Sunday, July 21, 2013

Berlumba2lah Menempah Mahligai Hakiki





Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. [20]




Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar. [21]


(Surah Al-Hadid: 20 - 21)


* Picture credit to ABIDA SAYS

Tuesday, June 18, 2013

Manusia yang Allah Puji


Cara nak jadi baik, contohi ibadurrahman. kelompok yang Allah puji didalam Al-Quran. Antara ciri-cirinya:


1) Tawadhu' (Rendah Hati) dan Lemah Lembut

-berjalan di bumi dengan gaya mudah, jawab dengan kata yang damai, tiada lagak sombong dan takabur. Jiwa normal, serius dan bermatlamat, sopan, tenang, gagah dan sungguh.
-kesungguhan memenuhi jiwa. tidak hirau dengan ketololan orang jahil. orang jahil itu bukan bodoh, tapi tidak dapat kawal tindakannya. tidak cetus pertelingkahan dan bertikam lidah, bukan kerana lemah tapi jijik dan segan dengan perkara yang tidak patut dibuat. siang hari mereka tenang


2) Qiamulail dan Takutkan Api Neraka

-malam hari mereka habiskan dengan munajat berdoa kepada Allah
"Jauhkan azab jahanam dari kami kerana itu seburuk-buruk kediaman"
-risau akan nasib mereka di akhirat. sibuk mereka dengan tawajuh kepada Allah, julang wajah mereka kepada Allah


3) Sederhana Membelanjakan Harta

-berbelanja tak boros dan tak bakhil. ciri hidup seorang Muslim
-adalah tak bebas membelanjakan hartanya sewenang-wenangnya
-antara boros dan kikir perlu diseimbangkan
-infaq itu perbelanjaan peribadi untuk saham kita di akhirat nanti


4) Tidak menyembah selain Allah, Tidak Membunuh dan Tidak Berzina

-tauhidkan Allah, tidak melakukan syirik besar
-tahankan diri dari jenayah membunuh orang dan tahan diri dari zina
-jikalau tidak Allah lipat gandakan azab di akhirat kecuali.....
orang yang bertaubat dan orang yang mengerjakan amal soleh
-jadi dosa-dosa itu Allah tukarkan kepada amal kebajikan hatta dosa besar
-tetapi jika kena saman disini, mana ada pihak berkuasa akan tukarkan saman itu kepada cek atau duit, mana mungkin. untuk dapatkan servis mereka pun kena bayar. hohoho...
-ini menunjukkan Allah itu SANGAT dan MAHA Pemurah, MAHA Pengasih dan MAHA Penyayang.


5) Taubat Nasuha

-taubat itu menunjukkan tawajuh dia ikhlas kerana Allah. tidak terdetik mahupun terlintas untuk kepentingan diri. antara urusan dia dengan Sang Pencipta
-Allah terima taubat kerana sangat sangat gembira kerana keikhlasannya
-dimula dengan penyesalan, tidak boleh bangga dengan dosa. ini parameter atau bukti taubat itu benar
-gantikan kejahatan / perkara negative dengan kebaikan / amal soleh / perkara positive
-kalau tidak ganti, jiwa akan rindu kerana kekosongan dan akan kembali kepada kejahatan, inilah tabiat jiwa manusia
-oleh kerana itu, seruan Allah ke atas hambaNya untuk bertaubat dan melakukan amal soleh. wallahu'alam. siapa yang lebih arif dari Tuhan Pencipta manusia.



* Catitan di Masjid Sultan Ismail, MSI UTM Skudai pada hari Selasa, 28hb Mei 2013, just after my viva for my master program, insyaAllah will be my last semester. Ameen.

Sunday, June 2, 2013

To Keep on Moving

Bismillahir Rahmanir Rahim



Yesterday, someone came up to me and asked me for some tips / nasihah on how to keep on moving while u felt like just giving up. After all the trials and hardships, there will surely be eased in the end of it. yang penting, la taiasuu min rauhillah. innahu la yaiasu min rauhillahi illal qaumul kaafiruun. yang bermaksud: jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir. (Surah Yusuf: 87)

Hence, here are some tips what I did to keep me moving on. hopefully it is helpful and beneficial.


