Kita bagaikan SEBUAH KELUARGA, sebuah ummah...
berikut adalah sebuah kisah untuk direnungi,
Di Afrika ada seorang pendeta dari salah satu lembaga misionaris yang selalu mengelilingi dari kampung ke kampung dan dari satu kota ke kota yang lain. Dia bergaul dengan orang-orang Islam, mendekati, dan menarik simpati mereka. Dia mempunyai seorang anak lelaki berusia mendekati 15 tahun.
Pada suatu hari si anak bertanya kepada bapanya, "Apakah orang-orang hitam punya Tuhan sendiri, dan orang-orang putih punya Tuhan sendiri?" Sang bapak balik balik bertanya, "Mengapa engkau menanyakan hal itu?" Pemuda itu menjawab, "Saya ingin mendapat keyakinan. Sebenarnya Tuhan itu satu atau dua!"
Suatu hari pemuda tersebut berjalan-jalan dan menjumpai suatu masjid, ketika kaum muslimin tengah menunaikan solat, mereka ruku' dan sujud. Dia terpana ketika melihat banyak orang kulit putih di tengah-tengah mereka. Mereka bergaul dengan akrab dan penuh cinta kasih. Dia pun masuk ke dalam masjid, duduk bersama, berkenalan, bahkan menyatu bersama mereka. la selalu menemui mereka sepanjang situasi dan keadaannya memungkinkan.
Suatu ketika, ayahnya mengetahui hal tersebut. Maka anaknya berkata, "Sekarang saya yakin bahawa Zat yang menyatukan orang kulit putih dan kulit hitam adalah Tuhan Yang Satu dan yang membimbing manusia kepada Allah Yang Maha Esa itu adalah Muhammad Rasulullah." Tahulah pendeta itu bahawa anaknya telah masuk Islam.
Demikianlah, sekiranya manusia diberi kebebasan berfikir, tentu mereka akan kembali pada fitrahnya dan menjadi orang-orang Islam.
*Diceritakan oleh Syeikh Abbas As-Siisiy dalam karangan beliau Ath-Thoriq ila Al-Quluub
Kisah yang menarik hati saya untuk kongsikan di sini. moga kita sentiasa tulus dan ikhlas dalam bersahabat dan bersaudara. Jadi di kesempatan yang singkat ini, saya ingin memohon maaf atas segala kesilapan, kesalahan dan kecuaian dalam perkataan, ucapan, urusan, kelakuan, mahupun sekadar lintasaan perasaan. Eid mubarak! selamat kembali kepada fitrah, semoga semangat ramadhan diteruskan hingga ke akhir hayat insya Allah. Taqabbalallahhu minna wa minkum, taqabbal yaa kareem.
Raya Eidul Fitri 1431H
Perkongsian: Petikan khutbah Aidil Fitri oleh AlMarhum Ustaz Dahlan M. Zain
No comments:
Post a Comment