Saturday, June 26, 2010

Lagi seminggu

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.

Tinggal lagi seminggu saya akan berkhidmat di STRIDE bermaksud dalam seminggu ni saya perlu siapkan kerja saya yang tertunda pada minggu lepas dan saya kena siapkan final report sebelum balik johor. Kerja tertangguh sedikit sebab hari tu ada dua kali pembentangan latihan industri. Satu depan visiting lecturer dan supervisor. Hari jumaat pulak depan semua pegawai bahagian jentera dan aeroangkasa. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

tengah tunggu lecturer sampai

Dah lama rasanya tak balik JB. Hari tu ummi abah pindah rumah lagi, area JB jugak. Tapi takda kesempatan lagi untuk balik. Boleh dikatakan setiap hujung minggu ada hal. Alhamdulillah adik-beradik lain dapat tolong. Kesian ummi abah kalau nak harapkan kudrat diorang je. Barang2 kami yang banyak kalau nak dibandingkan dengan barang2 mereka. Tak sabar untuk cium tangan dan pipi mereka, rindu jiddan!!!


Hamizah dan ahmad di sebuah R&R, otw nak balik johor

Cuma kali ni, Allah izin saya dapat bercuti dalam seminggu sahaja. Mungkin tak sampai seminggu, mungkin 5 hari sahaja. Bila saat nak tinggalkan mereka, mesti rasa sebak dan sedih. Sebab sejak masuk main campus tak banyak masa yang dapat diluangkan bersama mereka. Tapi ummi selalu pasrah dan redha. Ummi faham dengan kesibukan anaknya. Ummi kata ummi seronok dan suka tengok anak2 ummi yang sibuk dengan urusan akhirat bukan urusan dunia semata2. Pernah sekali mengadu pada ummi:

“Ummi, letih nya sem ni...banyak kerja kena buat, banyak benda kena fikir” sambil sandarkan badan pada kerusi kereta exora dan mengeluh panjang. Ketika tu dalam perjalanan nak balik UIA, ummi abah tolong hantarkan. Kemudian ummi jawab dengan penuh keibuan: “Xpalah...biar letih di dunia, tapi jangan letih di akhirat”. Seronok bila ada orang di sekeliling kita dapat mengingatkan kita bahawa hidup di dunia ni hanya sebuah persinggahan.

Abah pulak tak jemu2 hantar message supaya sentiasa ingat Allah. Pernah sekali bila nyatakan hasrat untuk memilih kursus aeroangkasa abah mula2 keberatan. Tapi bila dibincang semula abah jawab dengan sms yang ringkas: “InsyaAllah, jika itu yang kak lang suka, abah sokong. Yang penting kena yakin, ikhlas & istiqamah dalam belajar & ibadah. Semoga kak lang berjaya dengan cemerlang”. SMS lain “kalau nak masuk teaching line, mana2 kursus pun ok dan diperlukan”

Dan pada cuti mid-semester lepas, saya banyak luangkan masa bersama abah. Pergi ke pejabatnya dan duduk puchong bersama abang2. Adik2 kecil kat JB dengan ummi. Diorang nak sekolah jadi tak dapat nak bersama. Teringat ketika dalam perjalanan nak pulang ke rumah, abah tak habis2 ingatkan bahawa orang yang berjaya di akhirat adalah orang2 yang berjaya di dunia. Kata abah: “Mana mungkin orang yang solat, yang mempunyai hubungan terus dengan Allah itu akan gagal dalam urusan dunia nya. Cuma mungkin kadang2 kejayaan itu tertunda. Dan mana mungkin orang yang tinggal solat itu boleh berjaya. Cuma mungkin azab nya sahaja yang tertunda dan balasan di akhirat itu pedih dari jankaan.” Abah sambung: “Lagi banyak kita baca, fahami dan hayati Quran, lagi luas peluang kejayaan kita.”



Ciwan dan ahmad di rumah sewa lama

Itulah antara kata2 keramat mereka. Alhamdulillah, mereka banyak sabar, tak jemu2 mendidik dan berdoa untuk kami. Seronok bila dapat bahagiakan mereka kerana keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa itu sendiri. Maka, marilah kita sama2 terus menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua-dua ibu bapa. Moga Allah hadiahkan kita semua mahligai syurga di akhirat nanti.

Dalam memenangi pandangan dan redhaMu,
Hamba-Mu yang hina: Safi Ar-Rahman

Friday, May 14, 2010

RESS 2010

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!


