Saturday, November 20, 2010

Rehat: 3 Minggu!

Mendamaikan jiwa. Lebih kurang seminggu sudah diperuntukkan untuk balik kampung dan berjalan2 bsama keluarga. Jadi tinggal 3 minggu.


Bismillahi Ar-Rahmani Ar-Rahim.

Sesungguhnya segala puji dan puja bagi Allah, Tuhan yang memelihara sekelian alam. Tidak ada Tuhan kecuali Dia yang telah memberi nikmat Islam kepada kita dan itulah sebaik-baik nikmat.

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas bertarung dengan pelbagai cubaan pada semester lepas akhirnya dapat berehat sebentar untuk menyegarkan kembali jiwa dan mendamaikan semula hati dengan janji2 Allah. Mahu muhasabah sebentar. Cuti kali ni pasti dipenuhi dengan pelbagai perancangan bagi memastikan diri ini sentiasa tertingkat.

Kali ni sebenarnya sangat teruja untuk baca lebih banyak buku. Terutamanya apabila terjumpa dengan ungkapan ni...

Buku adalah taman orang mulia,
Perkebunan orang cerdas, dan
Tempat rekreasi orang terhormat.

Buku adalah taman syurga bagi para pencinta ilmu,
Senjata untuk melawan musuhmu

Sangat menggelorakan jiwa kan. Rasa nak baham je semua buku. Tapi perlu kepada tapisan dan pemilihan. Sesetengah buku hanya boleh dikunyah, setengah buku pula boleh ditelan dan sedikit buku yang boleh dihadam. Yang dikatakan kunyah adalah kita hanya boleh rasa di permukaan suatu penulisan sahaja tetapi perlu memuntahkan semula kerana tidak sesuai dan selari dengan pendidikan jiwa kita. Yang perlu dihadam adalah bait2 kata Allah (sumber asas kita Quranul Kareem) dan buku2 fikrah. Buku2 ini perlu dirasai, dijiwai, dihayati dan di zahirkan.


Buku2 yang perlu dirujuk untuk FYP I

Report project hari tu pulak sv suggest supaya alter dan amend balik. Jadi kene rujuk lebih banyak buku. Dan selain dari project ni ada banyak lagi assignment2 dan amanah2 lain yang memerlukan kepada lebih banyak pembacaan, pemahaman, hafalan dsb. Moga kerja2 ini sentiasa dilakukan ikhlas keranaNya.


Cherry pun mahu berehat sebentar.


Jadi jom kita penuhi cuti kali ni dengan aktiviti2 yang menjurus kepada pembentukan diri yang dahsyat penuh manfaat untuk umat sejagat.

Sangat membutuhkan doamu: Safi Ar-Rahman

Wednesday, November 10, 2010

Musibah sebagai rahmat terselubung

Alhamdulillah, selaut syukur dipanjangkan buat Dia, Dia jua yang memlimpahkan rezeki tak putus-putus tanpa kita pinta. Limpahan kurniaan rahmatNya teramatlah banyak dan tidak terkira nilai jumlahnya. Dari setiap detik jantung bergerak, setiap pernafasan yang turun dan naik, setiap kaki dan tangan bergerak semuanya adalah dari Dia. Moga kita terus menjadi hambaNya yang bersyukur.

Semalam ketika baca buku Bibir Tersenyum, Hati Menangis, saya tertarik dengan perkongsian penulis bagaimana beliau menggambarkan ujian, dugaan dan kesulitan hidup mempunyai falsahfah agung yang perlu kita fahami. Muhammad Muhyiddin (2010) mengajak pembaca untuk merenungi dan mengamati burung-burung yang berterbangan di angkasa.

Bagaimana burung hendak mengajarkan terbang kepada anak-anaknya, dia membawa anak-anaknya keluar dari sarangnya, dan menggendongnya di udara, lalu dengan tiba-tiba dia melepaskan anak-anaknya dari ketinggian. Anak-anak burung itu pun berusaha sekuat tenaga mengibas-ngibaskan sayapnya hingga letih. Bila anak-anak burung itu hendak jatuh ke tanah kerana keletihan, maka dengan cepat ibunya akan menyelamatkannya di atas sayapnya. Beberapa saat kemudian,ibunya pun kembali menjatuhkannya dari ketinggian, dan anak-anak burung itu pun kembali berusaha mengibas-ngibaskan sayapnya ke atas dan ke bawah hingga keletihan. Manakala anak-anak burung itu benar-benar telah letih, maka dengan segera ibunya pun mendudukkannya di atas sayapnya kembali. Demikian yang dilakukan oleh ibu berulang-ulang kali hingga anak-anaknya benar-benar dapat terbang (p. 202).


Apa yang boleh saya intepretkan di sini adalah keletihan anak burung itu sebenarnya mampu membuahkan kekuatan fizikal pada sayapnya dan juga kekuatan internal pada dirinya. Begitu juga dengan manusia, bilamana Allah menenggelamkan hambaNya yang soleh dengan pelbagai musibah, ia akan membuatkan kita bangun, sedar dan kuat. Hebatnya Allah, dengan perumpamaan burung ini Dia mahu kita berfikir. Masha-Allah. Memang masha-Allah. Tidak ada yang maujud di alam ini kecuali di sana ‘terlihat’ kebesaran Allah. Di sini, tertimbul kepasrahan dan keyakinan bahwa Allah sajalah yang mentarbiyyah (mendidik) semua mahluk dengan ilmu-Nya, Allah sajalah yang menjamin rezeki kita dan Allah sajalah yang memenuhi hajat hidup semua mahluknya. Wallahu’alam. Sekadar renungan bersama.
Fafiru Ilallah - Larilah Pada Allah
-JASAD DI DUNIA, TAPI HATI DI AKHIRAT-
Blog Widget by LinkWithin