasa syukur kepada Dia, atas nikmat yang sentiasa melimpah ruah dalam kehidupan yang singkat ini. Moga fasa-fasa kehidupan ini sentiasa menjadi batu bata jabatan akhirat, kerana bukan dunia yang akan kita diami selamanya tapi akhirat itu jualah yang kekal abadi. Jadi, menyeru kepada diri ini supaya sentiasa dan terus menerus membina istana mahligai di Syurga nan indah."Maa laa 'aynun raat, wa laa udzunun sami'at, wa laa khatara fii qalbin basyar", tersergam indah SyurgaNya sehingga tiada kate2 yang dapat menggambarkannya.

KISAH 1
Pulangnya Amad dari sekolah tengah hari tu, sahaja kakak nya duk mengusik. Kononnya nak uji sejauh mana kesabaran Amad ni. But somehow he looks like not interested at all and memang tidak dilayan, ditepisnya begitu sahaja, cet... Jadi sambunglah buat kerja didapur. To some extent, tiba2 terdengar kat atas bunyi nye macam ada orang mengamuk. Tapi abaikan je. Bila naik atas, fuh…terkejut tengok keadaan bilik. Berterabur habis. Bile kalih tengok Amad, dia buat durk je, macam xde ape2 yang berlaku. Saya pun geleng kepala, malas nak layan, ambil wuduk, solat zohor, dan kemas tanpa berkata ape2. Dalam hati, oh…sabar je adikku yang sorang ni.

Ahmad dengan Sponge Bob nya, ketika dia berusia setahun, i think

KISAH 2
Suatu petang, ketika tengah bersiap untuk juadah berbuka puasa, ummi dan saya bertungkus lumus di dapur. Tetibe, datang lah si comel Amad ni dengan soalan dia.

Amad: Ummi, ada ke orang jual pahala?
Ummi dan saya kehairanan. Terkedu dengan soalan.
Tak pernah2 terfikir pula ada orang nak jual pahala.
Ummi: Jual pahala??
Amad: Yela, ummi kate pahala tu mahal.
Ummi dan saya berpandangan lagi, kami kehairanan.
Amad: (Sambungnya) Kalau mahal, mesti ada orang yang jual
Ummi: oh, ummi kata Syurga yang mahal, bukan pahala...

Sambung ummi lagi, walau banyak mana pahala pun yang kita ada, masih tak mampu untuk dibeli. Syurga itu mahal tidak boleh ditawar menawar. Tidak boleh didapati dimana2 pasar raya. Pada perkiraan budak ini, kalau benda itu mahal mesti bole diBELI dan pasti juga ada orang yang menJUALnya. Well, he’s right. Inilah perniagaan yang digambarkan oleh Allah berulang kali dalam Quran Kareem, antaranya (Surah Saff: 10-11) dan juga (Surah Taubah: 111). Cepat juga dia belajar ye, Alhamdulillah.Sejak kebelakangan ni, rajin pula dia duk mengira2 duit dia, mentang2 dapat dompet baru.





KISAH 3
Sudah jadi kebiasaan bagi Amad untuk berpuasa penuh sejak berusia 5 tahun lagi, memang advance dari kawan2 di tadika. Tapi baru2 ni, balik je dari sekolah mengadu kat ummi nak buka puasa pula. Katanya nak puasa separuh hari je. Pulak dah… Last sekali tak Berjaya juga pujuk, jadi dia pun berbuka awal hari tu. Tapi ummi dia dah warning awal kalau nak berbuka pun, makanan pun belum disediakan lagi. Tetapi nasihat tu tetap tidak diendahkan. Huhu…memang x tahan lah tengok gaya dia. Buka peti ais ni, sambil lirikkan mata dari atas ke bawah, then tutup semula. Kecewa. Buka peti ais sebelahnya pula, jelling dari atas ke bawah then tutup. Mesti kecewa lagi. Mesti tengah kebingungan tak da makanan.Tapi tibe2 muncul 1 idea dia agaknya. Lalu dia buka semula peti, dan keluarkan planta. Saya pun mencelah,

Saya: Eh eh…Amad, nak makan dengan ape tu.
Amad: ha…adik dah tau nak makan ape
sambil berlari menghampiri roti yang berada disebelah toaster
Saya: eh roti tu dah lama la Acmad. Dah expired pun, kulat..
Amad: ye ke, tipu. Elok je tu...sambil pegang roti Gardenier
Saya: Tak lah, cube tengok tu ada tompok hitam. Eii…dah la besar tompok tu.
Ahmad pun membelek2 roti yang dipegangnya,
gaya dia macam ok je roti tu sedangkan x.
Amad: Eh, ape ni?? (sambil menunjuk ke arah kulat tu)
Saya: Kulat la tu. Kan orang dah cakap. Tulah, x caye lagi
Amad: kulat?? (agaknya first time kot dengar perkataan kulat tu)

Dia pun terus membatalkan niat untuk makan roti tersebut. ha...kan dah terkulat2 dia nak cari makanan. haish...Achamd2...Lucu lah...

hehe...kesian, kepenatan...