-Tautan Ukhuwah, Menuju Mardhotillah-


Musim peperiksaan bagi kebanyakan universiti sudah lama berakhir. Kini ada yang sedang menjalani latihan industri, ada juga sedang sambung pengajian dengan mengambil semester pendek. Tapi saya percaya ramai juga dikalangan siswi yang sedang bercuti di rumah. Jadi diharapkan di sepanjang cuti ini kita boleh lebih mengenali diri, membina potensi dan keperibadian.

Untuk makluman semua, 21-23 Mei 2010 akan diadakan Rekreasi Nasional Siswa (RESS), program yang menyediakan satu pakej yang cukup menarik. Pengisian yang merangkumi ruhi, aqli dan jasad quotient. Jadi, apa kata kita semua pakat sama2 luangkan masa untuk hadiri RESS ni. Bagi yang berminat, jangan malu2, jangan segan2 untuk hubungi saudari Hidayah di talian 013-2226879.

Jom penuhi masa kita dengan aktiviti2 yang bermanfaat. Ngee...(0_o)

Sunday, May 9, 2010

Si Tukang Seru


(1) Qum, Faanzir !

Bangkit dan berdirilah, susun barisan dan kekuatan. Barisan dan kesatuan Umat. Canangkan seruan dan ancaman. Seruan kebenaran dan ancaman kebinasaan jika menolak atau menentang kebenaran. Gemakan sentiasa Kalam Ilahi, kumandangkan selalu suara dan seruan kebenaran. Sampai peringatan ini ke kuping segala Insan! Gempitakan kepada dunia dan kepada manusia ajaran agama Tauhid, ajaran Cita dan Cinta.


(2) Worabbaka fakabbir

Besarkan Tuhanmu, di atas segala! Tiada kebenaran yang menyamai KebesaranNya. Tiada kekuasaan yang menyamai KekuasaanNya. Tiada urusan atau kepentingan yang lebih dan urusan dan kepentingan menjalankan perintahNya. Kecil semuanya dihadapan Allahu Akbar. Fana, lenyap dan binasa segala dalam ke BaqaanNya. Tiada ketakutan selain dan azab, siksaNya yang akan menimpa. Tiada harapan selain dari keRedhaanNya belaka. Tiada kesulitan apabila ruh telah bersambung dengan Maha Kebesaran dan Maha Kekuasaan Tuhan yang Tunggal itu.


(3) Wathiabaka fathahhir!

Bersihkanlah dirimu, lahir dan batinmu! Hanya dengan kesucian ruh jua Amanah dan Risalah ini dapat engkau jalankan. Risalah dan Amanah ini adalah suci. Dia tidak boleh dipegang oleh tangan yang kotor, jiwa yang berlumur dosa dan noda. Hanyalah dengan kesucian ruh engkau dapat memikul tugas dan beban berat ini. Sucikanlah dirimu, lahir dan batin, baru engkau ajar manusia menempuh tugas dan beban berat ini.

Thahirum muthahir suci dan mensucikan, itulah peribadi Mukmin yang sejati. Tangan yang berlumur darah maksiat tidak mungkin akan berbuat khairat kepada dunia dan manusia. Jiwa yang kotor dan penuh dosa tidak mungkin akan memberikan isi dan erti dunia dan manusia.


(4) Warrujza fahjur !

Jauhilah maksiat, singkiri mungkarat! Dosa itu akan menodai dirimu, akan menghitamkan wajah riwayatmu. Engkau tidak akan sanggup menghadap, jika mukamu tebal dan hitam dengan dosa dan maksiat, Namamu akan cemar dihadapan Rabbi, kalau laranganNya tidak engkau singkiri dan jauhi. Bersihkanlah keluargamu, jiran dan tetanggamu, masyarakat bangsamu dan maksiat dan mungkarat dan dosa dan noda. Bangsa dan Negaramu akan karam-tenggelam dalam lembah kehancuran dan kebinasaan, jikalau maksiat dan mungkarat telah menjadi pakaiannya. Makruf yang harus tegak dan mungkar yang harus roboh, adalah dan jihadmu.


(5) Wala tumnun tastakthir’

Janganlah engkau memberi kerana harapkan balasan yang banyak! Jalankan tugas ini tanpa mengharapkan balasan dan ganjaran dari manusia ramai. Menjalankan tugas adalah berbakti dan mengabdi, tidak mengharapkan balasan dan pujian, keuntungan benda dan material. Kekayaan manusia tidak cukup untuk “membalas” jasamu yang tidak ternilai itu. Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini akan kering dan ketiadaan Iman, kepercayaan dan, pegangan? Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama? Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang ke dunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan. Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan keRedhaan Tuhanmu jua.


