Sunday, October 30, 2011

Mimpi Berprestasi

Dalam mode membaca novel: Negeri 5 Menara. Karangan A. Fuadi 

Pertama, antara ungkapan yang menarik minat saya adalah Sahirul Lail. Sebuah pepatah Arab berbunyi, Man thalabal ‘ula sahiral layali. Siapa mahu mendapatkan kemuliaan, maka bekerjalah sampai jauh malam. Itulah yang diamalkan oleh beberapa murid di sebuah sekolah pondok yang terpencil dalam penceritaan novel ini. Sangat menarik. Jam 10 malam mereka tidur dan kemudian bangun semula ketika dinihari nanti. Usually at 2 am they will wake up.

Bagi saya sangat praktikal sementara masih cuti dan berada di rumah ni. Bila dah mula ada komitmen lain, agak sukar untuk tidur seawal mungkin. Bagi mahasiswa/i yang terlibat dengan pelbagai organisasi di institut masing-masing, I believe it is almost impossible to get to sleep sharply at 10pm. But still, 12am would be okay. At least you get some rest for tomorrow. Qum ya akhi, tahajjud.


Kedua, Man jadda wajada kata mutiara sederhana tetapi kuat. Menjadi kompas kehidupan. Mantera ajaib berbahasa Arab ini bermakna tegas, "Siapa yang bersungguh-sungguh, dia berjaya!". Setiap mereka yang mempunyai impian pasti berjaya sekiranya berusaha. With desire, of course, come actions. But know that it is not solely the results of our endeavours that count; what matters most is that we made our best effort. Jadi mari kita memasang mimpi dan mengejarnya. Mimpi yang terealisasi adalah prestasi, bi iznillah.

Di kepalaku berkecamuk badai mimpi. Tekad sudah aku bulatkan: kelak aku mahu menuntut ilmu ke luar negeri. Jika perlu sampai ke Amerika. Dengan sepenuh hati, aku toreh tekad ini dengan huruf besar-besar. Hujung penaku sampai tembus ke halaman sebelahnya. Meninggalkan jejak yang mendalam. “Man jadda wajadda. Bismillah”. Aku yakin Tuhan Maha Mendengar. 



A du'a is assured.


Monday, October 17, 2011

Lifelong Leader



Imam Syahid Hasan Al-Banna telah menggegarkan bumi Mesir serta dunia Arab dan Islam seluruhnya melalui dakwah, tarbiyah, jihad dan ketokohannya yang unggul. Allah telah mengurniakan tokoh ini dengan bakat dan kebolehan yang dianggap tidak mungkin wujud menurut pandangan pakar psikologi, pakar sejarah dan pakar penganalisis. Kelebihannya terletak pada kemampuan akal yang begitu hebat dan pintar, kefahaman yang luas, emosi yang begitu mantap dan stabil, hati yang penuh keberkatan, jiwa yang muda membara, lisan yang petah, zuhud, qana'ah dalam hidup tanpa mengenal erti susah, rajin dan berwawasan jauh tanpa mengenal erti putus asa dalam usaha menyebarkan dakwah dan prinsip, jiwa yang penuh inspirasi dan bercita-cita tinggi, bersemangat tinggi, berpandangan realistik dan jauh, tabah dan prihatin dengan dakwah, bersikap merendah diri terutama yang membabitkan dirinya sehingga diakui oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya. Beliau ibarat sinaran cahaya yang lembut, tidak terlalu cerah, tidak terbalam dan tidak tertutup. -Abu Al-Hasan Al-Nadwi

Wednesday, September 28, 2011

Siiruu wa abshiruu…


MIQDAD BIN ‘AMR.

Ketika membicarakan dirinya, para sahabat dan teman sejawatnya berkata: “Dia, Miqdad ibnul Aswad adalah orang yang pertama memacu kudanya dalam perang sabil”. Miqdad ibnul Aswad yang mereka maksudkan itu ialah tokoh kita Miqdad bin ‘Amr. Di masa jahiliyyah ia menyetujui dan membuat perjanjian untuk diambil oleh al-Aswad ‘Abdi Yaghuts sebagai anak, sehingga namanya berubah menjadi Miqdad ibnul Aswad. Tetapi setelah turunnya ayat mulia yang melarang merangkaikan nama anak angkat dengan nama ayah angkatnya dan mengharuskan merangkaikannya dengan nama ayah kandungnya, maka namanya kembali dihubungkan dengan nama ayahnya iaitu ‘Amr bin Sa’ad.

