Thursday, July 29, 2010

Semester VII + Peluang Ramadhan

Bismillahi Ar-Rahmani Ar-Rahim.
Assalamualaikum!

Sesungguhnya pujian itu hanya bagi Allah, kita memujiNya, kita memohon pertolonganNya dan keampunanNya, kita memohon perlindunganNya dari kejahatan diri kita dan keburukan amal perbuatan kita. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiada kesesatan baginya & sesiapa yang disesatkan maka tiada petunjuk baginya. Aku bersaksi bahawa tiada Ilah yang layak disembah melainkan Dia yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi pula bahawa Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya.

Apa khabar iman dan amal kalian? Adakah kita sudah bersedia untuk berjumpa dan persembahkan segala amal kita di akhirat kelak? Sesungguhnya, ramai di antara kita yang selalu tekankan amal2 besar tetapi lupa akan amal hati. Ikhlas merupakan amal hati dan penyempurnaan amal. Tapi kita lupa dan memandang enteng dengan amal hati ini. Agaknya, adakah Allah akan terima amal2 kita sebelum ini tanpa penekanan amal hati kita? Astaghfirullahal ‘Azim…Moga kita sentiasa dijauhkan dari perasaan riak dan ujub yang boleh merosakkan amal kita.

Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun akhir saya berada di UIA insyaAllah. Cume saya tidak pasti bagaimana pengakhiran saya nanti. Adakah Allah akan terus memberi peluang untuk saya menghabiskan pengajian saya di sini atau sebaliknya. Allah sahaja yang berhak untuk memanggil kita pada bila2 masa. Yang pasti, saya hanya menginginkan kehidupan saya terus menerus berhubung denganNya, meletakkan posisi saya pada tempat yang Allah redha dan terus bersyukur atas kenikmatan mahupun musibah yang mendatang.

Suatu perkara yang sangat mustahak yang perlu diberi perhatian sekarang ini adalah kedatangan Ramadhan yang kian hampir. Rejab telah berlalu dan Sya’ban juga bakal meninggalkan kita. Tinggal beberapa hari sahaja untuk kita mempersiapkan diri sebelum melangkah ke madrasah Ramadhan. Saya menginginkan Ramadhan saya begitu indah, tempat untuk menuai taqwa dan membuah amal soleh yang ikhlas. Saya juga mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, mendapat pengampunan Allah dan meraih redhaNya. Justeru, saya perlu melakukan persiapan dan persediaan untuk diproses di madrasah kali ini. Doakan saya supaya saya memperoleh apa yang saya impikan ini.

Moga Allah terus redha akan saya dan kalian.

P/s Pesanan untuk saya khususnya, selalu lah belek, baca dan hadam Syarah Usul 20 dari IHAB. Dalam prinsip ketujuh belas beliau menghuraikan bahawa “Aqidah adalah asas amalan. Amalan hati lebih utama berbanding amalan anggota. Mendapatkan kesempurnaan dengan keduanya adalah dituntut pada syara’ sekalipun terdapat perbezaan martabat tuntutan tersebut”


No comments:

Fafiru Ilallah - Larilah Pada Allah
-JASAD DI DUNIA, TAPI HATI DI AKHIRAT-
Blog Widget by LinkWithin