(6) Walirabbika fasybir!

Kerana Tuhanmu, hendaklah engkau sabar! Lakukanlah tugas dan kewajipan ini dengan segala kesabaran dan ketahanan. Sabar menerima musibah yang menimpa, ujian dan percubaan yang datang silih berganti. Sabar menahan dan mengendalikan diri, menunggu pohon yang engkau tanam itu berpucuk dan berbuah. Tidak putus asa dan hilang harapan atau kecewa melihat hasil yang ada kerana tidak seimbang dengan kegiatan dan pengorbanan yang diberikan. Hanya Ummat yang sabar yang akan mendapat kejayaan sejati dan kemenangan hakiki. Hanya Ummat yang sabar yang akan sampai kepada tujuan.

Haza dzikrun!

Inilah enam peringatan dan enam arahan! Untuk Mujahid Dakwah. Syahibud Dakwah, si Tukang Seru. Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama? Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang kedunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan. Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan keRedhaan Tuhanmu jua.


Petikan dari buku: Usrah dan Da'wah
Karangan: IHAB

Saturday, May 8, 2010

Latihan Industri

-Kereta idaman-


Maaf, masa tak mengizinkan saya untuk meluangkan banyak masa di dunia blogging. Sekarang tengah buat praktikal jadi nak curi masa untuk buka internet susah sikit. Banyak duduk dalam workshop & lab xpun pergi site. Kalau duduk dalam lab pun biasanya untuk investigation. Kene cari punca kerosakan then buat report hasil dari penyiasatan tu. Contoh hari tu ada kes tangki minyak aircraft terbocor. So nanti akan disediakan beberapa team untuk lakukan siasatan. Sama jugak kalau ada aircraft accident. Macam team CSI la kononnya.


SITUASI PERTAMA - Hari tu tengah buat kerja pertukangan sikit. Tak pakai glove sebab tak disediakan pun. Pastu ada senior technician lalu dan perhatikan cara saya bekerja

Danial: Dik, nape tak pakai glove? Nanti kasar tangan
Safi: Haa...kene ke? Orang lain tak pakai pun (sedikit blur)
Zaim: Ala...xyah pakai, sape suruh amik course ni
Safi: (Dalam hati) Tau la jealous budak perempuan belajar tinggi2
Zaim: Kalau sume belajar tinggi2, sape la nak buat keje2 ni.
Safi: Eik...macam mane dia dengar? (pelik...td x cakap kuat pun. Cume getusan dalam hati. Obvious sangat ke. Seems like he’s reading my mind)


SITUASI KEDUA - Time tu nak measure rod diameter yang tergantung tinggi sebelum kerja pemotongan. Sambil pegang caliper, saya berusaha la untuk capai rod tu tapi measurement tak berapa tepat sebab kedudukan caliper tak betul

Zaim: Kamu pendek piah. Nah...pijak ni. (Sambil hulur bangku buatan sendri)
Safi: Cet...selamba je under estimate ketinggian orang. standard la perempuan tinggi ni. (Getus saya dalam hati... Nasib baik Zaim tu cikgu saya. Kalau x dah lama nak kene balun. Geram tapi sabar je)


Setiap dua tiga minggu saya akan ditukarkan ke cawangan berbeza. Sume ada 5 cawangan dan setakat ni baru 2 cawangan. Minggu depan ni pun still cawangan yang sama. Cume kali ni sambil buat projek ada benda lain yang perlu belajar. Belajar bagaimana nak buat report yang profesional selepas penyiasatan dilakukan.

Pe2 pun, Alhamdulillah kerja2 kat sini takde masalah. Diorang sangat sporting termasuk supervisor. Bila fikir dan renung balik masa depan, stakat ni saya tak berminat pun nak jadi engineer. Tapi ada sebab kenapa saya ambil kursus kejuruteraan terutamanya bahagian aeroangkasa. Ada objektif dan matlamat yang tersembunyi. Hanya orang tertentu sahaja akan faham. Jadi bila ada orang persoalkan saya kenapa kursus ini jadi pilihan, saya tetap dengan pendirian dan berazam untuk teruskan misi ini.


Sesungguhnya, Allah sahaja sebaik-baik penolong dan sebaik-baik pembantu. Moga setiap perancangan dan amal kita dikira dan dipandang olehNya.

