Saturday, December 22, 2012

Sebelum Usia 25 tahun


Imam Ghazali pernah berkata bahawa perkara paling jauh ialah masa lalu. Apakah maksud tersirat di sebalik kenyataan itu? Ya, satu saat yang berlalu dalam hidup kita, tidak akan dapat dikejar semula walaupun dengan pesawat terbang yang paling laju. Ia akan terus berlalu untuk menjadi saksi apakah kita menggunakannya untuk pahala, dosa atau sia2. kita tidak akan dapat memutarkan jarum waktu ke belakang.

Masa umpama air sungai yang mengalir. Apabila kita memijak air kali pertama, maka kita tidak akan dapat mmijak air yang sama pada pijakan kedua. Masa mengalir terlalu laju. Hidup hanya bagaikan mimpi. benarlah seperti yang dikatakan oleh Saidina Ali: "Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (lalai). Bila mati barulah mereka terjaga"
Petikan dari buku Dimana DIA dihatiku, PahrolMohd Juoi 

Cepat sangat masa berlalu. sedar tak sdar esok lusa tulat dah nak exam. rasa banyak lagi perlu cover. apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan rakan sekelas yang masing2 dari latar belakang matematik, but not me (alasang...). Rase macam Im left behind compared to them. Tapi x mengapa, selagi ada masa, selagi itu kita akan berusaha. hewhewhewhew...lap peluh. insyaAllah.

Suatu hari, jogging dengan housemate di kawasan perumahan. wah...memang lama benar x jogging.

house8: Safi, nanti nak tulis ape atas kek?
Safi: wah...awalnya dia tanya. segan pulak rase hmmm...
house8: Safi nak kami doakan ape? bole tulis kat kek supaya sume bole doakan
Safi: Ala...banyak sangat yang nak didoakan.
house8: oh...kalo boleh jadikan pendek. supaya xla serabut sanagt atas kek.
Safi: A'ah, btui tu. tapi nya....hmm...(sambil berfikir lagi)
Safi: oh ya...doakan supaya saya BERIMAN, BERAMAL, n MENDIDIK
house8: wah...yang belakang tu hampir sama dengan Haluan punye moto pulak.
Safi: hehe...(tau x pe)

Menginjak usia 25 tahun, masih banyak yang perlu diterokai, dipelajari, dihayati. Moga setiap detik yang berlalu, semuanya atas dasar kecintaan dan keterikataan kita dengan Allah. kerana Dia adalah segala SUMBER KEKUATAN dan KEKAYAAN. fa firru ilaLLAH.

No comments:

Fafiru Ilallah - Larilah Pada Allah
-JASAD DI DUNIA, TAPI HATI DI AKHIRAT-
Blog Widget by LinkWithin