Lately, he really reminds me of myself when I was about he’s age. Nakal. Adventurous. Banyak soal. Tak boleh duduk senyap, ada saje aktiviti dia. Kadang bila tengok gelagat dan telatah adik bongsu ni memang membuatkan saya tertawa dalam hati. Macam2 kerenah nya, ade je akal dia. Ada kalanya bila dengar cakap, Alhamdulillah memudahkan kerja tapi bila datang moodnya mahu bermain, memang menguji kesabaran kita.

Teringat dahulu, ketika kami empat beradik yang atas kecik2 lagi, bila balik kampung je samada belah mak ataupun ayah, mesti kena marah dengan mak atau pak saudara sebab suka sangat buat bising. Lari sana, menjerit sini, lompat sana, bergaduh sini, lintang pukang habis. Kalau buat bising pagi2 xpe lagi masalah nya ni malam pun nak bising. Terganggu habis sepupu2 yang semua kecik2 lagi. Hmm…kadang kenakalan kami adik beradik diluar kawalan mak ayah.

Ummi pernah cerita, dulu ketika saya di taska bila tak puas hati dengan seseorang saya akan gigit kuat2 telinga kawan tu. End up last sekali mak yang kena marah dengan ibu bapa lain sebab biarkan anak macam tu. Cikgu2 pun dah puas bagi denda, kadang kena lap meja, kadang kena baca doa kuat2 dalam kelas, tapi masih macam tu, degil. Memang tak makan saman agaknya.

Tapi as time goes by, my brothers and me changed a lot. Alhamdulillah2x...I thank Allah for a gift of such pretty n loving mum and also handsome n caring dad. Mereka banyak bersabar sejak kami sembilan beradik dalam kandungan, dilahirkan, dibesarkan, dan dididik. Banyak sangat pengorbanan yang telah mereka curahkan. Bila dah besar ni selalu rasa, Allah…tidak patut kami melukakan hati mereka lagi. Sekarang ni, saya sentiasa harapkan mereka bahagia walaupun kadang kala saya pernah juga nampak ummi titiskan air mata, tapi sedikit pun ummi tak pernah mengeluh mahupun mengungkit2. Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami atas kesilapan kami. cucurilah rahmah, barakah dan sakinah buat ibu bapa kami. Ya Rahman Ya Rahim, berilah kebaikan kepada kami didunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.

Tuesday, July 3, 2012

Muhasabah Akhir Semester Pertama


Bismillahir Rahmanir Rahim...

Allahdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kapadaNya, kerana dalam keadaan kelam kabut urusan dunia, Allah masih memberi kita kenikmatan untuk merasai Keagungan, Kebesaran dan KehebatanNya yang tentu sahaja tiada tandingan. Alhamdulillah kita masih diberi kelapangan masa untuk beramal, masih diberi usia untuk bertaubat dan masih diberi kehidupan untuk berubudiah hanya sanya kepadaNya. Di situlah letak kebahgiaan, ketenangan dan kenikmatan dalam kehidupan. Sentiasa merasa cukup dengan yang sedikit dan syukur dengan yang banyak.

Semester pertama berada di UTM sudah pun berlalu. Tetapi pengalaman disana membuatkan kita terpanggil bertalu-talu. Manakan tidak, rupa-rupanya sangat ramai yang belum disentuh dengan hikakat Islam yang sebenar. Keadaan masyarakat yang agak kronik begitu menyeramkan, keadaan itu membuatkan kita tidak senang untuk berdiam kan diri. Sungguh, tarikan graviti bumi itu sangat kuat. dan untuk membawa diri dan mereka ke tarikan akhirat itu sangat berat. kerana kita berlawanan dengan graviti, perlu dikerahkan segala qudrat, kekuatan dan usaha.

Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi? Usahakan seikhlas mungkin semampumu, natijahnya serahkan pada Dia sang Penciptamu. Kembara ke KTD banyak meninggalkan kesan dihati. bukan bilangan itu yang dihajati, tetapi hubungan yang kuat dan terikat pada Allah itu akan membuahkan hasil yang pasti tidak mengecewakan.

