Friday, November 27, 2009

Tegarkah Aku

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)

Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya:

“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal...”

Ini bukan pertama kali aku membacanya. Cuma baru-baru ini, bila terbaca balik perasaan gentar dan takut menyelinap di hati. Takut akan seksaan dan murka Allah. Kenapa? Sebab kematian itu suatu kepastian dan kita akan ditanya! Ujian di sana tidak seperti ujian di dunia yang jika gagal kita boleh ulang mengambil peperiksaan lain. Kegagalan di sana NERAKA tempatnya yang panasnya 70 kali ganda panas api di dunia ini. Soalan di sana bukan dijawab oleh mulut tetapi amal. Apakah yang kita akan jawab jika hidup kita bergelumang maksiat, suruhan Allah ditinggalkan dan larangan Allah dibuat?

Bila diteliti balik sabda Rasulullah s.a.w di atas ia bukan kenyataan ataupun ungkapan yang kosong semata-mata. Memang benar terdapat satu hadis Rasulullah s.a.w yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban ke dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.


Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala.

Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.

Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya.

Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.


Sistem pesanan ringkas yang ku terima dari senior ku:

Dengan kecantikanmu, kau lebih elok dari matahari,
Dengan akhlakmu, kau lebih wangi dari haruman,
Dengan rendah hatimu, kau lebih tinggi dari rembulan,
Dengan kelembutanmu, kau lebih halus dari rintik hujan


Ya Allah, tegarkah aku dalam mempertahankan keindahan ini,
Menjadi sayap kiri perjuangan, penegak kalimah Allah di muka bumi.


Duhai diri,


Dan serikandi mujahidah sejati,
Jagalah diri, Hiasi peribadi,
Seindah mawar berduri,
Moga Allah senantiasa di hati

Dalam memenangi pandangan dan redhaMu,
Safi Ar-Rahman


No comments:

Fafiru Ilallah - Larilah Pada Allah
-JASAD DI DUNIA, TAPI HATI DI AKHIRAT-
Blog Widget by LinkWithin