Sunday, October 14, 2012

My 1 Malaysia

Suasana sekarang banyak menuntut kita untuk bermuhasabah dan mengoreksi diri, meneliti keadaan dan posisi hati angkara virus yang kian menular disetiap rinci kehidupan. Apabila iman tidak lagi berfungsi, maka jahiliyyah yang akan menguasai. Mempengaruhi diri sama ada dari segi percakapannya, perbuatannya dan juga fikirannya. Maka di sini, satu suasana yang perlu kita sentiasa cari bagi merawat iman kita yang cedera parah. Iman tercedera apabila tidak dapat lagi menghubungkan diri kepada DIA, parah apabila kita ego dan tidak mahu kembali kepada Nya. Keadaan yang sangat dahsyat dan sentiasa perlu diawasi supaya iman itu sentiasa hidup dan tidak mandul, supaya iman itu ada dalam fikiran kita, jiwa kita, perasaan kita dan juga berserta kita dalam membuat keputusan dalam hidup kita.

Allahumma ahyiina bil iman, wa amitnaa bil iman, wa adkhilnal jannata ma’al iman. Ya Allah, hidupkanlah kami dalam keadaan iman. Matikanlah kami dalam iman. Dan masukkanlah kami dalam Syurga dalam keadaan iman.

Suatu yang diidamkan dan diimpikan agar menjadi kenyataan adalah suasana yang memahami konsep Islam yang sebenar.

1. Satu Tali
Kedatangan Islam untuk menetapkan satu tali @satu alat sahaja yang menghubungkan manusia dengan Allah s.w.t. Apabila terputus tali itu maka tidak ada lagi tali dan alat penghubung yang lain. (Al-Mujadalah: 22)

2. Satu Golongan
Terdapat satu sahaja golongan Allah s.w.t. Golongan Allah tidak berbilang @ berbahagi. Golongan atau puak lain adalah golongan atau puak syaitan dan taghut. (An-Nisa: 76)

3. Satu Jalan
Hanya terdapat satu jalan yang boleh sampai kepada matlamat keredhaan Allah s.w.t. Jalan-jalan lain tidak akan sampai kepada keredhaanNya. (Al-An’am: 153)

4. Satu Sistem
Hanya satu system yang benar iaitu system Islam, manakala system-sistem lain adalah jahiliyyah belaka. (Al-Ma’idah: 50)

5. Satu Undang-Undang
Hanya satu undang-undang atau syariat yang benar iaitu undang-undang atau syariat Allah s.w.t, manakala undang-undang lain adalah berlandaskan hawa nafsu belaka. (Al-Jathiyah: 18)

6. Satu Kebenaran
Kebenaran hanya satu, tunggal dan tidak berbelah bahagi. Selainnya adalah sesat belaka. (Yunus: 32)

7. Satu Negara
Akhirnya hanya satu Negara atau masyarakat yang diredhai Allah s.w.t iaitu Negara Islam atau masyarakat Islam. Masyarakat Islam ialah masyarakat yang didalamnya tertegak Din Islam, berjalan syariat Islam dan berkuatkuasa peraturan-peraturan Allah. Semua warganya bersatu dan saling hormat menghormati.
Allah jua sebaik-baik Penolong.
Fafiru Ilallah - Larilah Pada Allah
-JASAD DI DUNIA, TAPI HATI DI AKHIRAT-
Blog Widget by LinkWithin