Bismillahi Ar-Rahmani Ar-Rahim
Segala puji bagi Allah, yang menciptakan dan mematikan manusia, yang menidurkan kita dan juga membangkitkan kita semula. MasyaAllah, besar nikmatNya kerana masih memberi peluang dan membenarkan kita untuk terus berada di kem rawatan kecederaan. Ye, kem bulan Ramadhan. Sangat bertuah dan beruntung orang yang melaluinya dengan penuh sedar. Inilah saat di mana luka-luka dapat dicuci dan calar balar dipulih semula. Moga perjalanan dalam bulan ini membuatkan kita kuat dan tabah dalam mengharungi perjuangan 11 bulan yang selebihnya.
Tidak dapat dinafikan, dalam fasa-fasa kehidupan kita, kita selalu berhajatkan kepada keselesaan, kedamaian dan aman dari di uji dan di duga. Sedangkan, hakikat sebenar kehidupan adalah sebaliknya. Tersebut ada sebuah kisah yang saya ambil dari buku Jangan Melampaui Batas karangan Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni. Buku ini mengupas berkenaan dengan kisah-kisah dalam Al-Quran untuk kita fahami dan renungi. Sangat bagus untuk dimiliki, bahasa yang digunakan sangat indah dan mudah. Apatah lagi sekiranya ia adalah kupasan kisah didalam Al-Quran, pasti lebih banyak pengajaran yang bermakna perlu kita fahami untuk dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian kita seperti mana yang Allah kehendaki. MasyaAllah! Ok, berbalik kepada kisah yang nak diceritakan tadi:

Pada suatu hari, khalifah Hisyam bin Abdul Malik berkata kepada para menterinya, “Mari kita hitung hari-hari yang ku lalui dengan kesenangan semenjak aku dilantik menjadi khalifah.” Ketika itu, dia telah beberapa tahun menjawat jawatannya, lalu dia menghitung hari-hari yang telah dia jalani. Dan ternyata dia hanya mendapati 13 hari sahaja. Bayangkan, hanya 13 hari tanpa kesukaran, fitnah dan cubaan berat. Sehingga dia pun berkata, “Pasti esok aku akan menyendiri di taman kerana itu aku harus dijaga agar aku dapat merasa bahagia dari pagi hingga petang”
Esoknya dia menyendiri di salah satu taman di Damaskus dan berpesan kepada para pengawalnya, “Kamu semua jangan menerima utusan, jangan member izin kepada sesiapa pun untuk bertemu denganku. Aku tidak ingin menangani masalah hari ini. Biarkan aku menyendiri di taman ini sepanjang hari”
Khalifah pun duduk di taman itu dari pagi hingga ketika menjelang siang, tiba-tiba jatuh sebuah anak panah yang berlumuran darah dekat dengannya. Rupanya anak panah itu berasal dari dua orang di luar taman yang sedang berselisih. Khalifah berkata, “Tidak ada satu hari pun, kita bebas dari masalah.”
Nampakkan, tidak mungkin kita akan sunyi dari masalah. Belum sempat kita menghela nafas dengan tenang, cubaan lain pula datang menyapa. Itulah lumrah seni kehidupan. Allah berfirman dalam surah (Al-Baqarah: 155);
Pastinya setiap gerak geri manusia akan diperhatikan oleh Allah. Tidak ada gerakan, ucapan, langkah, dan juga diam kita kecuali Allah pasti berserta kita. Setiap amalan dan kelakuan dalam hitungan Allah. Semuanya dalam pengetahuan dan pengawasan Allah. Suatu hakikat yang kita tidak dapat lari. Hatta apa yang terlintas di dalam benak fikiran dan hati walaupun tidak dizahirkan juga dalam hitungan Allah. Setiap itu dinilai secara langsung oleh Allah, kemudian Allah sendiri yang menentukan pahalanya.
Beriman, bersabar, bertaqwa dan bertawakal kepada Allah adalah kunci kebahagiaan. Sekiranya kita beriman, maka kita akan bersabar. Sekiranya kita bertaqwa, maka kita akan bertawakkal. Semua ini merupakan seruan dan gesaan kepada orang beriman supaya sentiasa bersabar, bertaqwa dan bertawakkal kepadaNya. Kerana sifat-sifat ini membuatkan orang itu menjadi kuat yang luar biasa dan redha dengan susunan Allah. Hebatkan! Wallahu’alam, moga kita sentiasa tergolong dalam barisan orang yang akrab denganNya.

17 Ramadhan 1432H
17 Ogos 2011
Selangor
Malaysia