1. Hafalah Al-Quran

Sekiranya kesunyian, rajin lah menghafal al-Quran. kerana bacaan quran ddalam solat (bacaan hafalan Quran saat berdiri dhadapanNya) adalah paling terkesan dalam hati. isilah waktu lapang dengan perbanyakkan hafalan, maka kt akan rasa seolah2 BENAR Allah itu memang tengah berbicara dengan kita.

2. Tadaburlah + Solatlah

Sekiranya kesedihan, baca n tadabburlah al-Quran. moga ia dapat jadi pengubat hati. perbanyakkan solat kerana ketika sujud itu adalah situasi yang paling dekat denganNya. dalam sujud panjang kita, menangis semahunya n mengadu sepuasnya kerana Dia sahaja sumber keBAHGIAan, keTENANGan dan sumber segala keKUATan dan keBERANIan. bukankah cara Allah berbicara dengan kt melalui Quran dan cara kita mahu berbicara dengan Allah melalui solat?

3. Mujahadah + Sirah

Sekiranya kebosanan mahupun terasa seperti mahu berputus asa, tukar lah rutin harian (bersenam, berprogram, ziarah dll). cari suasana yang lebih kondusif untuk memberi tumpuan. kadang kala kt perlu paksa diri untuk membuat kerja yg susah. maka MUJAHADAH semaksimum mungkin, kerana nafsu itu mengajak kepada kemalasan. dan kemalasan itu bukan lah sifat orang mukmin yg berjuang yg mahu bersama Rasulullah s.a.w di akhirat nanti. perbanyakkan baca SIRAH, moga perjuangan mereka sentiasa subur n segar dalam ingatan bahawa mereka byk mengerahkan tenaga n kudrat mereka bagi kemenangan Islam.

wallahu'alam, Allah lebih MENGETAHUI. selagi kita ada masa BERUSAHALAH, ketika kt sudah kehabisan masa, BERDOALAH. kerana usaha itu syariat, doa itu hakikat. usaha itu seruan Allah n tawakkal itu pun seruan Allah. n orang mukmin itu juara dalam kedua-duanya. Moga DIA memberi ruang utk kt terus perbaiki diri kita. the biggest room is self improvement. no one can restrain, but it is us to determine. nyway, i know u know better. huhu... nasihat ni pun utk akak. just my humble sharing.



Tuesday, May 21, 2013

Rekindles my Iman



Miles away, oceans apart
Never in my sight, but always in my heart
The love is always there, it will never die
Only growing stronger, a tear rolls down my eye
 I’m thinking of the time




When the day will come
Standing there before You
Accept this Hajj of mine
Standing in Ihram
Making my Tawaf
Drinking blessings from Your well
The challenge of Safa and Marwa rekindles my Iman

 Chorus:
O Allah I am waiting for the call
I’m praying for the day when I can be near the Ka’ba walls




I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my veins
To see my Muslim brothers their purpose all the same
Greeting one another, exalting one true Name, Oh
I truly hope one day, everyone will get the chance
To be blessed with the greatest honour
Of being called to Your Noble House

Standing in Ihram
Making my Tawaf
Drinking blessings from Your well
The challenge of Safa and Marwa rekindles my Iman

Chorus:
O Allah I am waiting for the call
I’m praying for the day when I can be near the Ka’ba walls




Labbayka Allahumma labbayk
Labbayka la sharika laka labbayk
Innal hamda wanni’mata laka wal mulk
La sharika laka labbayk

(Here I am, O Allah, here I am
Here I am, You have no partner.
Here I am Surely all praise, grace and dominion is Yours
No partner have You, here I am)


Lyrics are taken from http://www.islamiclyrics.net/irfan-makki/waiting-for-the-call/


Di Masjid Hudaibiyyah

we was here 23.2.13 - 6.3.23 
but hoping to be there again n again

Friday, May 10, 2013

Aku, Buku dan Cinta


Tiba-tiba teringat, antara buku kesayangan saya hilang =(


Aku, Buku dan Cinta
karangan Dr. 'Aid Abdullah Al-Qarni




Kata pengarang ini dalam kitab beliau:

