BismillahirRahmanirRahim...Mudah-mudahan mulut ini, tangan ini, kaki ini, tubuh ini, seluruh deriaku ini, akan tetap terus kekal dan istiqomah dalam keadaan memuji ALLAH Rabbul Izati. Sebagai tanda syukur. Sebagai tanda kehambaan. Sebagai tanda ketergantungan.
Beberapa analogi buat diri ini,
Matlamat adalah NAKHODA bagi sebuah kapal yang berlayar menongkah arus menuju destinasi. Tanpa matlamat, manusia menjadi seperti kapal yang terumbang ambing. Ia hanyut dipukul arus. Kejelasan matlamat memudahkan pelayaran. Perbezaan antara hanyut dan berlayar ditentukan oleh matlamat. Begitulah dalam sebuah pelayaran hidup perlu kepada matlamat untuk sampai ke pelabuhan dengan selamat. Dan hanya matlamat yang tertinggi tidak boleh dihapuskan oleh musuh-musuh Islam sama ada hawa nafsu, syaitan mahupun manusia yang samar hala tujunya dan rendah matlamatnya. Maka berlayarlah kapalku ke arah redhaNya, JannahNya, dan pertemuan denganNya.
Perancangan adalah PEMANDU bagi sebuah kenderaan yang sentiasa memastikan bekalan petroleum yang dibawa sentiasa mencukupi untuk sepanjang tempoh perjalanan. Tanpa perancangan, manusia menjadi seperti sebuah kenderaan yang tersangkut di tengah perjalanan. Gagal untuk menghidupkan enjinnya kerana kehabisan bekalan bahan bakar di dalam tangki minyak nya. Maka di sepanjang perjalanan semester yang berbaki ini saya akan singgah sebentar di perhentian stesen minyak. Perhentian ini adalah majlis-majlis ilmu yang menghidupkan hati saya, memantapkan fikrah saya dan mengobarkan lagi semangat perjuangan saya. Tetapi sangat perlu kepada penelitian dalam perancangan, perlu utamakan yang mana lebih utama kerana al-wajibaat aktharu minal auqaat.
Strategi ibarat PILOT bagi sebuah pesawat yang sentiasa mengawasi penerbangan tersebut berada di posisi yang betul, low cost but high profit. Pengawalan pesawat ini sangat sukar dan perlu kepada ilmu dalam pengendaliannya. ia perlu tahu pada tahap ketinggian mana yang bersesuaian untuk misi penerbangannya, pada halaju mana yang sesuai untuk pesawat itu berangkat dan pada waktu bila pesawat itu perlu mendarat. Tanpa strategi, dikhuatirii dia mungkin berjaya dalam memulakan langkah pesawat tersebut tetapi apabila berlaku ketidak seimbangan maka pesawat itu akhirnya akan hilang kawalan dan terus terhempas di tengah penerbangan. Perlu berstrategi dalam membahagikan masa antara duniawi dan ukhrawi kerana bila kita akan berangkat dari alam ini (dunia) ia ibarat penerbangan ke sebuah daerah lain iaitu alam Kubur dan perkampungan Akhirat. Maka adakah saya sudah bersedia untuk berangkat ke daerah sana??? Muhasabah.....
Pesanan & kata-kata inspirasi buat siswa siswi:
Sidi Ahmad Al-Zarruq menukilkan: “Aturlah ibadahmu dan kamu akan mendapati masamu menjadi panjang disebabkan oleh barakah yang ada padanya.” Apabila kita mengosongkan sebahgian masa kita untuk berdoa, bertafakur, bermuhasabah dan menggilap hati kita, maka kita akan menjadi seperti bateri yang sering dicas. Bateri ini pastinya lebih hebat dari bateri-bateri lain.
Imam Al-Ghazali berkata di dalam Ihya Ulumuddin, “Modal bagi seorang hamba Allah ialah waktunya. Jika dia gunakan waktu itu pada perkara yang tidak diperlukan dan tidak digunakannya untuk mencari pahala akhirat, dia telah mensia-siakan modalnya.”
Imam Al-Ghazali berpesan lagi di dalam Ihya Ulumuddin, “Awasilah setiap detik hidupmu. Jangan kamu lupakan Allah walaupun seketika kerana apabila itu berlaku kamu sebenarnya berada di dalam keadaan yang amat berbahaya”
Mengikut Imam Bukhari, beliau berkata, “Sesungguhnya Tuhanm mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu, dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” Dan hak diri ini adalah mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
Ya Allah, kebergantunganku padaMu,
P/S Doa diatas baik sekali dibaca oleh para pejuang muda yang menegakkan agama Allah agar mendapatkan keberhasilan dan kesuksesan. Kerana doa tersebut adalah doa yang dibaca pemuda Ashabul-Kahfi, yakni sekelompok pemuda yang beriman kepada Allah Swt. hingga mendapatkan petunjuk yang sempurna dari sisi-Nya. Jadi sama2 kita berusaha dan berdoa, berdoa dan berusaha kerana USAHA itu syariat dan DOA itu hakikat. Doa terus kita panjatkan, ikhtiar terus kita lakukan. Wallahu'alam bisowab.
2 comments:
dlm byk2 entri, yg ni plg saya suka. wpun tak faham cerita PILOT tu, tp saya suka pesanan2 itu..tq safi =)
salam safi=)
analogi yang sangat berguna utk akak. jazakillah atas tazkirah ni dan sudi kongsi dgn smua.
~BettawfeeQ wannajah for ur final xm, 'Hot Water Rocket', & Aircraft Pusher Configuration' project ya. Allahu yusahhel laki insyaAllah. Rabbi yasser wala tu'asser. Have faith in Him adik!!
Post a Comment