Antara ucapan Sheikh Yakub Farah Hasan bersama warga-staf Kolej Teknologi Darulnaim: (1) Keluarlah bekerja pada pagi hari, dan jadikan ia sebagai ibadah kita. (2) Setiap amal yang kita lakukan (Niat Kerana Allah) pasti akan mendapat ganjaran kebaikan daripada Allah SWT, insyaAllah. (3) Bila kita lakukan kerja dengan keikhlasan, insyaAllah hasil kerja memuaskan dan pasti ada kesungguhan dalam melaksanankannya.

Semoga semester akan datang ini lebih bersemangat dan mantap, insyaAllah.

Surat Imam Al-Ghazali kepada Salah Seorang Muridnya
(Artikel diambil dari EraMuslim.com)

Wahai anak! Nasehat itu mudah, yang sulit adalah menerimanya; karena terasa pahit oleh hawa nafsu yang menyukai segala yang terlarang. Terutama dikalangan penuntut ilmu yang membuang-buang waktu dalam mencari kebesaran diri dan kemegahan duniawi. Ia mengira didalam ilmu yang tak bersari itulah terkandung keselamatan dan kebahagiaan, dan ia menyangka tak perlu beramal. Inilah kepercayaan filsul-filsuf.

Ia tidak tahu bahwa ketika ada pada seseorang ilmu, maka ada yang memberatkan, seperti disabdakan Rasulallah saw: "Orang yang berat menanggung siksa di hari kiamat ialah orang yang berilmu namun tidak mendapat manfaat dari ilmunya itu."

Wahai anak! Janganlah engkau hidup dengan kemiskinan amal dan kehilangan kemauan kerja. Yakinlah bahwa ilmu tanpa amal semata-mata tidak akan menyelamatkan orang. Jika disuatu medan pertempuran ada seorang yang gagah berani dengan persenjataan lengkap dihadapkan dengan seekor singa yang galak, dapatkah senjatanya melindungi dari bahaya, jika tidak diangkat, dipukulkan dan ditikamkan? Tentu saja tidak akan menolong, kecuali diangkat, dipukulkan dan ditikamkan. Demikian pula jika seseorang membaca dan mempelajari seratus ribu masalah ilmiah, jika tidak diamalkan maka tidaklah akan mendatangkan faedah.

Wahai anak! Berapa malam engkau berjaga guna mengulang-ulang ilmu, membaca buku, dan engkau haramkan tidur atas dirimu. Aku tak tahu, apa yang menjadi pendorongmu. Jika yang menjadi pendorongmu adalah kehendak mencari materi dan kesenangan dunia atau mengejar pangkat atau mencari kelebihan atas kawan semata, maka malanglah engkau. Namun jika yang mendorongmu adalah keinginan untuk menghidupkan syariat Rasulallah saw dan menyucikan budi pekertimu serta menundukkan nafsu yang tiada henti mengajak kepada kejahatan, maka mujurlah engkau. Benar sekali kata seorang penyair, "Biarpun kantuk menyiksa mata, Akan percuma semata-mata jika tak karena Alloh semata".

Wahai anak! Hiduplah sebagaimana maumu, namun ingat! bahwasanya engkau akan mati. Dan cintailah siapa yang engkau sukai, namun ingat! engkau akan berpisah dengannya. Dan berbuatlah seperti yang engkau kehendaki, namun ingat! engkau pasti akan menerima balasannya nanti.

Saturday, June 16, 2012

Exam oh Exam

Alhamdulillah sedar x sedar, lagi 2 minggu lagi maka akan tamatlah semester pertama saya berada d Universiti Teknologi Malaysia, UTM (hehe...kena sebut nama penuh, al-maklumlah sebelum ni tak terfikir langsung nak sambung sini). Tapi Alhamdulillah 2x Allah jua lah yang menggerakkan hati kita. Rupe2nya banyak perkara yang saya dapat n belajar bila berjauhan dari keluarga apatah lagi kawan2 yang sangat saya sayangi. Kita makin menghargai sahabat, benarlah kata pepatah absent make heart grows ponder.

