Bismillahirrahmanirrahim...
Mengenangkan secebis kehidupan yang lalu, kadang membuatkan diri ini berfikir. Ada kenangan yang melucukan, ada juga kenangan yang menyedihkan. Tapi apa yang pasti, kehidupan itu terus dilalui dengan penuh rasa kehambaan. bahawa sanya, Dialah yang memegang hati hambaNya. Lantas sentiasa terbit rasa syukur kepada Dia, atas nikmat yang sentiasa melimpah ruah dalam kehidupan yang singkat ini. Moga fasa-fasa kehidupan ini sentiasa menjadi batu bata jabatan akhirat, kerana bukan dunia yang akan kita diami selamanya tapi akhirat itu jualah yang kekal abadi. Jadi, menyeru kepada diri ini supaya sentiasa dan terus menerus membina istana mahligai di Syurga nan indah."Maa laa 'aynun raat, wa laa udzunun sami'at, wa laa khatara fii qalbin basyar", tersergam indah SyurgaNya sehingga tiada kate2 yang dapat menggambarkannya.
KISAH 1
Pulangnya Amad dari sekolah tengah hari tu, sahaja kakak nya duk mengusik. Kononnya nak uji sejauh mana kesabaran Amad ni. But somehow he looks like not interested at all and memang tidak dilayan, ditepisnya begitu sahaja, cet... Jadi sambunglah buat kerja didapur. To some extent, tiba2 terdengar kat atas bunyi nye macam ada orang mengamuk. Tapi abaikan je. Bila naik atas, fuh…terkejut tengok keadaan bilik. Berterabur habis. Bile kalih tengok Amad, dia buat durk je, macam xde ape2 yang berlaku. Saya pun geleng kepala, malas nak layan, ambil wuduk, solat zohor, dan kemas tanpa berkata ape2. Dalam hati, oh…sabar je adikku yang sorang ni.
Ahmad dengan Sponge Bob nya, ketika dia berusia setahun, i think
KISAH 2
Suatu petang, ketika tengah bersiap untuk juadah berbuka puasa, ummi dan saya bertungkus lumus di dapur. Tetibe, datang lah si comel Amad ni dengan soalan dia.
Amad:
Ummi, ada ke orang jual pahala?
Ummi dan saya kehairanan. Terkedu dengan soalan.
Tak pernah2 terfikir pula ada orang nak jual pahala.
Ummi:
Jual pahala??
Amad:
Yela, ummi kate pahala tu mahal.
Ummi dan saya berpandangan lagi, kami kehairanan.
Amad: (Sambungnya)
Kalau mahal, mesti ada orang yang jual
Ummi:
oh, ummi kata Syurga yang mahal, bukan pahala...
Sambung ummi lagi, walau banyak mana pahala pun yang kita ada, masih tak mampu untuk dibeli. Syurga itu mahal tidak boleh ditawar menawar. Tidak boleh didapati dimana2 pasar raya.
Pada perkiraan budak ini, kalau benda itu mahal mesti bole diBELI dan pasti juga ada orang yang menJUALnya. Well, he’s right. Inilah perniagaan yang digambarkan oleh Allah berulang kali dalam Quran Kareem, antaranya (Surah Saff: 10-11) dan juga (Surah Taubah: 111). Cepat juga dia belajar ye, Alhamdulillah.Sejak kebelakangan ni, rajin pula dia duk mengira2 duit dia, mentang2 dapat dompet baru.
