Wednesday, September 28, 2011

Siiruu wa abshiruu…


MIQDAD BIN ‘AMR.

Ketika membicarakan dirinya, para sahabat dan teman sejawatnya berkata: “Dia, Miqdad ibnul Aswad adalah orang yang pertama memacu kudanya dalam perang sabil”. Miqdad ibnul Aswad yang mereka maksudkan itu ialah tokoh kita Miqdad bin ‘Amr. Di masa jahiliyyah ia menyetujui dan membuat perjanjian untuk diambil oleh al-Aswad ‘Abdi Yaghuts sebagai anak, sehingga namanya berubah menjadi Miqdad ibnul Aswad. Tetapi setelah turunnya ayat mulia yang melarang merangkaikan nama anak angkat dengan nama ayah angkatnya dan mengharuskan merangkaikannya dengan nama ayah kandungnya, maka namanya kembali dihubungkan dengan nama ayahnya iaitu ‘Amr bin Sa’ad.

Miqdad termasuk dalam rombongan orang yang pertama masuk Islam dan orang ke-7 yang menyatakan keislamannya secara terbuka dan berterus terang. Oleh itu, dia menanggung penderitaan dari amarah murka dan kekejaman Quraish. Pun begitu, dia tetap menghadapinya dengan penuh keberanian dan keperwiraan. Perjuangan dia di medan Perang Badar tetap akan jadi tugu peringatan yang selalu semarak takkan pudar. Perjuangan yang mengantarkannya kepada suatu kedudukan puncak, yang dicita dan diangan-angankan oleh seseorang untuk menjadi miliknya. Berkata Abdullah bin Mas’ud yakni sahabat Rasulullah: “Saya telah menyaksikan perjuangan Miqdad, sehingga saya lebih suka menjadi sahabatnya daripada segala isi bumi ini…”

Pada hari peperangan Badar, ketika Quraish datang dengan kekuatannya yang dahsyat, dengan semangat tekad dan bergelora, dengan kesombongan dan keangkuhan mereka. Pada hari itu, kaum Muslimin masih sedikit, dan belum pernah mereka sertai peperangan demi mempertahakan Islam, dan inilah peperangan pertama yang mereka terjuni.

Rasulullah s.a.w ingin menguji keimanan para pengikutnya dan meneliti persiapan mereka untuk menghadapi tentera musuh yang datang menyerang, baik pasukan pejalan kaki mahupun angkatan berkuda, maka para sahabat dibawa untuk bermesyuarat. Setiap mereka diminta untuk memberi pendirian dan pendapat yang tulus, walaupun sekiranya pendapat mereka berbeza dengan majoriti, mereka tidak akan dikritik. Jadi Miqdad khuatir sekiranya ada di kalangan kaum Muslimin yang tidak mahu sertai peperangan. Jadi sebelum ada yang mengemukakan pendapat, Miqdad ingin mendahului mereka agar dengan kalimah-kalimah yang tegas darinya dapat menyalakan semangat perjuangan dan turut mempengaruhi pendapat sahabat lain.

Tetapi sebelum dia menggerakkan kedua bibirnya, Abu Bakar As-Siddiq telah mula bicara, baik sekali buah perbicaraannya itu hingga hati Miqdad menjadi tenteram kerananya. Setelah itu, Umar Al-Khattab menyusul bicara, dan buah perbicaraannya juga baik. Maka tampillah Miqdad, katanya:

“Ya Rasulullah, teruslah laksanakan apa yang diperintahkan Allah, dan kami akan bersama kamu. Demi Allah kami tidak akan berkata seperti yang dikatakan Bani Israel kepada Musa: Pergilah kamu bersama Tuhanmu dan berperanglah, sedang kami akan duduk menunggu di sini. Tetapi kami akan mengatakan kepada kamu: Pergilah kamu bersama Tuhanmu dan berperanglah, dan kami turut ikut berjuang di samping kamu…! 

Demi yang telah mengutus kamu membawa kebenaran! Seandainya kamu membawa kami melalui lautan lumpur, kami akan berjuang bersama kamu dengan tabah hingga mencapai tujuan, dan kami akan bertempur di sebelah kanan dan di sebelah kiri kamu, di bahagian depan dan di bahagian belakang kamu, sehingga Allah memberi kemenangan!” 

Kata-katanya itu mengalir tak ubah bagai anak panah yang lepas dari busurnya. Dan wajah Rasulullah s.a.w pun berseri-seri kerananya, sementara mulut Baginda mendoakan yang baik untuk Miqdad. Indeed, Al-Miqdaad's words left their impact on the hearts of the believers. Sehingga Sa’ad bin Mu’adz, pemimpin kaum Ansar bangkit berdiri mengatakan pandangan sama sepertinya. Maka hati Rasulullah s.a.w pun penuhlah dengan kegembiraan lalu sabdanya kepada sahabat-sahabat baginda: siiruu wa abshiruu… (berangkatlah dan besarkanlah hati kalian…!)


Dan kedua pasukan pun berhadapan. Anggota pasukan Islam yang berkuda ketika itu jumlahnya tidak lebih dari tiga orang, iaitu Miqdad bin ‘Amr, Martsad bin Abi Martsad dan Zubair bin Awwam, sementara pejuang-pejuang lainnya terdiri atas pasukan pejalan kaki atau pengendara-pengendara unta.

* Demikianlah sifat Miqdad. Banyak lagi kisah-kisah agung beliau yang perlu kita teladani. Kecintaan Miqdad kepada Islam tidak terkira besarnya. ‘Biar saya mati, asal Islam tetap jaya…’ menjadi impian dan cita-citanya yakni kejayaan Islam walau harus dibalas dengan nyawa sekalipun, hingga selayaknya beliau berolah kehormatan dari Rasulullah s.a.w dengan ucapan berikut: “Sungguh, Allah telah menyuruhku untuk mencintaimu, dan menyampaikan pesanNya padaku bahawa Dia mencintaimu”

* Kisah ini diambil dari buku karangan Khalid Muhammad Khalid yang berjudul Men Around the Messenger. Kitab Rijal Hawlar Rasul ini sangat mengasyikkan untuk dibaca, dikaji dan ditelaah. Semoga kita sentiasa bercita-cita untuk mencontohi peribadi-peribadi agung ini. Wallahu'Alam. 

Sunday, September 18, 2011

Rekreasi Hati

 

Sebuah pesanan dari Imam Al Ghazali, “Carilah hatimu di 3 tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”


Inilah rekreasi yang sebenarnya, rekreasi HATI. Fizikal kita mungkin lelah kepenatan, tapi hati lebih lelah, lelah dengan hiruk pikuk permasalahan dunia. Hati ini haus, haus akan cahaya langit sebagimana fitrahnya. Dan hati ini gersang, kering dan hampa kerana minimanya cahaya yang seharusnya kita dapatkan. Inilah rekreasi HATI.

Al-Quran - Solat - Mengingati Mati
Pinta kepada Nya
Fafiru Ilallah - Larilah Pada Allah
-JASAD DI DUNIA, TAPI HATI DI AKHIRAT-
Blog Widget by LinkWithin