Banyak yang Allah bagi peluang dalam proses memperbaiki diri n juga mengajak orang lain. Pengalaman yang berharga, yang mungkin saya tidak dapat rasa sekiranya diperingkat awal sudah berputus asa. Alhamdulillah Allah ya Razaq, yang sentiasa memberi peluang n membuka jalan tanpa disangka2. Saya sudah pasti mahu mengoptimumkan sepenuh masa untuk perkara2 manfaat. ok till then, next post mesti lebih baik n menarik. ni sebab lama x menulis. saje nak start enjin. hehe...insyaAllah. =P

Dulu UIA: Merupakan stage pengasasan.
Kini UTM: Memasuki stage peringkat pengukuhan.
Nanti USM: insyaAllah peringkat pendakian. Do pray for me.

Saturday, April 14, 2012

Damai nan Indah



Album : Lukisan Alam
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


 /:Chorus:
Kepekatan malam dihiasi rembulan,
Siang pula datang bersama sinaran mentari,
Dalam resahnya hati ini,
Ku turutkan langkah kaki,
Tak terasa ku lalui,
Jalan yang berliku-liku,

Ku jatuhkan pandangan,
Ku lihat jurang dalam,
Penuh dengan onak duri,
Yang amat mengerikan,
Ku dongakkan kepala,
Ku lihat langit tinggi,
Terbentang luas,
Tiada bertepi, /


CahayaMu indah,
Menyinari hidupku ini,
KasihMu tabah,
Memupuk iman di jiwaku,
Dengan cahayamu,
Terang pelita di hatiku,
Syiarmu meluas,
Musuhmu terpaku... Ya Allah...

 /:Chorus:/

KalamMu indah,
Terdengar merdu di telinga,
MehnahMu itu mengajar menyedarkanku,
KasihMu oh Tuhan,
Membuat hatiku merindu,
Ku rasa indah di dalam rahmatMu...

 /:Chorus:/

Hati Laksana Bekas yang Paling Disukai Allah

Dengan lafaz bismillah...


Diantara tanda-tanda yang menunjukkan hidupnya hati ialah:

1. Sentiasa mengingati Allah, zikrullah – dalam erti kata yang luas seperti membaca al-Quran dan menunaikan ibadat-ibadat yang diperintahkan

2. Kuat berpegang kepada deenNya, sentiasa menyampaikan kebenaran dalam apa jua suasana dan ketika.

Untuk mendapat pegangan yang kuat terhadap Deen Allah bukanlah suatu perkara yang mudah malah mesti melalui proses yang betul. Pegangan yang kuat sebenarnya merupakan natijah yang lahir dari iman yang betul. Hati laksana bekas yang paling disukai Allah. Ia perlu diproses sehingga menjadi lembut, bersih, kuat pegangan terhadap deen Allah dan lembut terhadap saudara-saudaranya.

3. Pemilik hati yang takut kepada Allah akan menjauhi laranganNya serta menjauhi diri dari perkara yang sia-sia.

4. Bersih dari hasad, marah dan menipu

Ditanyakan Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah siapakah sebaik2 manusia? Jawab Baginda: Setiap orang yang beriman. Ditanya lagi: Apakah itu? Yang bertakwa, tidak ada penipuan, melampau dan hasad.

5. Tenang dan lapang hati berada di atas sistem Allah serta merasa redha, puas dan izzah dengannya sepanjang hayat.


Menjejaki usia 25 tahun: Pertambahan usia bermakna semakin singkat hayat yang berbaki, semakin hampir saat untuk balik bertemu Allah. Merenung diri akan persiapan yang telah dilakukan. Adakah sudah cukup? hoho...pasti banyak yang tercompang camping. Hajat di hati, mahu bertemu dengan Dia dengan Qalbun Saleem, hati yang sejahtera, hati yang bersih dan suci dari sebarang syirik, hati yang yang sejahtera dari noda dan dosa juga persangkaan dan persengketaan, hati yang hanya tunduk dan patuh kepada Allah n mengharapkan keredhaan jua.

Thursday, March 22, 2012

Kembara Ilmu

Nasyid ni memang terkenal kat zaman sekolah. Ttiba teringat murobbi dulu. 
Bermulanya turning point saya.

Pesanan Imam Syafie berkaitan ilmu. “Kamu tidak akan mendapat ilmu kecuali enam perkara: [1] kecerdikan, [2] mengambil berat (peduli), [3] usaha yang berterusan dengan kesabaran [4] sampaikan kepada orang lain [5] dengan panduan guru [6] memakan masa yang panjang.”


لن ثَنَال العِلْمَ إلا بستة :
 الذكاء
 حرص
 إجثهاد
 بلغة
 ارشاد المعلم
 طول الزمان


Credit to Mursyidah T_T

Wednesday, January 18, 2012

Powerful Words




A deep and powerful message to me.

