Tuesday, June 18, 2013

Manusia yang Allah Puji


Cara nak jadi baik, contohi ibadurrahman. kelompok yang Allah puji didalam Al-Quran. Antara ciri-cirinya:


1) Tawadhu' (Rendah Hati) dan Lemah Lembut

-berjalan di bumi dengan gaya mudah, jawab dengan kata yang damai, tiada lagak sombong dan takabur. Jiwa normal, serius dan bermatlamat, sopan, tenang, gagah dan sungguh.
-kesungguhan memenuhi jiwa. tidak hirau dengan ketololan orang jahil. orang jahil itu bukan bodoh, tapi tidak dapat kawal tindakannya. tidak cetus pertelingkahan dan bertikam lidah, bukan kerana lemah tapi jijik dan segan dengan perkara yang tidak patut dibuat. siang hari mereka tenang


2) Qiamulail dan Takutkan Api Neraka

-malam hari mereka habiskan dengan munajat berdoa kepada Allah
"Jauhkan azab jahanam dari kami kerana itu seburuk-buruk kediaman"
-risau akan nasib mereka di akhirat. sibuk mereka dengan tawajuh kepada Allah, julang wajah mereka kepada Allah


3) Sederhana Membelanjakan Harta

-berbelanja tak boros dan tak bakhil. ciri hidup seorang Muslim
-adalah tak bebas membelanjakan hartanya sewenang-wenangnya
-antara boros dan kikir perlu diseimbangkan
-infaq itu perbelanjaan peribadi untuk saham kita di akhirat nanti


4) Tidak menyembah selain Allah, Tidak Membunuh dan Tidak Berzina

-tauhidkan Allah, tidak melakukan syirik besar
-tahankan diri dari jenayah membunuh orang dan tahan diri dari zina
-jikalau tidak Allah lipat gandakan azab di akhirat kecuali.....
orang yang bertaubat dan orang yang mengerjakan amal soleh
-jadi dosa-dosa itu Allah tukarkan kepada amal kebajikan hatta dosa besar
-tetapi jika kena saman disini, mana ada pihak berkuasa akan tukarkan saman itu kepada cek atau duit, mana mungkin. untuk dapatkan servis mereka pun kena bayar. hohoho...
-ini menunjukkan Allah itu SANGAT dan MAHA Pemurah, MAHA Pengasih dan MAHA Penyayang.


5) Taubat Nasuha

-taubat itu menunjukkan tawajuh dia ikhlas kerana Allah. tidak terdetik mahupun terlintas untuk kepentingan diri. antara urusan dia dengan Sang Pencipta
-Allah terima taubat kerana sangat sangat gembira kerana keikhlasannya
-dimula dengan penyesalan, tidak boleh bangga dengan dosa. ini parameter atau bukti taubat itu benar
-gantikan kejahatan / perkara negative dengan kebaikan / amal soleh / perkara positive
-kalau tidak ganti, jiwa akan rindu kerana kekosongan dan akan kembali kepada kejahatan, inilah tabiat jiwa manusia
-oleh kerana itu, seruan Allah ke atas hambaNya untuk bertaubat dan melakukan amal soleh. wallahu'alam. siapa yang lebih arif dari Tuhan Pencipta manusia.



* Catitan di Masjid Sultan Ismail, MSI UTM Skudai pada hari Selasa, 28hb Mei 2013, just after my viva for my master program, insyaAllah will be my last semester. Ameen.

Sunday, June 2, 2013

To Keep on Moving

Bismillahir Rahmanir Rahim



Yesterday, someone came up to me and asked me for some tips / nasihah on how to keep on moving while u felt like just giving up. After all the trials and hardships, there will surely be eased in the end of it. yang penting, la taiasuu min rauhillah. innahu la yaiasu min rauhillahi illal qaumul kaafiruun. yang bermaksud: jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir. (Surah Yusuf: 87)

Hence, here are some tips what I did to keep me moving on. hopefully it is helpful and beneficial.


1. Hafalah Al-Quran

Sekiranya kesunyian, rajin lah menghafal al-Quran. kerana bacaan quran ddalam solat (bacaan hafalan Quran saat berdiri dhadapanNya) adalah paling terkesan dalam hati. isilah waktu lapang dengan perbanyakkan hafalan, maka kt akan rasa seolah2 BENAR Allah itu memang tengah berbicara dengan kita.

2. Tadaburlah + Solatlah

Sekiranya kesedihan, baca n tadabburlah al-Quran. moga ia dapat jadi pengubat hati. perbanyakkan solat kerana ketika sujud itu adalah situasi yang paling dekat denganNya. dalam sujud panjang kita, menangis semahunya n mengadu sepuasnya kerana Dia sahaja sumber keBAHGIAan, keTENANGan dan sumber segala keKUATan dan keBERANIan. bukankah cara Allah berbicara dengan kt melalui Quran dan cara kita mahu berbicara dengan Allah melalui solat?

3. Mujahadah + Sirah

Sekiranya kebosanan mahupun terasa seperti mahu berputus asa, tukar lah rutin harian (bersenam, berprogram, ziarah dll). cari suasana yang lebih kondusif untuk memberi tumpuan. kadang kala kt perlu paksa diri untuk membuat kerja yg susah. maka MUJAHADAH semaksimum mungkin, kerana nafsu itu mengajak kepada kemalasan. dan kemalasan itu bukan lah sifat orang mukmin yg berjuang yg mahu bersama Rasulullah s.a.w di akhirat nanti. perbanyakkan baca SIRAH, moga perjuangan mereka sentiasa subur n segar dalam ingatan bahawa mereka byk mengerahkan tenaga n kudrat mereka bagi kemenangan Islam.

wallahu'alam, Allah lebih MENGETAHUI. selagi kita ada masa BERUSAHALAH, ketika kt sudah kehabisan masa, BERDOALAH. kerana usaha itu syariat, doa itu hakikat. usaha itu seruan Allah n tawakkal itu pun seruan Allah. n orang mukmin itu juara dalam kedua-duanya. Moga DIA memberi ruang utk kt terus perbaiki diri kita. the biggest room is self improvement. no one can restrain, but it is us to determine. nyway, i know u know better. huhu... nasihat ni pun utk akak. just my humble sharing.



Fafiru Ilallah - Larilah Pada Allah
-JASAD DI DUNIA, TAPI HATI DI AKHIRAT-
Blog Widget by LinkWithin