Miqdad termasuk dalam rombongan orang yang pertama masuk Islam dan orang ke-7 yang menyatakan keislamannya secara terbuka dan berterus terang. Oleh itu, dia menanggung penderitaan dari amarah murka dan kekejaman Quraish. Pun begitu, dia tetap menghadapinya dengan penuh keberanian dan keperwiraan. Perjuangan dia di medan Perang Badar tetap akan jadi tugu peringatan yang selalu semarak takkan pudar. Perjuangan yang mengantarkannya kepada suatu kedudukan puncak, yang dicita dan diangan-angankan oleh seseorang untuk menjadi miliknya. Berkata Abdullah bin Mas’ud yakni sahabat Rasulullah: “Saya telah menyaksikan perjuangan Miqdad, sehingga saya lebih suka menjadi sahabatnya daripada segala isi bumi ini…”

Pada hari peperangan Badar, ketika Quraish datang dengan kekuatannya yang dahsyat, dengan semangat tekad dan bergelora, dengan kesombongan dan keangkuhan mereka. Pada hari itu, kaum Muslimin masih sedikit, dan belum pernah mereka sertai peperangan demi mempertahakan Islam, dan inilah peperangan pertama yang mereka terjuni.

Rasulullah s.a.w ingin menguji keimanan para pengikutnya dan meneliti persiapan mereka untuk menghadapi tentera musuh yang datang menyerang, baik pasukan pejalan kaki mahupun angkatan berkuda, maka para sahabat dibawa untuk bermesyuarat. Setiap mereka diminta untuk memberi pendirian dan pendapat yang tulus, walaupun sekiranya pendapat mereka berbeza dengan majoriti, mereka tidak akan dikritik. Jadi Miqdad khuatir sekiranya ada di kalangan kaum Muslimin yang tidak mahu sertai peperangan. Jadi sebelum ada yang mengemukakan pendapat, Miqdad ingin mendahului mereka agar dengan kalimah-kalimah yang tegas darinya dapat menyalakan semangat perjuangan dan turut mempengaruhi pendapat sahabat lain.

Tetapi sebelum dia menggerakkan kedua bibirnya, Abu Bakar As-Siddiq telah mula bicara, baik sekali buah perbicaraannya itu hingga hati Miqdad menjadi tenteram kerananya. Setelah itu, Umar Al-Khattab menyusul bicara, dan buah perbicaraannya juga baik. Maka tampillah Miqdad, katanya:

“Ya Rasulullah, teruslah laksanakan apa yang diperintahkan Allah, dan kami akan bersama kamu. Demi Allah kami tidak akan berkata seperti yang dikatakan Bani Israel kepada Musa: Pergilah kamu bersama Tuhanmu dan berperanglah, sedang kami akan duduk menunggu di sini. Tetapi kami akan mengatakan kepada kamu: Pergilah kamu bersama Tuhanmu dan berperanglah, dan kami turut ikut berjuang di samping kamu…! 

Demi yang telah mengutus kamu membawa kebenaran! Seandainya kamu membawa kami melalui lautan lumpur, kami akan berjuang bersama kamu dengan tabah hingga mencapai tujuan, dan kami akan bertempur di sebelah kanan dan di sebelah kiri kamu, di bahagian depan dan di bahagian belakang kamu, sehingga Allah memberi kemenangan!” 

Kata-katanya itu mengalir tak ubah bagai anak panah yang lepas dari busurnya. Dan wajah Rasulullah s.a.w pun berseri-seri kerananya, sementara mulut Baginda mendoakan yang baik untuk Miqdad. Indeed, Al-Miqdaad's words left their impact on the hearts of the believers. Sehingga Sa’ad bin Mu’adz, pemimpin kaum Ansar bangkit berdiri mengatakan pandangan sama sepertinya. Maka hati Rasulullah s.a.w pun penuhlah dengan kegembiraan lalu sabdanya kepada sahabat-sahabat baginda: siiruu wa abshiruu… (berangkatlah dan besarkanlah hati kalian…!)