Friday, December 23, 2011

Kian Pupus



Oh muslimah 
Allah cinta kepadamu 
Rasulullah kasih kepadamu 

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah Tuhan telah berkati
wanita yang cukup ilmu rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi
dengan indahnya

Oh muslimah kau rajin mengaji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Thursday, December 15, 2011

Menjelajah Dunia (Part II)

bersambung...


LUBNAN

Lubnan bukanlah bumi yang terlalu asing kepada dunia Islam, Sheikh Mohd Abduh pernah bertamu disini semasa dibuang dari Mesir kerana menyebarkan faham pan Islamism. Di zaman moden ini beberapa intelektual Islam telah dilahirkan dari sulbi Lubnan seperti Dr Fathi Yakan, Dr Muna Yakan, Sheikh Faisal Moulavi dan sebagainya.

Lubnan tidak pernah merasai erti keamanan, kerencaman etnik, ideology, agama sentiasa dijadikan alasan untuk menghunus senjata antara satu sama lain, dan yang paling penting, mereka berjiran dengan Israel. Kewujudan Israel melalui Balfour Treaty adalah untuk memastikan Asia Barat sentiasa bergolak. Lubnan bernasib malang kerana menjadi jiran Israel.

Televisyen Lubnan melambangkan rakyatnya yang berfikiran sangat liberal, moden dan sekular seolah kita berada di sebuah negara Eropah. Siaran TV yang mempunyai lebih seratus siaran sendat dengan hiburan. Dua siarannya dengan aksi porno dan semi porno termasuk menayang aksi homoseksual secara terbuka.


CUBA

Cuba, sebuah negara yang cukup intim dengan pemimpin utamanya, Fidel Castro adalah negara berideologi sosialisme yang cukup rapat pula hubungannya dengan hukum pembelaan terhadap orang miskin. Petugas-petugas dari negara Cuba memakai seragam seolah tentera dan sekaligus pengikut Fidel Castro yang taksub. Doktor-doktor dan petugas paramedik ini sangat komited dengan tugas masing-masing.

Krisis kemanusiaan ini telah menarik ribuan petugas kemanusiaan dari seluruh dunia samada daripada barat atau timur, blok kapitalisme atau blok sosialisme. Yang menjadi persoalan adalah Cuba sentiasa menghantar doktor-doktor dalam bilangan yang sangat ramai (2,000 – 3,000 doktor) untuk turun padang mengharung kepayahan membantu mangsa. Dengan usia yang relatif muda antara 26 – 30 tahun.

Mengenali Cuba, sebuah Negara yang sering mencetus isu selain terkenal kerana cerut eksportnya banyak kali menghantar para doktor untuk misi kemanusiaan, di Iraq, Somalia, Amerika Latin bahkan membantu mangsa-mangsa taufan Katrina di Amerika Syarikat, sebuah Negara yang mengepalai blok kapitalis. Sosok orang mereka seiras dengan pelakon filem-filem Amerika Latin yang dipaparkan melalui skrin tv kita di Malaysia. Fidel Castro, ikon pemimpin politik kebencian Amerika Syarikat cukup sederhana kehidupan harian dan berani bersuara menyanggah ketidakadilan kuasa unipolar Amerika.


BRITAIN 

Sebuah Negara mengamalkan kebebasan bersuara, ruang demokratiknya lebih luas dan selesa berbanding dengan mana-mana Negara umat Islam terutama yang diperintah dengan system monarki. Kesannya umat Islam semakin meriah dan membesar jumlahnya, beriringan pula dengan bertambahnya jumlah institusi pengajian Islam yang dibangunkan oleh umat Islam Britain terutama aktivis-aktivis Islam.



*Episod akan datang insyaAllah Mesir, Palestin dan Indonesia. Buat masa ini, perlu berundur dulu. Ada urusan. Doakan moga Allah masih beri kesempatan untuk mentadabbur dan menjelajah lagi. Kata orang biasa, jauh berjalan luas pandangan. Tapi kata Sayyid Qutb pula "Sempadan kita orang beriman bukan sempadan geografi, tetapi sempadan kita ialah sempadan akidah". Tidak kira di pelusuk mana pun dia berada, sekiranya dia beriman maka itulah saudara kita yang perlu kita pertahankan dan utamakan. 

Ma'aSalamah
Fafiru Ilallah - Larilah Pada Allah
-JASAD DI DUNIA, TAPI HATI DI AKHIRAT-
Blog Widget by LinkWithin