Tuesday, April 6, 2010

Restrain your Anger

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

All praise is due to Allah, the Director of all that is created. I praise Him for all of His bounties. I bear witness that there is none worthy to worship except Allah alone and I bear witness that our leader Muhammad is His messenger, His beloved and the best of all creation. May the peace and blessings of Allah be upon him, the other prophets, their families and the rest of the righteous one.


Anger is something that happens to all of us. Especially when something occurs which does not happen according to our plan we often tend to outburst our anger. Expressing how disappointed and how upset we are to others. When this happen, it actually affect the feelings of others it doesn't matter whether they are younger, older, male or female but sometimes it hurt deep inside our heart. Your heart was like torn into pieces.

It is indeed a strange thing when we claim that we want to emulate the Prophet Muhammad s.a.w, yet we say hurtful words and actions to others which do not resembles the Prophet. Have you ever find in any seerah which Prophet Muhammad s.a.w had an outburst due to his anger or upset? Tell me if you did manage to find it and I would tell you that’s not a seerah but it’s a fitnah. There are some occasions in which we are told his face became red and he was visibly upset. But we never find an instance in which the emotions of Prophet Muhammad s.a.w were uncontrolled and exploded into anger.

In this post, I wish that I wouldn’t talk too much but simply I would like to share with you guys this short video as a small reminder. It is simple and brief yet gives a big impact which we ought to ponder, a talk by Nouman Ali Khan. There is nothing that I can add to it. It’s a complete message, subhanallah. It’s a strong message since he’s been constructing an argument from the divine source. There is no way that you finish listening to it and you feel that he’s talking nonsense. IT’S ABOUT ALL OF US. We really need to work on this.





So let’s strive to restrain our anger and ready to forgive and pardon those whose actions or words might have angered us. Indeed the best person is one who controls himself in anger. Again, I’m talking to myself before talking to others and I’m reminding myself before reminding others. May Allah give us strength in holding back from our anger and gives us the capability to forgive each and every one of us. Wallahu’alam.

Apolobloggingize

Have you heard this word before? Sure you haven’t, have you? Add your vocabulary, it’s a new word that you should know in this blogging world. Well actually it’s a made up of course. Apolobloggingize = Apologize + blogging. You use this word when you were too busy to update your blog and wish that your readers and friends understand your situation. I was busy with final examination before, so I have to stop form blogging for a while.

I would like to ask a big apology for not responding to some messages, emails or phone calls. And I’m asking an apology for not updating this blog either. I know it was just examinations where all students have to face it but I just couldn’t focus if I kept messaging while studying. I’m not a multi-tasking person for sure. But still I did respond to some messages right.

What I used to keep in mind is that, we will never learn if we don’t concentrate. Kalau betul kita berhajat kepada ilmu, perlu kita serahkan seluruh tumpuan dan focus kita padanya. Ilmu tidak akan masuk pada dada orang yang sombong (yakni tuntut ilmu sambil lewa) dan juga pada hati yang kotor. Kalau benar kita hajat pada ilmu, perlu kita tuntut dengan sungguh-sungguh. Barulah kefahaman dan penghayatan akan datang. Juga bantuan dan pertolongan Allah. Wallahu’alam. But that’s just my humble point of view. It’s up to us how we interpret the word ‘strive’.


Anyway and anyhow, SORRY FOR EVERYTHING. For those who haven’t finished with their examinations yet, I pray and I hope that you guys could perform well for the sake of Islam. May Allah SWT guide us and may He make the Day of Judgement the best day of our lives.

Friday, March 19, 2010

Don't Lose Hope

Bismillahi Ar-Rahmani Ar-Rahim, In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.

“And for those who fear Allah, He (ever) prepares a way out. And He provides for him from (sources) he never could imagine. And if anyone puts his trust in Allah, sufficient is (Allah) for him."
(Surah Al-Talaq, 65: 2-3)

Let’s us take a moment to try to focus on the words of these verses. Our biggest misery strikes us when we try to think the ideal solutions to our problems. But Allah SWT gives us a straight forward answer that the best of solutions, often times, are unimaginable. This must end the story for a true believer because there is no logic that could justify that feel of despair – it’s not our responsibility to specify the solutions to Allah SWT in our doa, and I repeat – it’s not, not at all! But, what’s the pre-condition? Just one that is FEAR ALLAH! And Allaah knows best.

Therefore readers, Don't Lose Hope on His limitless and countless Mercy.As usual, I speak to myself before i speak to those who are reading.