Dan kedua pasukan pun berhadapan. Anggota pasukan Islam yang berkuda ketika itu jumlahnya tidak lebih dari tiga orang, iaitu Miqdad bin ‘Amr, Martsad bin Abi Martsad dan Zubair bin Awwam, sementara pejuang-pejuang lainnya terdiri atas pasukan pejalan kaki atau pengendara-pengendara unta.

* Demikianlah sifat Miqdad. Banyak lagi kisah-kisah agung beliau yang perlu kita teladani. Kecintaan Miqdad kepada Islam tidak terkira besarnya. ‘Biar saya mati, asal Islam tetap jaya…’ menjadi impian dan cita-citanya yakni kejayaan Islam walau harus dibalas dengan nyawa sekalipun, hingga selayaknya beliau berolah kehormatan dari Rasulullah s.a.w dengan ucapan berikut: “Sungguh, Allah telah menyuruhku untuk mencintaimu, dan menyampaikan pesanNya padaku bahawa Dia mencintaimu”

* Kisah ini diambil dari buku karangan Khalid Muhammad Khalid yang berjudul Men Around the Messenger. Kitab Rijal Hawlar Rasul ini sangat mengasyikkan untuk dibaca, dikaji dan ditelaah. Semoga kita sentiasa bercita-cita untuk mencontohi peribadi-peribadi agung ini. Wallahu'Alam. 

Sunday, September 18, 2011

Rekreasi Hati

 

Sebuah pesanan dari Imam Al Ghazali, “Carilah hatimu di 3 tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”


Inilah rekreasi yang sebenarnya, rekreasi HATI. Fizikal kita mungkin lelah kepenatan, tapi hati lebih lelah, lelah dengan hiruk pikuk permasalahan dunia. Hati ini haus, haus akan cahaya langit sebagimana fitrahnya. Dan hati ini gersang, kering dan hampa kerana minimanya cahaya yang seharusnya kita dapatkan. Inilah rekreasi HATI.

Al-Quran - Solat - Mengingati Mati
Pinta kepada Nya

Tuesday, August 16, 2011

Seni Kehidupan


Bismillahi Ar-Rahmani Ar-Rahim

Segala puji bagi Allah, yang menciptakan dan mematikan manusia, yang menidurkan kita dan juga membangkitkan kita semula. MasyaAllah, besar nikmatNya kerana masih memberi peluang dan membenarkan kita untuk terus berada di kem rawatan kecederaan. Ye, kem bulan Ramadhan. Sangat bertuah dan beruntung orang yang melaluinya dengan penuh sedar. Inilah saat di mana luka-luka dapat dicuci dan calar balar dipulih semula. Moga perjalanan dalam bulan ini membuatkan kita kuat dan tabah dalam mengharungi perjuangan 11 bulan yang selebihnya.

Tidak dapat dinafikan, dalam fasa-fasa kehidupan kita, kita selalu berhajatkan kepada keselesaan, kedamaian dan aman dari di uji dan di duga. Sedangkan, hakikat sebenar kehidupan adalah sebaliknya. Tersebut ada sebuah kisah yang saya ambil dari buku Jangan Melampaui Batas karangan Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni. Buku ini mengupas berkenaan dengan kisah-kisah dalam Al-Quran untuk kita fahami dan renungi. Sangat bagus untuk dimiliki, bahasa yang digunakan sangat indah dan mudah. Apatah lagi sekiranya ia adalah kupasan kisah didalam Al-Quran, pasti lebih banyak pengajaran yang bermakna perlu kita fahami untuk dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian kita seperti mana yang Allah kehendaki. MasyaAllah! Ok, berbalik kepada kisah yang nak diceritakan tadi:

