Keikhlasan hatilah yang sebenarnya merupakan harta hakiki seorang manusia.
Ibadah apa pun yang dikerjakannya tanpa keikhlasan, nescaya hanya lah sia-sia belaka.
Manusia yang ikhlas ialah manusia yang berperibadi kuat dan tidak pernah mengenal penat. Gerak perilakunya sama sekali tidak dipengaruhi oleh ada atau tidaknya kedudukan ataupun penghargaan. Baginya paling penting adalah Allah s.w.t redha kepadanya. Orientasi hidupnya jelas dan tegas. Langkahnya pasti dan penuh harapan. Tidak ada kata kecewa dalam hidupnya, tak ada kata putus asa dalam usahanya. Jiwanya merdeka kerana hanya Allah s.w.t yang menjadi tujuan hidupnya.
Oleh kerana itu, orang yang paling menikmati hidup adalah orang paling bersungguh-sungguh menjaga keikhlasannya. Setidaknya, orang yang sangat ikhlas akan sangat minimum rasa kecewanya terhadap sesuatu yang bersifat duniawi. Dia tidak akan didera oleh kekecewaan yang membuat hidupnya menjadi lemah.
APAKAH SEBABNYA?
Sebabnya ialah orang yang ikhlas menyakini bahawa dirinya hanya memiliki 2 kewajipan. Satu, meluruskan niat dan yang kedua, menyempurnakan ikhtiar. Meluruskan niat dan menyempurnakan ikhtiar! Baginya, apabila sudah berusaha sekuat tenaga, maka apa yang dilakukannya itu bersih dari keinginan apapun, kecuali untuk mengharapakn redha Allah s.w.t.
Dia gigih menyempurnakan ikhtiar di jalan yang disukaiNya. Apapun yang terjadi baginya tidak akan rugi. Dia tidak akan kecewa oleh sesuatu yang bila tidak diinginkannya terjadi.
Oleh kerana itu, kita tidak boleh mengikat diri kita dengan apa pun yang kita inginkan. Kerana kita ada rancangan, Allah s.w.t juga ada rancangan yang tersendiri. Kalau kita mempunyai keinginan, maka Allah s.w.t yang memberi ketetapan.
Andai kata kita beramal dengan tulus, maka pada saat yang sama kita akan berbahagia dan sekaligus akan diangkat kemuliaan kita oleh Allah s.w.t. dengan demikian, hidup yang kita jalani akan lebih bermakna bagi dunia dan bererti bagi akhirat.
by: K. H. Abdullah Gymnastiar
Sama2 memburu keikhlasan,
Maka, milik kita kebahagiaan.