"Saya suka membaca kitab tafsir sampai penat, 
membaca kitab fiqh sampai kenyang, 
membaca adab sampai puas, 
menghafal hadis, membaca Al-Quran, 
membaca buku-buku sejarah, 
menyanyikan qasidah, 
mengarang dan juga meringkas buku"


Beliau juga kongsikan bahawa setiap hari,
diperuntukkan masa untuk membaca pelbagai jenis buku

Umpamanya:-
Hari Sabtu: khususkan untuk aqidah
Hari Ahad: khususkan untuk fiqh
Hari Isnin: khususkan untuk tafsir
Hari Selasa: khususkan untuk hadis
Hari Rabu: khususkan untuk nahu
Hari Khamis: khususkan untuk  sastera
Hari Jumaat: khususkan untuk sejarah

best sangat buku ni, siapa jumpa dikedai buku jangan terlepas untuk beli. bukan apa, banyak yang kita boleh ambil pengajaran dan perkongsian dari penulis. saya sendiri pun tengah cari-cari lagi kat mana jual. Penulis ini juga ada kisahkan sahabat2 @ ulama2 pemburu ilmu, antaranya;

Malik bin Anas
Sufyan Al-Tsauri
Imam Syafi'e
Yahya bin Mu'in
Ahmad bin Hanbal
Muslim bin Al-Hajjaj
Ibn Hazm
Ibn Taimiyah
Al-Dzahabi
Baqiy bin Makhlad
Al-Syaukani

dan mereka semua adalah orang yang sangat luar biasa dalam menuntut ilmu. 


"wa qul rabbi zidni 'ilman"
(Taaha: 114)

Wednesday, May 8, 2013

Pasca PRU13



Allah izin, just after the election hari tu bila baca Quran ada terbaca Surah Al-A'raf: 128 yang bermaksud;

Musa berkata kepada kaumnya, "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah. Sesungguhnya bumi (ini) milik Allah; diwariskanNya kepada siapa saja yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya. Dan kesudahan (yang baik) adalah bagi orang-orang yang bertaqwa"



“Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada sesuatu yang memberikan kehidupan kepadamu...” (QS Al-Anfal: Ayat 24)

Sebenarnya banyak lagi kerja kita kena buat, bermula dari diri, keluarga, masyarakat, kerajaan, negara, khilafah dan akhirnya memimpin alam. Setiap ceruk perkampungan dan setiap sudut bandar, sentuh lah mereka dengan keindahan Islam sepertimana yang telah Rasulullah s.a.w lakukan, penuh berhikmah, berakhlaq dan beradab. And when the time comes, for surely HE will grant us success, insyaALLAH.

Monday, May 6, 2013

Syukurlah pada A.L.L.A.H

Salam Ukhuwwah dan Salam Mahabbah,
Moga kita terus mengasihi manusia dan alam semesta,
dalam erti kata mengasihi mereka dengan mengajak mereka ke arah kebenaran
dan juga dalam erti kata mengasihi mereka supaya tidak melakukan kerosakan.



Baru tadi saya dapat panggilan, dari kawan lama ketika pengajian saya di instituisi dahulu.
Bila muhasabah balik, apa yang dia lalui memang jauh lebih susah berbanding saya.
Dengan rezeki yang Allah berikan pada saya memang x dinafikan dengan apa yang dia ada.

Lantas, terbit di jiwa bahawa rupa-rupanya apa yang Dia B.E.R.I terlalu banyak dari apa yang kita M.I.N.T.A. tetapi selalu kita tidak meneliti dan memerhati apa yang Allah sudah berikan pada kita. Memang benar apa yang Allah firmankan dalam Quran: terlalu dan amat dan sangat sedikit mereka yang mahu berSYUKUR. Ushkurillah...Syukurlah pada A.L.L.A.H


Fafiru Ilallah - Larilah Pada Allah
-JASAD DI DUNIA, TAPI HATI DI AKHIRAT-
Blog Widget by LinkWithin