Pada suatu hari, khalifah Hisyam bin Abdul Malik berkata kepada para menterinya, “Mari kita hitung hari-hari yang ku lalui dengan kesenangan semenjak aku dilantik menjadi khalifah.” Ketika itu, dia telah beberapa tahun menjawat jawatannya, lalu dia menghitung hari-hari yang telah dia jalani. Dan ternyata dia hanya mendapati 13 hari sahaja. Bayangkan, hanya 13 hari tanpa kesukaran, fitnah dan cubaan berat. Sehingga dia pun berkata, “Pasti esok aku akan menyendiri di taman kerana itu aku harus dijaga agar aku dapat merasa bahagia dari pagi hingga petang”

Esoknya dia menyendiri di salah satu taman di Damaskus dan berpesan kepada para pengawalnya, “Kamu semua jangan menerima utusan, jangan member izin kepada sesiapa pun untuk bertemu denganku. Aku tidak ingin menangani masalah hari ini. Biarkan aku menyendiri di taman ini sepanjang hari”

Khalifah pun duduk di taman itu dari pagi hingga ketika menjelang siang, tiba-tiba jatuh sebuah anak panah yang berlumuran darah dekat dengannya. Rupanya anak panah itu berasal dari dua orang di luar taman yang sedang berselisih. Khalifah berkata, “Tidak ada satu hari pun, kita bebas dari masalah.”

Nampakkan, tidak mungkin kita akan sunyi dari masalah. Belum sempat kita menghela nafas dengan tenang, cubaan lain pula datang menyapa. Itulah lumrah seni kehidupan. Allah berfirman dalam surah (Al-Baqarah: 155);



Pastinya setiap gerak geri manusia akan diperhatikan oleh Allah. Tidak ada gerakan, ucapan, langkah, dan juga diam kita kecuali Allah pasti berserta kita. Setiap amalan dan kelakuan dalam hitungan Allah. Semuanya dalam pengetahuan dan pengawasan Allah. Suatu hakikat yang kita tidak dapat lari. Hatta apa yang terlintas di dalam benak fikiran dan hati walaupun tidak dizahirkan juga dalam hitungan Allah. Setiap itu dinilai secara langsung oleh Allah, kemudian Allah sendiri yang menentukan pahalanya.

Beriman, bersabar, bertaqwa dan bertawakal kepada Allah adalah kunci kebahagiaan. Sekiranya kita beriman, maka kita akan bersabar. Sekiranya kita bertaqwa, maka kita akan bertawakkal. Semua ini merupakan seruan dan gesaan kepada orang beriman supaya sentiasa bersabar, bertaqwa dan bertawakkal kepadaNya. Kerana sifat-sifat ini membuatkan orang itu menjadi kuat yang luar biasa dan redha dengan susunan Allah. Hebatkan! Wallahu’alam, moga kita sentiasa tergolong dalam barisan orang yang akrab denganNya.



17 Ramadhan 1432H
17 Ogos 2011
Selangor
Malaysia

Monday, August 8, 2011

Empayar Islam

Sungguh hebat dan luar biasa manusia yang dididik dan dibangunkan oleh Rasulullah s.a.w. Para sahabat dididik untuk menjadi seperti gelombang bukan menjadi buih, kerana buih hanyalah muncul dan terlihat banyak namun tidak memiliki kekuatan yang setelah itu akan hilang dengan begitu mudah, namun berbeza dengan gelombang. Gelombang walau mungkin tidak terlihat oleh mata kasar, namun mampu memberi impak yang sungguh luar biasa dan diluar jangkaan manusia. Hebatkan! Sehingga generasi unik ini diabadikan dalam Quran sebagai khoiru ummah, sebaik-baik umamah.

Di celah kesempatan ini, ingin saya kongsikan sejarah pemerintahan Islam di dalam blog ini. (supaya lebih ingat. Sebab apa yang dikeluarkan dari pembacaan dan pemahaman kita sama ada dikongsikan melalui lisan atau tulisan, yang itu lebih diingati dari disimpan di dalam hati untuk seorang diri. Wallahu’alam. Moga sama-sama kita dapat ambil manfaat)

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w ada menggambarkan keadaan pemerintahan Islam. Baginda membahagikannya kepada 5 era, yakni:

