Saturday, May 8, 2010

Latihan Industri

-Kereta idaman-


Maaf, masa tak mengizinkan saya untuk meluangkan banyak masa di dunia blogging. Sekarang tengah buat praktikal jadi nak curi masa untuk buka internet susah sikit. Banyak duduk dalam workshop & lab xpun pergi site. Kalau duduk dalam lab pun biasanya untuk investigation. Kene cari punca kerosakan then buat report hasil dari penyiasatan tu. Contoh hari tu ada kes tangki minyak aircraft terbocor. So nanti akan disediakan beberapa team untuk lakukan siasatan. Sama jugak kalau ada aircraft accident. Macam team CSI la kononnya.


SITUASI PERTAMA - Hari tu tengah buat kerja pertukangan sikit. Tak pakai glove sebab tak disediakan pun. Pastu ada senior technician lalu dan perhatikan cara saya bekerja

Danial: Dik, nape tak pakai glove? Nanti kasar tangan
Safi: Haa...kene ke? Orang lain tak pakai pun (sedikit blur)
Zaim: Ala...xyah pakai, sape suruh amik course ni
Safi: (Dalam hati) Tau la jealous budak perempuan belajar tinggi2
Zaim: Kalau sume belajar tinggi2, sape la nak buat keje2 ni.
Safi: Eik...macam mane dia dengar? (pelik...td x cakap kuat pun. Cume getusan dalam hati. Obvious sangat ke. Seems like he’s reading my mind)


SITUASI KEDUA - Time tu nak measure rod diameter yang tergantung tinggi sebelum kerja pemotongan. Sambil pegang caliper, saya berusaha la untuk capai rod tu tapi measurement tak berapa tepat sebab kedudukan caliper tak betul

Zaim: Kamu pendek piah. Nah...pijak ni. (Sambil hulur bangku buatan sendri)
Safi: Cet...selamba je under estimate ketinggian orang. standard la perempuan tinggi ni. (Getus saya dalam hati... Nasib baik Zaim tu cikgu saya. Kalau x dah lama nak kene balun. Geram tapi sabar je)


Setiap dua tiga minggu saya akan ditukarkan ke cawangan berbeza. Sume ada 5 cawangan dan setakat ni baru 2 cawangan. Minggu depan ni pun still cawangan yang sama. Cume kali ni sambil buat projek ada benda lain yang perlu belajar. Belajar bagaimana nak buat report yang profesional selepas penyiasatan dilakukan.

Pe2 pun, Alhamdulillah kerja2 kat sini takde masalah. Diorang sangat sporting termasuk supervisor. Bila fikir dan renung balik masa depan, stakat ni saya tak berminat pun nak jadi engineer. Tapi ada sebab kenapa saya ambil kursus kejuruteraan terutamanya bahagian aeroangkasa. Ada objektif dan matlamat yang tersembunyi. Hanya orang tertentu sahaja akan faham. Jadi bila ada orang persoalkan saya kenapa kursus ini jadi pilihan, saya tetap dengan pendirian dan berazam untuk teruskan misi ini.


Sesungguhnya, Allah sahaja sebaik-baik penolong dan sebaik-baik pembantu. Moga setiap perancangan dan amal kita dikira dan dipandang olehNya.

4 comments:

bahiyah said...

objektif dan matlamat tersembunyi???

lama tak dengar cerita... dah lama dah tunggu cerita pasal eit safi ni..

slamat menimba pengalaman baru... timba banyak2 noh... jangan biarkan ada orang pandang rendah kat kita.. berusaha!!!

Anonymous said...

am gonna miss u..
sy stat praktikal esok (isnin = 10/5/10)..
sy pon lebe kurang sama ngn safi gak, sebb keje2 networking and web tech ni dye technically..
kdg2 ad gak org pertikai ttg itu dn ini..
tp sy ad matlamat sy jgak..hihi :D
safi..jom jadi kuat utk Islam ..insyaAllah :)

~sibhus~

Safi ArRahman said...

Safi - Bahiyah

bunyi mcm saspen kan objektif n mtlamat tsembunyi tu. rsenya mak tam bole agak kot. ngeh3...

mak tam, duk umah fie lg ke?? kim slm kat dia na...

ok sha, jgn lupe jadi anak yg solehah ye. jgn naughty2 mcm monkey. (0_o).

selamat berEIT & perform the best na...

Safi ArRahman said...

Safi - Sibhus

owh...tempat ana pun ade budak LI baru nak msuk. dr uitm jgk. tp bahagian lain. bahagian textile x silap. ana bhgn teknologi jentera & aeroangkasa.

zaim (bkn nama sebenar) tu ok je. sensei yg sgt prihatin.cume kdang2 ape yg dia ckp tu buat kt refleks blik...btul x langkahan kt stakat ni.penting tu muhasabah.

besa la tu org pertikai. tp mcm dah immune dah. soalan yang paling popular: "ada peluang cerah ke kalo amik aeroangkasa?"

pe2 pun sibhus, ana pjm kate bahiyah "slamat menimba pengalaman baru... timba banyak2 noh... jangan biarkan ada orang pandang rendah kat kita.. berusaha!!!". hee...

Fafiru Ilallah - Larilah Pada Allah
-JASAD DI DUNIA, TAPI HATI DI AKHIRAT-
Blog Widget by LinkWithin