Thursday, November 26, 2009

What’s Hurting Me?



When the Prophet s.a.w stood on the plain of Arafah and gave his farewell speech he said to the Ummah,

"Treat the women kindly!"





Memang sukar untuk ku melupakan peristiwa itu. Bila dikenangkan, ku hampir menitiskan air mata. Kecewa, sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku. Tapi itulah susunan Allah, pasti terselit hikmah untuk dijadikan pedoman masa hadapan. Ku pujuk jua hati ini untuk menerima kerana setiap manusia tak terlepas dari melakukan kesalahan. Cuma yang pasti, tidak mungkin Islam akan tertegak andai kita mencampurkan sistem Islam dengan sistem jahiliyah. Oleh itu, perlu kita berusaha semaksimum mungkin untuk mengikis karat-karat jahiliyah yang sudah lama bertamu di hati.


Sama-sama kita mengambil ikhtibar...


Madah dari Hukama: "KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI." Kita tak perlu takut akan ancaman manusia kerana dia tak mampu untuk memudaratkan diri kita tanpa keizinan dari Allah. Asalkan pandangan Allah didahulukan dan diutamakan itu lebih baik bagi seorang mukmin. “Barang siapa mencari keredhaan manusia dengan kemarahan Allah nescaya dia akan diserahkan oleh Allah kepada manusia, barang siapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia nescaya dia akan dicukupkan Allah dari perbelanjaan manusia”


Madah dari Hukama: "MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG" Kadang-kadang kita tak perasan perbuatan atau arahan yang dikeluarkan jelas bertentangan dengan syara’. Menjadi tanggungjawab sahabat handainya untuk menegur dengan hikmah bukan dengan cara berdendam hingga menjadi tomato yang busuk dan tidak menyenangkan. Ya Allah, berilah kekuatan kepada ku untuk berkata benar walaupun pahit.


Akhir sekali, kita perlu selalu berdoa kepada Allah supaya kita dapat membezakan antara yang haq dan batil kerana selalunya kita terlalu lemah dan doif dalam membuat penilaian. Allahumma arinal-haqqa haqqan warzuqnat-tiba'ah, wa arinal-batila batilan warzuqnaj-tinabah, bi rahmatika ya arhamar-rahimeen. O Allah! Let us see the good as good, and bless us with following it. And show us the falsehood as falsehood, and bless us with staying away from it, with Your mercy, O Most Merciful!


Wallahu'alam.

No comments:

Fafiru Ilallah - Larilah Pada Allah
-JASAD DI DUNIA, TAPI HATI DI AKHIRAT-
Blog Widget by LinkWithin