“Tempoh an-Nubuwwah (kenabian) akan berlangsung pada kalian dalam beberapa tahun, kemudian Allah mengangkatnya, setelah itu datang zaman khilafatun ‘ala minhaj an-Nubuwwah (kekhalifahan atas manhaj kenabian), selama beberapa masa hingga Allah ta’ala mengangkatnya, kemudian datang periode mulkan aadhdhon (penguasa-penguasa yang menggigit) selama beberapa masa, selanjutnya datang periode mulkan jabbriyyan (penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak) dalam beberapa masa hingga waktu yang ditentukan Allah ta’ala, setelah itu akan terulang kembali periode khilafatun ‘ala minhaj an-Nubuwwah. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w diam” (Hadis sahih Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

Jadi secara umumnya, peringkat kepimpinan umat terbahagi kepada:

1. An-Nubuwwah (Kenabian): Era pemerintahan Islam yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Baginda merupakan imam para muttaqqeen dan pemimpin para mujahideen.

2. Khilafatun ‘ala minhaj An-Nubuwwah (Kekhalifahan atas Manhaj Kenabian): dipimpin oleh Khulafa Ar-Rasyidin yakni khalifah yang adil, jujur, benar dan terbimbing oleh Allah s.w.t

3. Mulkan Aadhdhon (Penguasa-Penguasa yang Menggigit): pemerintahannya masih disebut sebagai Khilafah Islamiyyah, tetapi pola pemerintahan seorang khalifah kepada khalifah berikutnya menggunakan cara pewarisan takhta. Disebabkan itu dipanggil mulkan iaitu para raja atau para penguasa. Mereka masih berpegang kepada 2 sumber utama orang mukmin iaitu Al-Quran dan As-Sunnah walaupun tidak sehebat genggaman Khulafa Ar-Rasyidin dalam pemerintahan mereka.

4. Mulkan Jabbriyyan (Penguasa-Penguasa yang Memaksakan Kehendak): di saat ini, umat Islam hidup tanpa khilafah. Bahkan umat Islam tidak lagi dinaungi oleh sistem pemerintahan Islam bernama Khilafah Islamiyyah. Inilah era yang kita sedang lalui sekarang. Yang dimaksudkan dengan Jabbariyyan, yang memaksakan kehendak bererti mengabaikan kehendak Allah dan Rasulullah s.a.w.

5. Khilafatun ‘ala Minhaj An-Nubuwwah: berjayanya kembali umat ini dengan tegaknya kembali Khilafatun ‘ala Minhaj An-Nubuwwah.

Sejak tanggal 3 Mac 1924, umat Islam kehilangan sistem pemerintahan Islam Khalifah Islamiyyah. Bermula dari situ umat Islam mula melalui kehidupan yang penuh dengan kelemahan, kepincangan dan kemunduran. Mana tidaknya, kebanyakkan umat Islam ketika ini menyangka bahawa sistem yang selain dari sistem Islam lebih memuaskan. Sedangkan sistem itu sangat rapuh dan mudah dipatahkan. Namun begitu, periode keempat bukanlah periode terakhir dalam sejarah umat Islam. Masih ada harapan untuk kita bina ketamadunan Islam itu semula. Kini, kita menanti sistem era yang kelima yakni Khilafatun ‘ala Minhaj An-Nubuwwah. Mari kita sama2 merealisasikannya, bermula dari memupuk dan melengkapi diri menjadi individu muslim yang sebenar. Wallahu'alam.


Tanggal 3 Mac 1924, Majlis Nasional Agung
yang berada di Turki menyetujui 3 buah undang-undang iaitu;

i. Menghapuskan kekhalifahan
ii. Menurunkan khalifah
iii. Mengasingkannya bersama-sama dengan ahli keluarga

Wednesday, July 27, 2011

Different Vision #1


In picture: Jet Engine Boeing 747. Looks simple huh...
but you will never believe the complicated system that lies beneath it.


From a small and tiny to large and huge living being that Allah has created, we will never completely understand nor replicate exactly the same thing that Allah has created for us.

