Tuesday, June 18, 2013
Manusia yang Allah Puji
Cara nak jadi baik, contohi ibadurrahman. kelompok yang Allah puji didalam Al-Quran. Antara ciri-cirinya:
1) Tawadhu' (Rendah Hati) dan Lemah Lembut
-berjalan di bumi dengan gaya mudah, jawab dengan kata yang damai, tiada lagak sombong dan takabur. Jiwa normal, serius dan bermatlamat, sopan, tenang, gagah dan sungguh.
-kesungguhan memenuhi jiwa. tidak hirau dengan ketololan orang jahil. orang jahil itu bukan bodoh, tapi tidak dapat kawal tindakannya. tidak cetus pertelingkahan dan bertikam lidah, bukan kerana lemah tapi jijik dan segan dengan perkara yang tidak patut dibuat. siang hari mereka tenang
2) Qiamulail dan Takutkan Api Neraka
-malam hari mereka habiskan dengan munajat berdoa kepada Allah
"Jauhkan azab jahanam dari kami kerana itu seburuk-buruk kediaman"
-risau akan nasib mereka di akhirat. sibuk mereka dengan tawajuh kepada Allah, julang wajah mereka kepada Allah
3) Sederhana Membelanjakan Harta
-berbelanja tak boros dan tak bakhil. ciri hidup seorang Muslim
-adalah tak bebas membelanjakan hartanya sewenang-wenangnya
-antara boros dan kikir perlu diseimbangkan
-infaq itu perbelanjaan peribadi untuk saham kita di akhirat nanti
4) Tidak menyembah selain Allah, Tidak Membunuh dan Tidak Berzina
-tauhidkan Allah, tidak melakukan syirik besar
-tahankan diri dari jenayah membunuh orang dan tahan diri dari zina
-jikalau tidak Allah lipat gandakan azab di akhirat kecuali.....
orang yang bertaubat dan orang yang mengerjakan amal soleh
-jadi dosa-dosa itu Allah tukarkan kepada amal kebajikan hatta dosa besar
-tetapi jika kena saman disini, mana ada pihak berkuasa akan tukarkan saman itu kepada cek atau duit, mana mungkin. untuk dapatkan servis mereka pun kena bayar. hohoho...
-ini menunjukkan Allah itu SANGAT dan MAHA Pemurah, MAHA Pengasih dan MAHA Penyayang.
5) Taubat Nasuha
-taubat itu menunjukkan tawajuh dia ikhlas kerana Allah. tidak terdetik mahupun terlintas untuk kepentingan diri. antara urusan dia dengan Sang Pencipta
-Allah terima taubat kerana sangat sangat gembira kerana keikhlasannya
-dimula dengan penyesalan, tidak boleh bangga dengan dosa. ini parameter atau bukti taubat itu benar
-gantikan kejahatan / perkara negative dengan kebaikan / amal soleh / perkara positive
-kalau tidak ganti, jiwa akan rindu kerana kekosongan dan akan kembali kepada kejahatan, inilah tabiat jiwa manusia
-oleh kerana itu, seruan Allah ke atas hambaNya untuk bertaubat dan melakukan amal soleh. wallahu'alam. siapa yang lebih arif dari Tuhan Pencipta manusia.
* Catitan di Masjid Sultan Ismail, MSI UTM Skudai pada hari Selasa, 28hb Mei 2013, just after my viva for my master program, insyaAllah will be my last semester. Ameen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Fafiru Ilallah - Larilah Pada Allah
-JASAD DI DUNIA, TAPI HATI DI AKHIRAT-
No comments:
Post a Comment