Wednesday, October 8, 2008

You Have No Excuse

YOU HAVE NO EXCUSE...except for muslimat (ABC)













Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Wednesday, October 1, 2008

Eid Mubarak !!! (0_o)



Syawal finally arrived. so i like to wish u guys salam eidul fitri to all of my relatives and frens. Kullu'am wa antum bikhair. semoga Ramadhan yg dlalui meningkatkan taqwa dan semoga Syawal yg tiba adalah hari kemenangan jiwa yg dsambut dengan penuh keimanan. kekalkan madrasah Ramadhan supaya kt tidak menjadi hamba Ramadhan tetapi berjaya menjadi hamba Allah yg bertaqwa.

Kalau ada salah itu namanya manusia,
kalau ada terluka itu khilafnya hamba,
kalau ada terasa itulah lemahnya kita,
bulan baik hari mulia maka
disusun sepuluh jari mencuci dosa
seadanya yang tercipta.

MAAF ZAHIR & BATIN

Tulus ikhlas,
SafiahZul (0_o)
Fafiru Ilallah - Larilah Pada Allah
-JASAD DI DUNIA, TAPI HATI DI AKHIRAT-
Blog Widget by LinkWithin