Tuesday, December 14, 2010

Kewajipan yang Lazat

Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, ucapan puji-pujian terus dilafazkan, kerana masih diberi kesempatan dan peluang untuk merasai kelazatan dalam mengabdikan diri padaNya. Masa tidak berapa mengizinkan saya untuk peruntukkan masa yang banyak di ruangan maya ini. Tapi biarlah sedikit titipan ini menjadi pendorong dan bekal untuk saya terus meraih prestasi di sisi Allah.

Dalam menelusuri hidup ini, ramai dikalangan Muslim mempersoalkan kewajipan rukun-rukun Islam. Dan tidak kurang juga ada yang mencari fadhilat dan hikmah terlebih dahulu sebelum melaksanakannya. Tapi tidak bagi salafus soleh daripada kalangan para sahabat dan tabien. Mereka tidak mencari hikmah di sebalik kewajipan rukun-rukun Islam tersebut, tetapi tunduk dan ta’at kepada Allah. Malah mereka rasa lazat dan nikmat dalam kewajipan ini.

Umar Tilmisani (dalam buku zaadun ‘alat toriq) tidak menyatakan: “Carilah hikmah di sebalik perintah-perintah Allah”, namun beliau tegaskan: “Laksanakan dahulu perintah-perintah tersebut tanpa teragak-agak atau cuba memahami hikmah di sebaliknya. Tunaikan rukun-rukun sebagaimana yang telah dititahkan. Sehinggalah apabila anda merasai kelazatan ketaatan dan perlaksanaan perintah-Nya, Allah s.w.t akan membukakan anda pintu-pintu hikmahNya untuk menambahkan lagi ketenangan dan keyakinan anda”

Sedikit perkongsian daripada buku Bekalan dalam Jalan Dakwah karangan Mustafa Masyhur, bahagian pendahuluan ditulis oleh Ustaz Umar Tilmisani. Wallahu'alam.

Terus Baca, Pelajari, berTawakal, dan berAmal.
Ya Allah, tetapkan kaki-kaki kami di atas jalanMu.

No comments:

Fafiru Ilallah - Larilah Pada Allah
-JASAD DI DUNIA, TAPI HATI DI AKHIRAT-
Blog Widget by LinkWithin