"O men! Here is a parable set forth! listen to it! Those on whom, besides Allah, ye call, cannot create (even) a fly, if they all met together for the purpose! and if the fly should snatch away anything from them, they would have no power to release it from the fly." [Al-Hajj, 22: 73]



In Picture: Airplane Accidents - Jet Engine on Fire.
When we become careless or too over confident, accidents may occur


But Allah is always there, standing just right beside us, indeed He is very near, willingly to help whenever we are in need. What we need to do is just ask and ask from Him with all our heart. Allah always have an answer for our Duas, ujibu da'watad daa'i iza da'aan. But only with one condition which is:


"Let them also, with a will, listen to My call, and believe in Me; That they may walk in the right way." [Al-Baqarah, 2: 186]

Saturday, July 23, 2011

Sebuah Pesanan AMAL SOLEH

Bismillahi Ar-Rahmani Ar-Rahim


Wasiat Saidina Ali karamallahu wajhah:

"Apabila kamu merasa letih kerana melakukan kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dgn melakukan dosa (maksiat) maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan tetap berkekalan."


Pesanan AMAL SOLEH Imam Al-Ghazali:

"Pertama telah ku pandang makhluk yang banyak ini, maka aku menyaksikan bahawa tiap2 mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat. Sebahagian daripada kekasih hanya mendampingi sampai ke sakit yang membawa maut dan sebahgian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur. Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan dia terbaring seorang diri. Tak seorang jua pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburkannya. Yang demikian tak ku dapati selain amalan soleh. Sebab itu maka ku ambil ia menjadi kekasihku. Supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri."


Akhir kalam, Saidina Umar Al-Khattab:

"Sesiapa yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya"


Jadi mari kita terus beramal soleh. Memberi sepenuh komitmen untuk beramal dengan penuh keikhlasan. Bulan Ramadhan pun kian hampir, sama2 kita menuju puncak taqwa. Melatih, mendidik dan mengasuh diri kita dalam bulan ketenteraan sangat menguntungkan bahkan menenangkan jiwa kerana ia berupaya untuk mentransformkan diri kita menjadi manusia yang hebat, taat dan terus dekat dengan Allah. Jadi yup, sama2 kita merebut peluang ini. Terus memburu barakah dan beramal soleh!

Memasuki AKADEMI RAMADHAN, dengan penuh PERASAAN KEIMANAN.


Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang mendirikan / menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan segala dosa." Direkodkan oleh Bukhari & Muslim


23 Sya'aban 1432H
24 July 2011

Monday, July 18, 2011

Flashback: In being together

Bismillah Ar rahman Ar rahim
In the name of Allah, most Gracious, most Compassionate


Bursts of Colour
Let them bloom over and over again


It is really part of those simple joys of life I treasure and for that, I am so grateful I have friends who always push me going forward into such healthy activities. Every once in a while, usually before the beginning of our semester, we plan and decide our semester activities and all these activities have its own purposes and objectives. Though, there are also activities that weren’t planned at the beginning, but Allah made it run smoothly and without any flaws especially when it comes to informal activities. Yeah, it is truly a memorable and wonderful day of being together! There is really nothing I want except a bunch of caring and sharing people like them!

It’s really interesting to meet different kinds of people with different kinds of personality. Such simple activities actually make you become closer and closer. And sometimes, during the moments of free time, I do wonder how long I have this awesome chance to stay with them, us being all together like this? You forget time waits for no one and this will definitely come to a close one day, to move on a new place, a new life, changing scenery. Of course, InsyaAllah, that will have its own joys and wonders but what I have now, I must not forget to cherish it while it is still here. I love you guys from the bottom of my heart.

You know what, in the small steps to Jannah friends and companions play the important roles. The Prophet Muhammad s.a.w said: "You will not enter Paradise until you have faith, and you will not have faith until you love each other. Shall I direct you to something which if you fulfill you will love one another? Spread salam amongst yourselves." Sahih Muslim (Book 001, Number 0096)


May Allah preserve and strengthening our ukhuwwah always!




'Khoiru Ummah' Family Day
Thanx to kak Am for her wonderful unique drawing

Fafiru Ilallah - Larilah Pada Allah
-JASAD DI DUNIA, TAPI HATI DI AKHIRAT-
Blog Widget by LinkWithin