"Oh Allah, it is Your mercy that I hope for, so do not leave me in charge of my affairs even for a blink of an eye and rectify for me all of my affairs. None has the right to be worshiped except You."

Saturday, March 13, 2010

D Sebalik Tabir

Di sini kami berkumpul...


dalam rangka untuk siapkan bahan2 pameran.
Seharian mereka bertungkus lumus siapkan kerja2 ni.


Khusyuknya adik ni buat komik.
Ttibe t'ingat kat ciwan...kononnya nak jadi cartoonist terkenal.
Xpe2...teruskan niat sucimu itu, andai ia membawa manfaat untuk Islam.


Kakak ni pulak sangat gemar melukis. kitorg pulak tumpang kaler. sume dibahagikan kerja. Alhamdulillah berjalan lancar.
banyak jugak hasil yang dapat.


Water color, crayon dan dakwat pen marker sumenya habis kami kerjakan. Memang terzahirlah kesungguhan mereka untuk menyedarkan masyrakat UIA ni. Cume kami x sempat nak beli kain untuk buat bendera Palestin. sedis...tp xpe. Mungkin next time, insyaAllah. Tp alhamdulillah sempat jugak buat bendera Israel untuk pijak2. hee...


Sekalung penghargaan buat mereka yang telah banyak meluangkan masa, membelanjakan harta, mengerahkan seluruh tenaga dan potensi demi menjayakan program CISO pada 5/3/10 - 6/3/10. Teruskan perjuangan kalian yang akhirnya bermuara ke destinasi akhirat. Allah satu2nya MATLAMAT kita. Moga apa jua yang kita lakukan untuk program ini dapat meningkatkan lagi hubungan kita dengan Allah dan membantu kita supaya lebih beramal. Allah bersama antunna akhwat yang ana kasihi fillah.

Akhirnya, siap alhamdulillah...

Islam will dominate the world insyaAllah

La haula wa laa quwwata illa billah…

Monday, February 15, 2010

Are we Still?

Bismillahi Ar-Rahmani Ar-Rahim.

All praise and thanks are due to Allah, the one who does not forgive shirk, yet forgives anything less than that for whomsoever he wills. Peace and blessings be upon Muhammad ibn Abdullah, the Imam of the Muwahhidin, the one who was ordered in the Quran to follow the path of the people who attain blessings and love of Allah.

In this short entry, I wish to share with you guys our previous theme nasyid for Kian Mekar VII. I can't stop listening to it. Great lyrics with a catchy tune! It’s about our relationship with Allah, the bond which most of us take for granted and easily forgotten. We should realize that our very existence and our continuing survival are dependent on Allah. Whatever praise is due to Him alone, for nobody has the power or the resources to give you anything except by His will. His bounties and blessings are countless.




نقبل بقلوبناعلى الله
لا خوف ولا حزن لمن هداه
حبله متين لا يندفر
رزقه دائم لمن يفتقر

Chorus:
في كل مكان وكل زمان
فوقك رب عظيم يرعاك
في اي مكان واي زمان
لك رب يحبك لن ينساك
اما زلنا اما زلنا نخشى
اما زلنا نرى نعم الله
اما زلنا اما زلنا نخشى
اما زلنا نحمده ام نسينا
اناعبا

نعيش في ملكه ما يشاء
نغوص في جوده بالدعاء
نطمع في افضاله بالرجاء
منادنا ادا اشتد البلاء

Repeat Chorus

قلبي لله, روحي لله, امالي لله
قلبي لله, روحي لله, امالي لله
لله

Approaching God with our hearts
No fear nor grief for whom He guides
His rope is strong and will never waver
His provision is there for all who are in need

In every place, at every time
Above you is The Glorious Caretaking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves you and will never forget you

Do we know our Lord?
Do we see our Lords blessings?
Do we know our Lord?
Do we thank Him... or have we forgotten..
that His servants... we are

In His Dominion we exist for as long as He wills
And we call upon His bounty through prayer
And seek His favors through hope
For He is our refuge when difficulty strengthens its hold

In every place, at every time
Above you is a Gloriouscare Taking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves and will never forget you

Do we know our Lord?
Do we see our Lords blessings?
Do we know our Lord?
Do we thank Him... or have we forgotten..
that His servants... we are

My heart is Allahs,
My soul is Allahs,
My wealth is Allahs

Fafiru Ilallah - Larilah Pada Allah
-JASAD DI DUNIA, TAPI HATI DI AKHIRAT-
Blog Widget by LinkWithin