KISAH 3
Sudah jadi kebiasaan bagi Amad untuk berpuasa penuh sejak berusia 5 tahun lagi, memang advance dari kawan2 di tadika. Tapi baru2 ni, balik je dari sekolah mengadu kat ummi nak buka puasa pula. Katanya nak puasa separuh hari je. Pulak dah…
Last sekali tak Berjaya juga pujuk, jadi dia pun berbuka awal hari tu. Tapi ummi dia dah warning awal kalau nak berbuka pun, makanan pun belum disediakan lagi. Tetapi nasihat tu tetap tidak diendahkan. Huhu…memang x tahan lah tengok gaya dia. Buka peti ais ni, sambil lirikkan mata dari atas ke bawah, then tutup semula. Kecewa. Buka peti ais sebelahnya pula, jelling dari atas ke bawah then tutup. Mesti kecewa lagi. Mesti tengah kebingungan tak da makanan.Tapi tibe2 muncul 1 idea dia agaknya. Lalu dia buka semula peti, dan keluarkan planta. Saya pun mencelah,
Saya:
Eh eh…Amad, nak makan dengan ape tu.
Amad:
ha…adik dah tau nak makan ape
sambil berlari menghampiri roti yang berada disebelah toaster
Saya:
eh roti tu dah lama la Acmad. Dah expired pun, kulat..
Amad:
ye ke, tipu. Elok je tu...sambil pegang roti Gardenier
Saya:
Tak lah, cube tengok tu ada tompok hitam. Eii…dah la besar tompok tu.
Ahmad pun membelek2 roti yang dipegangnya,
gaya dia macam ok je roti tu sedangkan x.
Amad:
Eh, ape ni?? (sambil menunjuk ke arah kulat tu)
Saya:
Kulat la tu. Kan orang dah cakap. Tulah, x caye lagi
Amad:
kulat?? (agaknya first time kot dengar perkataan kulat tu)
Dia pun terus membatalkan niat untuk makan roti tersebut. ha...kan dah terkulat2 dia nak cari makanan. haish...Achamd2...Lucu lah...
hehe...kesian, kepenatan...
Lately, he really reminds me of myself when I was about he’s age. Nakal. Adventurous. Banyak soal. Tak boleh duduk senyap, ada saje aktiviti dia. Kadang bila tengok gelagat dan telatah adik bongsu ni memang membuatkan saya tertawa dalam hati. Macam2 kerenah nya, ade je akal dia. Ada kalanya bila dengar cakap, Alhamdulillah memudahkan kerja tapi bila datang moodnya mahu bermain, memang menguji kesabaran kita.
Teringat dahulu, ketika kami empat beradik yang atas kecik2 lagi, bila balik kampung je samada belah mak ataupun ayah, mesti kena marah dengan mak atau pak saudara sebab suka sangat buat bising. Lari sana, menjerit sini, lompat sana, bergaduh sini, lintang pukang habis. Kalau buat bising pagi2 xpe lagi masalah nya ni malam pun nak bising. Terganggu habis sepupu2 yang semua kecik2 lagi. Hmm…kadang kenakalan kami adik beradik diluar kawalan mak ayah.
Ummi pernah cerita, dulu ketika saya di taska bila tak puas hati dengan seseorang saya akan gigit kuat2 telinga kawan tu. End up last sekali mak yang kena marah dengan ibu bapa lain sebab biarkan anak macam tu. Cikgu2 pun dah puas bagi denda, kadang kena lap meja, kadang kena baca doa kuat2 dalam kelas, tapi masih macam tu, degil. Memang tak makan saman agaknya.
Tapi as time goes by, my brothers and me changed a lot. Alhamdulillah2x...I thank Allah for a gift of such pretty n loving mum and also handsome n caring dad. Mereka banyak bersabar sejak kami sembilan beradik dalam kandungan, dilahirkan, dibesarkan, dan dididik. Banyak sangat pengorbanan yang telah mereka curahkan. Bila dah besar ni selalu rasa, Allah…tidak patut kami melukakan hati mereka lagi. Sekarang ni, saya sentiasa harapkan mereka bahagia walaupun kadang kala saya pernah juga nampak ummi titiskan air mata, tapi sedikit pun ummi tak pernah mengeluh mahupun mengungkit2. Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami atas kesilapan kami. cucurilah rahmah, barakah dan sakinah buat ibu bapa kami. Ya Rahman Ya Rahim, berilah kebaikan kepada kami didunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.