Friday, May 10, 2013

Aku, Buku dan Cinta


Tiba-tiba teringat, antara buku kesayangan saya hilang =(


Aku, Buku dan Cinta
karangan Dr. 'Aid Abdullah Al-Qarni




Kata pengarang ini dalam kitab beliau:

"Saya suka membaca kitab tafsir sampai penat, 
membaca kitab fiqh sampai kenyang, 
membaca adab sampai puas, 
menghafal hadis, membaca Al-Quran, 
membaca buku-buku sejarah, 
menyanyikan qasidah, 
mengarang dan juga meringkas buku"


Beliau juga kongsikan bahawa setiap hari,
diperuntukkan masa untuk membaca pelbagai jenis buku

Umpamanya:-
Hari Sabtu: khususkan untuk aqidah
Hari Ahad: khususkan untuk fiqh
Hari Isnin: khususkan untuk tafsir
Hari Selasa: khususkan untuk hadis
Hari Rabu: khususkan untuk nahu
Hari Khamis: khususkan untuk  sastera
Hari Jumaat: khususkan untuk sejarah

best sangat buku ni, siapa jumpa dikedai buku jangan terlepas untuk beli. bukan apa, banyak yang kita boleh ambil pengajaran dan perkongsian dari penulis. saya sendiri pun tengah cari-cari lagi kat mana jual. Penulis ini juga ada kisahkan sahabat2 @ ulama2 pemburu ilmu, antaranya;

Malik bin Anas
Sufyan Al-Tsauri
Imam Syafi'e
Yahya bin Mu'in
Ahmad bin Hanbal
Muslim bin Al-Hajjaj
Ibn Hazm
Ibn Taimiyah
Al-Dzahabi
Baqiy bin Makhlad
Al-Syaukani

dan mereka semua adalah orang yang sangat luar biasa dalam menuntut ilmu. 


"wa qul rabbi zidni 'ilman"
(Taaha: 114)

2 comments:

Anonymous said...

xbaca habis lg buku ni..wuwu
~sibhus~

Safi ArRahman said...

hehe...kt pun belum lagi puan sibhus

Fafiru Ilallah - Larilah Pada Allah
-JASAD DI DUNIA, TAPI HATI DI AKHIRAT-
Blog Widget by LinkWithin