Setiap orang mahu kan kebahgiaan, jesturu mereka mencari2 sumber kebahgiaan. Orang yang bahagia akan rasa kepuasan dalam hidupnya. Tapi masing2 mempunyai definasi kebahgiaan yg berlainan. Ada orang mengatakan siapa yang sudah berkahwin, baru akan mengerti makna kebahgiaan. Ada orang pula berpendapat apabila sudah dikurniakan anak baru akan rasa bahagia. Tetapi bagi saya kenyataan2 yang dilontarkan tadi sangat bertentangan dengan apa yang saya rasai dan lalui. Boleh jadi kedua perkara tersebut jadi asbab untuk kita bahagia tetapi bila diuji n dtimpa musibah kt akan berbolak balik.
Saya pernah berjumpa dengan pasangan yang kecewa dengan perkahwinannya, lantas terasa terseksa bila mengenangkan alam rumah tangganya. Saya juga pernah berjumpa dengan ibu yang meningking anaknya dan saya juga pernah bertemu dengan orang yang mahu serahkan anaknya kepada orang lain. Allahu Allah... Rupanya kebahgiaan itu bukan terletak pada faktor itu kan. Bahkan kebahgiaan itu adalah kurniaan atau anugerah yg tidak boleh dibeli dengan wang dan harta. Kuncinya terletak kepada kita. Sejauh mana kita mendefinasikan kebahgiaan itu. Jika kita tidak dapat ketenangan dalam kehidupan, maka kebahgiaan itu masih jauh dari bayangan kita.
Carilah kebahgiaan kerana kebahgiaan itu milik semua orang dimuka bumi ini. Pandanglah langit, pandanglah lautan, koreksi diri, benda apa yang hendak dicari? Pinta lah pada Allah, penguasa seluruh alam. Kerana hanya Dia sahaja yang boleh membahagiakan kita. Ada orang bahagia walaupun dalam kesempitan. Ada pula orang sengsara walau penuh dengan kenikmatan. Allahu Allah... Perkara ini sangat abstract kan. Tapi bila kita sudah temui kuncinya kita akan TERASA BAHAGIA.